((I know, I’m spamming these))
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from Germany
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Canada
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Jordan
seen from United States

seen from United States
seen from South Africa
seen from United States
seen from Germany
seen from China
seen from Greece
((I know, I’m spamming these))
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/20/pemain-croatia-tambahan-baharu-t-team/
Pemain Croatia tambahan baharu T-Team
KUALA TERENGGANU, 20 Mac:
Kelab T-Team telah mengikat pemain tengah dari Croatia, Josip Milarovic, untuk melengkapkan kuota empat pemain import dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Ketua Pegawai Operasi T-Team, Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata pemain itu dijangka membuat penampilan sulung bersama pasukan pada perlawanan Liga Super menentang Sabah pada 3 April ini.
Tiga pemain import T-Team yang sedia ada ialah Faramola David Omiya dari Nigeria dan dua pemain Uzbekistan, Sadriddin Abdullaev dan Farhod Tadjiev.
“T-Team juga juga akan mengambil tiga pemain tempatan bagi memantapkan pasukan apabila jendela perpindahan permain dibuka oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bulan depan,” katanya hari ini.
Beliau berkata tiga pemain baharu itu akan mengisi bahagian pertahanan, tengah dan jentera serangan yang dilihat kurang menyerlah.
“Fokus utama kita akan berikan kepada pemain-pemain anak Terengganu yang berada di luar untuk kembali berkhidmat di negeri sendiri,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain yang sedang dalam perhatian T-Team kerana mahu menunggu sehingga urusan perpindahan pemain itu selesai.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/14/sabah-lonjak-ke-liga-perdana-t-team-lebur-rekod-ns/
Sabah lonjak ke Liga Perdana, T-Team lebur rekod NS
KUALA LUMPUR, 14 Mac:
Sabah melonjak ke persada Liga Perdana, selepas kemenangan 2-0 ke atas pasukan Kuantan FC, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
Penyerang import dari Libya, Eamon Zaayed menjadi wira pasukan Sabah, apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-30 dan 59.
Sabah yang menghuni tangga keempat sebelum perlawanan itu, kini menduduki tangga teratas liga dengan 12 mata, kelebihan satu mata daripada pencabar terdekat, Pulau Pinang.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pula, pasukan kelab T-Team berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan (NS), dengan kemenangan 5-3.
T-Team mendahului 3-1 pada separuh masa.
Gol T-team disumbangkan Mohd Nor Hakim pada minit keenam dan 60, Sadriddin Abdullaev (23′ dan 74′) dan Farhod Tadjiev pada minit ke-46.
Gol Negeri Sembilan pula disumbangkan Francis Forkey Doe pada minit ke-26 dan 50, serta Shahrizal Saad pada minit ke-64.
Negeri Sembilan yang mengungguli persada liga sebelum ini, kini jatuh ke tangga keempat dengan 10 mata.
Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, pasukan tuan rumah kekal di tangga kedua liga dengan 11 mata, selepas seri 3-3 dengan Kedah.
Pulau Pinang meraih jaringan menerusi Faiz Subri pada minit ke-38 dan dua gol yang disumbangkan Hilton Mauro Moreira pada minit 46′ dan 91′.
Kedah pula menghasilkan jaringan menerusi Bang Seung Hwan pada minit keempat dan 89′, manakala Baddrol Bakhtiar menjaringkan satu gol pada minit ke-14.
Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pula mengekalkan kedudukan tangga ketiga liga, selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Selangor PKNS, di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dua gol JDT II disumbangkan pemain import, Nicholas Delmonte pada minit ke-20 dan Shahril Ishak pada minit ke-73, sebelum PKNS bangkit mengutip satu mata menerusi jaringan Gabriel Guerra pada minit ke-82 dan Farderin Kadir, enam minit kemudian.
Pada perlawanan sebelah petang Jumaat, DRB-Hicom mencatat kemenangan bergaya, dengan menewaskan SPA Putrajaya FC 4-0, di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Kelana Jaya.
Pemain import DRB-Hicom, Ivan Babic bertindak cemerlang dengan dua jaringan pada mint ke-61 dan 71′, Mohd Fakhrullah Rosli pada minit ke-42 dan Hasrul Abu Bakar pada minit ke-83.
Di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, pasukan tuan rumah meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur, menerusi jaringan Syed Ariff Syed Muhd Uzir pada minit ke-39.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/07/kemenangan-pertama-t-team-suntik-semangat-pemain/
Kemenangan pertama T-Team suntik semangat pemain
KUALA TERENGGANU, 7 Mac:
Kemenangan T-Team ke atas Johor Darul Takzim II malam tadi dengan jaringan 3-1 nyata memberi suntikan semangat dan sinar keyakinan kepada anak didik Tomislav Steinbruckner bagi meneruskan cabaran seterusnya dalam saingan Liga Perdana.
Ia merupakan kemenangan pertama pasukan berstatus kelab itu daripada empat perlawanan liga yang telah diharunginya ketika ini.
Steinbruckner berkata setelah pasukannya dua kali mengalami kekalahan dan sekali seri sebelum ini, lantas beliau mengubah corak permainan dan turut memberikan latihan yang keras kepada pemainnya sebelum ia nyata menunjukkan keberkesanan dalam aksi perlawanan malam tadi.
“Kebangkitan pasukan saya bukan mudah, tetapi hasil bekerja keras. Saya harap pemain saya mengekal prestasi terbaik mereka,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Steinbruckner berkata beliau tidak menghadapi banyak masalah dalam membentuk pemain T-Team kerana kebanyakan mereka adalah pemain muda dan berkualiti.
Malah beliau berkata kehadiran pemain import dengan bantuan pemain tempatan telah menyaksikan permainan yang membangkitkan pasukan T-Team.
Gol kemenangan T-Team dihasilkan menerusi Farhod Tadjiev pada minit ke-44 dan ke-47 serta Mohd Nor Hakim Hassan pada minit-minit akhir perlawanan manakala gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan Leandro Sebastian Velazquez (minit-71).
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/01/t-team-mahu-terus-bangkit/
T-Team mahu terus bangkit
KUALA TERENGGANU, 1 Mac:
T-Team menyifatkan kemenangan mengejut ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan kedua Piala FA semalam sebagai pemangkin kebangkitan pasukan berstatus kelab itu.
Pengendalinya, Tomislav Steinbruckner berharap kemenangan 3-0 terhadap ATM itu dapat menyuntik semangat dan meningkatkan keyakinan pemain untuk mengharungi saingan dalam Liga Perdana musim ini.
Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi 120 minit selepas terikat tanpa jaringan hingga tamat 90 minit permainan.
Penyerang import Uzbekistan, Farhod Tadjiev, yang kurang menyerlah dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mula menunjukkan kelibat dengan dua jaringan pada minit ke-100 dan 108.
Pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid menambah derita pasukan pelawat kendalian B. Sathianathan dengan rembatan lencong pada minit ke-106.
Steinbruckner berkata walaupun terpaksa menunggu sehingga 120 minit untuk melakar kemenangan ini namun beliau tetap berbangga dengan persembahan dan komitmen yang telah ditunjukkan barisan anak buahnya.
“Pada separuh masa pertama permainan saya melihat para pemain banyak kehilangan bola kepada pihak lawan tetapi mula menunjukkan peningkatan pada babak kedua,” katanya..
Beliau berharap perlawanan akan datang para pemain akan bermain dengan lebih bersemangat dan penuh keyakinan.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/01/08/t-team-terengganu-perkenal-jersi-dan-pemain-serentak/
T-Team, Terengganu perkenal jersi dan pemain serentak
KUALA TERENGGANU, 8 Januari :
Pasukan bolasepak berstatus kelab T-Team dan pasukan negeri Terengganu akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Liga Malaysia serentak pada 17 Jan ini.
Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata majlis tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) pada 8.30 malam.
“Ini akan diikuti dengan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan selepas pelancaran itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mengulas mengenai persiapan T-Team yang akan beraksi dalam Liga Perdana bermula musim ini, beliau berkata persediaan pasukan T-Team menunjukkan peningkatan dan lebih baik serta tersusun berbanding tahun sebelum ini.
Mohd Syahrizan berkata beliau yakin pasukan bimbingan jurulatih dari Croatia Tomislav Steinbruckner itu mampu pergi jauh atau menepati sasaran di tangga lima terbaik Liga Perdana.
“Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan pasukan serta komitmen pemain import dan pemain tempatan untuk merealisasikan matlamat pasukan,” katanya.
Mengulas mengenai prestasi pemain import, beliau berkata T-Team membuat pemilihan pemain import yang tepat dan dipercayai dapat membantu pasukan.
T-Team sudah mengikat tiga pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Uzbekistan iaitu penyerang Farhod Tadjiyev dan pemain tengah, Sadriddin Abdullaev, masing-masing berusia 29 tahun dan beraksi bersama dalam pasukan Lokomotiv Tashkent. Mereka berdua juga pemain kebangsaan Uzbekistan.
Seorang lagi pemain import kelahiran Nigeria, David Faramola Oniya, 30, yang akan beraksi di posisi pertahanan, juga pernah beraksi dalam Liga Uzbekistan dengan menyarung jersi pasukan Neftchi Farg’ona musim ini.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/01/06/t-team-kelantan-anjur-perlawanan-amal-bantu-mangsa-banjir/
T-Team – Kelantan anjur perlawanan amal, bantu mangsa banjir
KUALA TERENGGANU, 6 Januari:
Pasukan berstatus kelab, T-Team akan bertemu Kelantan dalam perlawanan bola sepak amal di sini, malam esok bagi membantu mangsa banjir.
Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bermula 8.45 malam.
“Kita akan kenakan bayaran RM5 bagi orang dewasa untuk semua tempat duduk, manakala kanak-kanak adalah percuma,” katanya hari ini.
Beliau berkata hasil kutipan tiket perlawanan amal tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.
Mohd Syahrizan berharap peminat bola sepak di Terengganu akan datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut sambil menderma kepada mangsa banjir.
Beliau berkata semua pemain import dan tempatan T-Team di bawah bimbingan jurulatih dari Crotia, Fomislav Steinbruckner akan diuji dalam perlawanan tersebut.
Pada perlawanan persahabatan semalam, T-Team yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, tewas 1-2 kepada pasukan Terengganu.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/12/15/t-team-dapat-sentuhan-bekas-jurulatih-piala-remaja-dunia-croatia/
T-Team dapat sentuhan bekas jurulatih Piala remaja dunia Croatia
KUALA TERENGGANU, 15 Disember :
Setelah beberapa kali gagal memikat jurulatih luar, pasukan berstatus kelab T-Team kini akhirnya mendapat khidmat jurulatih dari Croatia yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan Piala Remaja Dunia negara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata jurulatih berusia 48 tahun, Tomislav Steinbruckner, tiba dari Croatia di sini dua hari lepas.
“Diharapkan dengan kehadiran jurulatih ini, kita harap usaha T-Team yang sebelum ini giat mencari jurulatih telahpun selesai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengenalan Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2013/2014 di sini hari ini.
Menurut Abdul Rashid, walaupun T-Team, yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan, sedikit lambat bagi mendapatkan khidmat jurulatih, tetapi itu tidak menjadi masalah dan diharap Steinbruckner mampu membawa T-Team melonjak naik kembali ke saingan Liga Super musim 2016.
Beliau berkata Steinbruckner telah mula menjalankan tugasnya melatih pasukan T-Team sejak tiba di sini dan satu majlis menandatangani kontrak selama setahun bersama T-Team telahpun diadakan hari ini.