Note: Cerita yang dikendalikan adalah berdasar kisah yang benar. Kisah ini bukan untuk diaibkan, tapi hanya berkongsi pemikiran yang mungkin kita boleh mengaggap sebagai tauladan atau pengajaran. Nama yang tertulis bukanlah nama yang sebenar. Nama yang sebenar akan digantikan dengan nama samaran Insyaa'Allah semoga novel sebenar ini dapat memberi sebuah pemikiran dan tauladan kepada kami semua. Insyaa'Allah.
Cerita: Tiupan angin yang sejuk menderu di suasana kampung pada waktu malam. Mana nya tidak sejuk, pakaian aku hanya berseluar pendek sampai bawah lutut, dengan singlet. Waktu itu aku berada di halaman Johor Bahru. Rumah saudara rapat. Duduk rehat tenangkan fikiran selepas apa yang telah terjadi beberapa bulan yang lalu. Tiba-tiba, Handphone aku berdering dan terpampar nama kawan aku. Kawan aku sebenarnya ramai. Bukan hanya di Singapura, tapi di JB. Buat kawan gitu-gitu sahaja. Sesama islam. Lalu aku menjawab panggilan kawan aku.
Man: Assallammu'Alaikum Za. Apa khabar? Sihat?
Saya: Waa'alaikum salam. Alhamdulillah sihat. ye saya. Baru sampai tadi petang. Saja duduk rumah sedara aku untuk tenangkan fikiran. Kalau bunyi berdering line malaysia, dah memang aku kat malaysia laa.. hahaha..
Man: Aku tak terfikir pulak pasal bunyi line. Sorry ganggu. Aku sebenarnya dapat tahu kau baru putus kan. Kebetulan pula kau kat JB. Nak tahu khabar kau. Kau pun satu, datang sini tak call. Boleh aku teman kau.
Saya: Alhamdulillah. Aku ok jek. Insyaa'Allah pulih laa hati aku ni nanti. Cepat naa khabar berita sampai ye. Makan masa jugak berjalan kaki agaknya berita ni. hahahaha.
Saya: Aku bukan tak nak call, aku taknak ganggu korang dengan family ke atau tengah ada hal mustahak ke keje ke.
Man: Jangan cakap macam gitu. Kau walaupun muda dari kita pun, walaupun bukan orag sini, tapi kau suka bergaul mesra. Tak sombong.
Saya: Yelah. Kau call aku ni lain tak bukan nak ajak jumpa laa ni kan? Kalau kau nak suruh aku datang ke KL, memang aku malas nak layan kau.
Man: Hish kau ni. Aku dah balik dah. Aku ambik cuti seminggu balik kampung jumpa family aku. Datang laa pontian.. Tempat biasa. Lagipun nanti aku jumpa Adip. Dia baru putus.
Man: Lagipun kita pun dah lama tak jumpa. Yelah. Masing-masing sibuk bekerja.
Saya: Yelah-yelah. Tapi kau kene belanja aku air.
Saya: Kasi aku siap-siap. Inysaa'Allah dalam satu jam gitu aku sampai.
Jadi aku terus bersiap. Lepas siap sahaja, ambil kunci kereta, hidupkan enjin kereta, beritahu makcik, kakak saudara aku bahawa aku jumpa kawan aku di pontian, terus aku masuk kereta, shift gear aku ke "D", dan terus memandu.
Hampir satu jam aku akan tiba ke destinasi. Warung ni agak special. Pakcik ni kalau nampak aku datang, dia akan belanja aku air. Tapi aku taknak free.. Maklumlah, mereka berniaga. Mencari rezeki untuk keluarga.
Adip tahu aku akan datang. Sesudah aku park kereta, keluar dari kereta dan berjalan menuju ke meja yang mereka duduk, belum sempat aku duduk, Adib peluk aku secara tiba-tiba.
Saya: Hish. Kau ni. Agak-agak laa.. Kang orang lain pandang kita ni ada hubungan luar Tabi'i pulak. Berdosa. (Sambil tu Adib mengesat airmatanya yang mengalir dari matanya)
Adib: Sorry bro. Aku cuma sedih. Pilu sangat.
Saya: Kalau ye pun, duduk laa dulu order air tarik ke apa. Buat penat je warung ni sedia kan kerusi untuk kita duduk tapi kau nak berdiri.(Man ketawa)
Sama-sama kita berdua duduk.
Saya: Kau ni dah kenapa pulak. Badan gagah perkasa, tapi nangis macam budak kecik. Malu laa sikit orang nampak. Tutup laa dengan Shades ke, periuk ke. (Man masih lagi ketawa)
Saya: Kita minum air dulu, makan dan lepas tu boleh berborak.