New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/05/20/hubungan-malaysia-uae-amat-signifikan/
Hubungan Malaysia-UAE amat signifikan
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menyifatkan negara teluk itu sebagai rakan strategik Malaysia yang besar menerusi hubungan dua hala sarat dengan signifikan yang amat bermakna.
“Apa yang telah dimeterai dan diumumkan dalam lawatan ini adalah amat signifikan termasuk kerjasama dalam bidang pertahanan, sumbangan untuk membina kompleks masjid terbesar dan kerjasama dalam bidang-bidang pelaburan lain.
“Ini menunjukkan UAE adalah rakan strategik Malaysia yang besar dan mempunyai signifikan yang amat bermakna sekali,” katanya kepada media Malaysia pada Isnin sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Selain memberi laluan yang lebih besar dalam hubungan perdagangan Antara kedua-dua negara, lawatan rasmi kedua Perdana Menteri ke negara itu telah meletakkan platform baharu ke arah kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Hubungan dua hala kedua-dua negara itu mendapat suntikan baharu dengan lawatan rasmi tersebut.