SUNGAI DAMANSARA - Tidak Gah Seperti Namanya Damansara Avenue, Kwasa Damansara, Damansara Utama, Damansara Seresta, Damansara Heights, Mutiara Damansara, Damansara Aliff (Tampoi, Johor) dan terlalu panjang untuk saya senaraikan kesemuanya. Nama DAMANSARA telah digunakan meluas oleh pihak pemaju, berkemungkinan besar salah satu cara marketing dalam industri hartanah. Damansara adalah pinggir bandar di Petaling Jaya, sebuah mukim di Daerah Petaling, serta kawasan parlimen di Selangor, Malaysia. Ia dinamakan sempena Sungai Damansara yang mengalir berhampiran. Ia adalah salah satu kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia. Mengikut Banci Malaysia pada tahun 2000, ia merupakan daerah kedua terbesar di Malaysia dari segi penduduk dengan jumlah penduduk seramai 453,420 orang. Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2019 (JAS), Sungai Damansara adalah pada kualiti Kelas III (WQI). Tributary kepada Lembangan Sungai Klang. Kemerosotan kualiti air sungai dari segi Keperluan Oksigen Biokimia/Biochemical Oxygen Demand (BOD) ini adalah disebabkan oleh pelepasan bahan buangan yang bersifat organik daripada pelbagai punca seperti air sisa industri, serta aktiviti komersil dan domestik. Kemerosotan kualiti air sungai yang disebabkan oleh Ammoniakal Nitrogen/Ammoniacal Nitrogen (NH3-N) boleh dikaitkan dengan pelepasan air sisa kumbahan manusia dan haiwan yang tidak diolah dan terolah ke dalam air sungai secara berterusan. Kemerosotan kualiti air sungai dari segi Pepejal Terampai/Suspended Solids (SS) tersebut boleh disebabkan oleh ketidakcekapan kawalan ke atas aktiviti kerja tanah dan pembukaan tanah di kawasan-kawasan tertentu. Insya-Allah dan berkemungkinan besar kita boleh mandi dalam sungai ini jika semua lapisan masyarakat dan pemain industri cakna untuk menjaga kelestarian sungai ini. Sungai di Ulu Muda bersih berbanding dengan keadaan sungai Damansara di lokasi pemerhatian saya ini. “Cintailah Sungai Kita” @wwfmy dan @tkcwwfmy #teamkedahcakna #ulumuda #task6 #sumberair #EQR2019 (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CVAvPPJB3GS/?utm_medium=tumblr
















