Ada masa kalanya hati kita akan merindui seseorang yang benar-benar kita mencintai walaupun kian lama terpisah.. Tabahlah wahai hati, doakan semoga dia yang hati kita rindu, bahagia. Kerana mungkin dia sedang merasai yang sama.
Mike Driver
Monterey Bay Aquarium
taylor price
Peter Solarz

No title available

if i look back, i am lost

Kaledo Art

oozey mess

pixel skylines
d e v o n

Discoholic 🪩
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
sheepfilms

Love Begins
I'd rather be in outer space 🛸

No title available
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
RMH
Show & Tell
seen from United States
seen from Germany
seen from Netherlands

seen from Iraq

seen from Türkiye

seen from Germany
seen from United States

seen from United Kingdom

seen from United States
seen from Germany
seen from United States
seen from United States
seen from Germany

seen from T1

seen from Netherlands
seen from Türkiye

seen from Türkiye
seen from United States

seen from Brazil
seen from Brazil
@mabsj
Ada masa kalanya hati kita akan merindui seseorang yang benar-benar kita mencintai walaupun kian lama terpisah.. Tabahlah wahai hati, doakan semoga dia yang hati kita rindu, bahagia. Kerana mungkin dia sedang merasai yang sama.
Masihkah hati kita masih lagi merindui bekas kekasih kita?
Masihkah hati kita masih lagi ada perasaan sayang terhadap bekas kekasih kita?
Masihkah kita masih merasa seolah-olah kehangatan dirinya masih di sisi kita?
Walaupun kita menipu hati sendiri itu hanyalah permainan? atau masih benci? atau seakan kita sudah lupakan dia?
Allah tidak pernah tipu. Malah Allah berikan yang jujur. Allah masihkan perasaan tu tetap berada di dalam hati kita kerana Dia tahu, hati kita masih lagi menyayangi cinta yang suci itu. Walaupun Allah tahu ia akan menyakitkan hati kita, sebakkan hati kita, tapi Allah mahu kita tabah, dan sentiasa berdoa kepadaNya. Insyaa’Allah, Allah Maha Penguasa, Maha Mengetahui, lagi Maha Penyayang.
Perasaan cinta dan sayang masih terasa di hati walaupun kian lama terpisah.. Bukan kerana tidak redha, tapi itulah bermakna cinta yang benar² kuat bagi hati kita dan itulah cinta sejati. Sekuat mana kita buang dan lupakan, tetap perasaan dan lambaian dari si dia mengimbas kembali. Dan itulah juga pintu hati kamu terbuka luas untuk mengahwini si dia buat pertama kali kerana Allah tahu niat kita dan kejujuran kita.. Tak akan pernah cinta kita pada si dia keseorangan hinggalah menginap keselesaan dalam hati sebagai tempat mengadu dan bertemu walaupun tidak bertemu atau berkata melalui bibir tapi melalui hati yang ibaratkan kita menyembunyikan perasaan yang masih kuat terhadap si dia yang pertama walaupun dimiliki orang lain dan berlainan jalan..
Walaupun bertahun bercinta,
Maka belum tentu lagi dia jodoh kita
Mungkin kita hanya menjaga,
Jodoh orang lain yang bukan milik kita
Akan terasa perit jika hati sendiri merasa itulah pasangan kita,
Lagi perit jika si dia memilih pilihannya.
Dijodoh oleh pasangan yang berbeza,
Sedangkan perasaan di hati masih bersama..
Ya Allah,
Seandainya dia memilih pilihannya dan aku memilih pilihanMu,
Engkau berikanlah kebahagiaan walaupun ku disini tidak kesempurnaan..
Walaupun aku hanya dapat merasa perasaan yang belum ditentu,
Engkau biarkanlah perasaan itu menetap dalam hati aku sebagai peneman rindu kepadanya..
Bulan yang penuh tetap aku minati,
Disitulah perjanjian cinta sejati.
Walaupun hati kian berjauhan,
Tapi sayangku, aku disini menanti..
~..Tawar Hati..~Part 5
Selepas lama perbincangan bersama adik-beradik, Abang Aisyah bersama isterinya gerak untuk balik ke rumah mereka. Ketegasan, tangisan yang dirasa oleh mereka beradik, telah membuat mereka duduk terdiam dan terfikir apa akan terjadi. Azman tidak lah berkuasa dia dalam rumah itu, tetapi, dia hanya menjalankan tanggung-jawab nya sebagai seorang bapa..
Sambungan....Part 5
Hampir seminggu Azman tidak pulang ke rumah abang iparnya bersamaan isteri dan anak-anak. Masih lagi segar ingatannya teringat apa yang telah dikata oleh isterinya. Dia hanya mampu berfikir positif walaupun hatinya masih terluka.
Aisyah yang masih mencari-cari suaminya, masih tidak ditemui. Kerana ego dan baran nya yang tidak dikawali sebelum bertindak dan berfikir, telah melukai hati suaminya dan Aisyah tahu akan derhakanya dirinya sebagai seorang isteri berkata sebegitu terhadap suaminya.
Aisyah lalu menelefon teman baiknya, Farah untuk meminta bantuan untuk menemani dia mencari suaminya.
Aisyah: Assallammu'Alaikum Farah.. Kau apa khabar?
Farah: Waa'Alaikum Salam.. Baik Alhamdulillah. Kau?
Aisyah: Aku sihat Alhamdulillah. Cuma.. Tak beberapa tenang.
Farah: Kenapa pula ni Aisyah. Tiba-tiba ni. Sekejap. Jangan bilang aku yang kau dengan Azman bergaduh besar?
Aisyah: Aku tak tahu apa yang aku dah buat..
Farah: Apa yang Azman dah buat kat kau?
Aisyah: Tak. Azman tak buat apa-apa kat aku. Cuma aku saja. Aku lukakan hati dia.
Farah: Ok. Apa kata kita jumpa. Aku mintak izin suami aku dulu. Nanti aku dah sampai rumah kau, aku call kau ok.
Aisyah: Terima Kasih Farah..
Dalam 1 jam, Farah pun tiba di bawah rumah Aisyah. Selepas mendapat panggilan dari Farah, Aisyah lalu turun dan terus menaiki kereta Farah yang di dalam ditemani suami Farah. Lalu Farah memandu ke tempat yang tenang agar Aisyah dapat tenangkan keadaan dirinya. Tidak jauh perjalanan mereka, mereka pun tiba di destinasi yang dibawa oleh Farah.
Farah: Ok. Dah. Sekarang kau bilang kau apa yang dah terjadi.
Aisyah: Entahlah Farah. Aku rasa serba salah. Tuduh suami aku, tak percayakan suami aku.
Farah: Azman buat apa sampai kau buat tu semua?
Lalu Aisyah menceritakan kejadian yang telah berlaku antara mereka suami isteri. Setelah selesai kisah cerita Aisyah, Suami Farah lalu berkata.
Suami Farah: Suami kau tak kerja ke?
Aisyah: Tak. Dia ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak-anak sampai keadaan beredar.
Suami Farah: Aisyah. Kau patut beruntung dapat suami macam begitu. Suami pentingkan keluarganya dari kerjaya dia. Aku nak buat macam mana Azman buat, aku tak sekuat macam dia. Kau tak nampak ke banyak pengorbanan dia sampai sanggup ambik cuti tanpa gaji untuk jaga anak-anak korang berdua. Dia mesti ada sebabnya kenapa. Bukan korang duduk dengan adik beradik kau ke?
Aisyah: Dia tak nak adik beradik aku jaga.
Suami Farah: Sebabnya?
Aisyah: Sebab Dia nampak kejadian yang aku ceritakan. Perkara yang tak sepatutnya dinampak dan dilakukan walaupun seorang bapa.
Suami Farah: Aku cuma boleh nasihat kau, bersyukurlah. Suami macam Azman aku boleh cakap, memang susah nak cari. Kalau aku, memang aku dah buat report. Tapi kau beruntung, Azman masih bagi peluang dan bersabar.
Suami Farah: Apa yang kau dah cakap kat suami kau, tak masuk akal. Kau tahu tak tu boleh menjadi satu penceraian?
Aisyah: Tu yang aku tak nak terjadi.
Suami Farah: Aisyah. Aku pun seorang suami, pun seorang bapa. Tapi kau kena lah kenal erti tanggungjawab seorang bapa, suami. Bukan senang Aisyah. Berat dipikulnya. Dia lah Imaam. Walaupun diri dia tak lah beragama tinggi, tak semestinya hati dia tak suci.
Suami Farah: Aku tak tahu nak bagi idea apa kat kau. Tapi banyakkan berdoa lah.
Farah: Dah lah Aisyah: Apa yang suami aku cakap memang betul. Suami diutamakan sebab tu lah Syurga kau Aisyah. Dah. Aku hantar kau balik, kau banyakkan berehat. Berdoalah pada Allah semoga Azman balik ye.
Lalu mereka semua masuk semula ke dalam kereta lalu Farah memandu menghantar Aisyah pulang. Apabila tiba di tempat meletak kereta di blok Aisyah, Dia ternampak kereta suaminya.
Farah: Pergilah minta maaf kat suami kau Aisyah.. Ingat. Jangan kau buat lagi.
Aisyah: Terima kasih korang.
Aisyah terus keluar dari kereta Farah lalu bergegas naik ke rumahnya dan terlihat keadaan di dalam rumah sunyi sepi walaupun adik beradiknya berada di ruang tamu. Tetap Aisyah terus masuk ke dalam bilik dan ternampak Azman lena tidurkan kedua-dua anaknya. Tanpa berfikir panjang, Aisyah terus memeluk suaminya sehingga Azman terkejut dari tidurnya. Tanpa henti Aisyah meminta maaf kepada Azman sambil memeluk erat suaminya dan airmata mengalir.
Azman: Dah laa tu. Saya dah lama maafkan awak. Jangan buat lagi sudah.
Aisyah: Saya mintak maaf awak.
Azman: Dah laa. Lupakan jelah. Saya nak tidur. Penat.
Wahai Isteri. Tidak semua Suami ada banyak kesabaran. Walalupun Suami tidak beragama tinggi sekalipun, tetapi Allah kurniakan sebagai satu keistimewaan yang kita terlepas lihat. Bersatulah demi keluarga. Jangan dikalahkan oleh egois.
#TawarHati
~..Tawar Hati..~(Part 4)
Abang Aisyah: Kalau korang tahu, KENAPA KORANG BUAT MACAM GITU? BERTUNGKUS LUMUS DENGAN PENAT OTAK, PHYSICAL BAPAK DIA CUBA SEDAYA UPAYA NAK DIA SEMBUH, KORANG SENANG-SENANG NAK HANCURKAN BUAT MAKIN TERUK ??!!
Sambungan...Part 4
Adik Aisyah L: Tak bang. Tapi agak-agak laa kalau nak berdegil. Macam kita tak pernah jadi degil. Yang diorang nak dua anak buat apa kalau tak mampu jaga.
Abang Aisyah: Astaghfirullah Hal Azim.. Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau siapa nak tentukan berapa anak diorang nak. Kau jangan nak jadi biadap tahu tak. Tu semua rezeki Allah. Kita plan ke tak plan ke, tu semua terpulang pada Allah. Bukan kau, bukan kita semua. Macam begini kau nak kahwin dengan anak orang? Kalau dah ada anak, aku tak tahu apa nak jadi dengan anak kau. Korang beruntung dapat abang ipar yang tak berdendam. Kalau tak, memang nasib korang tak baik.
Abang Aisyah: Dan kau Aisyah. Kenapa kau tak bilang abang yang korang dua bertekak?
Aisyah: Aisyah taknak besar-besarkan. Salah faham. Macam-mana abang tahu Aisyah gaduh dengan Azman?
Abang Aisyah: Abang kau no.4 yang call aku. Aku terkejut bila dengar. Tak pernah-pernah Azman berperangai macam gini tahu tak. Lagi-lagi suami kau. Sekarang ni abang nak thau pihak kau pula..
Aisyah terus cerita bahagiannya. Dengan sebak di dada, airmatanya mengalir keluar ke pipinya. Dengan penuh kekesalan, atas apa yang telah dia lemparkan kepada Azman.
Abang Aisyah: Astaghfirullah Hal Azim Aisyah. Kau sedar tak apa yang kau dah cakap kat dia? Kau tahu tak apa hukumnya bila kau cakap macam gitu terhadap suami kau Aisyah?
Aisyah: Sebab dia salahakan adik beradik Aisyah dengan Aisyah. Kakak mana yang tak marah.
Kakak Ipar Aisyah: Aisyah. Dia tak pernah salahkan adik-adik semua. Dia tak pernah salahkan isterinya. Aisyah kena ingat, Azman dekat sini cuma penumpang je tau. Walaupun dah jadi sebahagian dari keluarga korang. Dia berjauhan dengan mak dia, bapak dia semata-mata nak menjalani tanggung-jawab dia sebagai seorang suami dan sorang bapak kepada anak-anak korang. Sampai Aisyah dah tawar hati kat suami Aisyah sendiri tahu tak apa maksud tu?
Aisyah: Aisyah penat kak.
Abang Aisyah: Abeh kau fikir suami kau tu tak penat? Umur gitu muda dah keluar rambut putih. Abang kau sendiri umur jauh tua dari dia tak keluar pun rambut putih. Dia buat semua tu bukan demi kepuasan diri dia faham tak. Dia buat tu semua demi keluarganya sendiri. Seorang isteri yang dah lukakan hati suami tandanya derhaka. Kenapa semua abang-abang kau suka kat dia ? Makcik pakcik korang suka kat dia. Sebab diorg tahu korang susah nak dijaga. Belum matang. Masih dalam dunia enjoy korang. Perkara ni bukan baru ni dia mula rasa Aisyah.. dah nak masuk 5tahun sepanjang perkahwinan korang.
Aisyah: Macam mana abang tahu semua ni?
Abang Aisyah: Abang suruh dia datang rumah. Pernah tak kau nampak seorang suami bila kita tanya, dia tahan airmatanya masih lagi mempertahankan isterinya sendiri walaupun setelah isterinya dah lukakan hati dia? Kenapa dia tahan airmata dia? Sebab dia tahu, Setitik airmata suami yang mengalir atas perbuatan isterinya yang lukakan hati suaminya, tempatnya adalah neraka. Derhaka. Baik suami, baik isteri. Kau banyak manjakan, sebelahkan adik beradik kau dari suami kau. Siapa yang patut kau utamakan? Mana hormat kau sebagai seoarang isteri terhadap suami kau? Aku yang tak sampai hati tengok. Aku suruh dia duduk rumah sini buat sementara waktu tapi dia taknak. Taknak terhutang budi.
Abang Aisyah: Kalau abang, memang mengamok terus. Tapi kau beruntung, Azman tak macam aku. Tu sebab semua makcik pakcik kau, termasuk arwah nenek kau sayang kat Azman. Sebab dia berani. Dia tahu perangai kau macam mana tapi dia berani terima kau sebagai isteri dia walaupun kau yang melamar dia untuk kahwin. Kau keluar rumah tanpa izin suami, kau nak keluar dengan adik beradik kau, kau cuma bilang tak tanyz izin. Kau fikir ni zaman korang bercinta sebelum kahwin?
Aisyah: Abang. Azman ada cakap apa-apa tak?
Abang Aisyah: Cakap apa??? Dia cakap terpulang laa kalau jodoh berpanjangan, berpanjangan la korang. Kalau tak, dia redha. Tapi dia tetap akan tuntut hak penjagaan kedua-dua anak ni.
Adik Aisyah P: Tapi mana boleh senang-senang. Isteri yang ada hak apa.
Abang Aisyah: Ada hak? Abeh macam mana abang kau yang no.2 boleh dapat hak dia jaga semua anak-anak dia ? Kalau Hakim Syariah tanya kenapa, kalau Abang Azman kau lepaskan apa yang korang dah buat, korang boleh kena saman, penjara,
Adik Aisyah L: Abang.. Tolong bilang kat abang Azman jangan laa report. Adik tak sengaja.
Abang Aisyah: Sekarang baru kau nak merayu? Dari tadi kau melawan balik kat aku, sekarang kau nak merayu? Hak yang tu, abang tak tahu. Sebab tu semua terpulang pada abang Azman korang. Abang tak ada hak nak pujuk-pujuk dia. Dia pun ada perasaan jugak. Apa-apa pun abang tetap kena hormat keputusan dia.
Aisyah: Abang. Boleh tak bawak Aisyah jumpa Azman? Aisyah nak mintak maaf kat dia. Aisyah tak sanggup kehilangan dia abang. Aisyah perlukan dia.
Abang Aisyah: Aisyah. Abang mintak maaf. Abang tak boleh nak bilang kau kat mana Azman sekarang. Abang pegang amanah dari dia jangan bilang sesiapa. Pendapat abang, biar dia tenang. Dah cukup banyak kau dah lukakan hati dia. Kau patut kenal suami kau. Sekali dia buat keputusan, dia tak akan patah balik sebab keputusan dia adalah muktamat. Banyak-banyakkan berdoa pada Allah. Abang tak dapat tolong korang kali ni. Allah berikan korang yang baik, tapi korang musnahkan. Abang kecewa dengan korang kat sini.
Selepas lama perbincangan bersama adik-beradik, Abang Aisyah bersama isterinya gerak untuk balik ke rumah mereka. Ketegasan, tangisan yang dirasa oleh mereka beradik, telah membuat mereka duduk terdiam dan terfikir apa akan terjadi. Azman tidak lah berkuasa dia dalam rumah itu, tetapi, dia hanya menjalankan tanggung-jawab nya sebagai seorang bapa..
Sambungan....Part 5
~..Tawar Hati..~(Part 3)
Hari demi hari, Azman tidak pulang. Tapi sempat juga Azman Video Call Abang Iparnya untuk berbual bersama kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan Asiyah.
Sambungan....... Part 3
2 hari telah berlalu, Azman masih belum pulang ke rumah. Dia tiada di rumah kakaknya, atau rumah kawannya. Perasaan risau mula terasa di dalam hati Aisyah. Pelbagai persoalan ditanya dalam fikirannya. Dimana dia tidur, suaminya makan atau tidak, selamat atau tidak. Aisyah cuba menghunbungi suaminya tapi masih tidak dapat jua. Rasa kekesalan di hati mula terasa. Melihat anak-anaknya yang memanggil ayahnya, Azman. Sehingga Aisyah meminta tolong kawan baiknya, temani dia mencari Azman menaiki kereta miliki kawan baiknya itu dan lalu dia teringat Azman suka pergi ke tempat yang suasana laut. Tetapi nasib tidak menyebelahi Aisyah. Azman tidak menginap di situ mahupun keretanya setelah menunggu beberapa jam. Aisyah tahu kereta suaminya paling jarang sekali akan nampak di jalan raya. Dia tahu kereta suaminya berbentuk seiras dengan kereta yang sama model dengannya. Tapi Aisyah kenal kereta suaminya adalah kereta sport dan suaminya suka menghias keretanya dengan warna dan aksesori keretanya untuk menambah cantik.
Kawan Aisyah: Takpelah Aisyah. Kita sambung esok. Jam pun dah pukul 2pagi. Berehat lah.
Aisyah: Yelah. Nanti macam biasa jemput aku lepas berbuka ya.
Azman manakala sedang pula berada di tempat suasana laut. Tetapi bukan di tempat isterinya fikirkan. Tempat ini dia akan selalu duduk menyinggah jikalau dia ada kebingungan. Dia berada di dalam kereta, dengan seat belakang dia turunkan supaya Azman boleh baring seperti katil sambil melihat gambar keluarga kecilnya sambil hatinya terasa sedih dan sebak..
Azman: Ya Allah. Aku tahu aku hanya manusia biasa. Sering aku buat kesilapan. Tetapi niat aku untuk melindungi keluarga dan menjaga keluargaku seperti mana yang telah diamanahkan. Ya Allah. Aku amat merindui keluargaku. Tapi hatiku sebak dan seidh bila isteri yang aku sayangi telah tawar hati terhadap diriku. Ya Allah, Jikalau jodoh tidak berpanjangan, akhirilah dengan kesempurnaan tanpa kebencian dan kedengkian. Jikalau jodoh aku bersamanya berpanjangan, berilah peluang untuk mengukir semula hubungan antara aku bersama dia.
Sebaik sahaja, dia berdoa di dalam hatinya, tiba-tiba keretanya diketuk dari luar. Dengan terkejutnya Azman bangunkan diri untuk melihat siapa yang ketuk dan dia ternampak sepupunya diluar keretanya.
Sepupu Azman: Assallammu'alaikum !! Apa hal kau kat sini. Tak tahu nak balik ke.
Azman: Waa'alaikum salam. Kau ni buat aku terkejut tahu tak. Dah macam perompak nak rompak kereta aku dah.
Sepupu Azman: Nasib kau cuma ingatkan, bukan kau fikirkan. Kalau tak, tak jumpa katil aku laa namanya..hahaha
Azman: Merepek laa kau ni. Hah.. Ni kau buat apa kat sini? Macam mana kau tahu aku kat sini?
Sepupu Azman: Kau ni. Sape lagi sepupu kau yang selalu kau lepak, cruising satu negeri ni.. Sudah terang tak lain dan tak diduga adalah aku juga. Aku sorang yang tahu kat mana kau akan santai.
Azman: Yelah yang pandai.
Sepupu Azman: Hahaha.. Mak kau laa call aku tadi, tanya sama ada aku dengan kau ke tak. Dia cakap kalau aku jumpa kau, bilang mak kau.
Sepupu Azman: Jadi secara automatik mustahil kau tak ada handphone kan. handphone kau selalunya on. Jadi aku dah tahu ni mesti ada perkara yang tak baik terjadi ni yang mak kau risaukan. Apa cerita Man.
Azman: Takdelah.. Aku ok jek. Saja je aku nak ambik angin luar.
Sepupu Azman: Ambik angin luar hotak kau. Nak belit pun agak-agaklah. Takkan sampai nak ambik angin luar dengan bantal kereta kau dengan selimut kan. Kau ada masalah rumah tangga ke ?
Azman: Entahlah.. Aku rasa macam gagal jadi suami ada, tak dihargai pun ada, tak dihormati pun ada. Entah tak tahu nak explain macam mana..
Sepupu Azman: Fuh. Macam dah tahap kritikal dah situasi kau ni.
Azman: Pada aku perkara kecil je. Aku cuma menjalanankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami dan seorang bapak dan ketua keluarga kepada keluarga aku.
Sepupu Azman: Ok. Jadi puncanya bermula dari mana ni sekarang ?
Azman: Dah lama selepas adanya anak pertama aku. Kalau belum ada anak aku boleh faham. Tapi kalau dah ada anak, dah tambah satu lagi tanggungjawab kat aku.
Sepupu Azman: Jadi kau pressure?
Azman: Tak pressure. Ni semua dah memang lumrah kehidupan setiap suami isteri. Cuma yang masalahnya, apa guna kau pegang status Suami dimana kau tak dapat rasakan tu semua walaupun yang simple je.
Sepupu Azman: Isteri kau derhaka kat kau?
Azman: Kalau boleh aku tak nak dia kena gitu. Aku tadi bertekak dengan dua adik ipar aku pasal anak aku yang sulung.
Sepupu Azman: Woah. Kes besar ni. Anak kau buat apa sampai buat adik ipar kau marah?
Azman: Anak aku main dengan buku display kat rak buku. Abeh adik ipar aku yang lelaki ambik buku tu dari anak aku. Biasalah. Anak aku sensitive. Fikiran diorg lain dari kita yang dh tua. Abeh anak aku baring kat lantai nangis kuat-kuat dan aku masa tu kat dalam toilet baru habis mandi. Selalunya anak aku akan nangis sekejap. Tapi kali ni dia nangis tak henti. Makin kuat.
Sepupu Azman: Lepas tu?
Azman: Jadi aku keringkan badan aku, aku keluar toilet dengan cuma tuala, aku buka pintu bilik aku terus aku nampak adik ipar aku yang lelaki tengah angkat badan anak aku dari lantai terus gegarkan badan anak aku kuat-kuat sampai suara anak aku dengan kepala anak aku terikut kuat dengan goyang tu. Dia tak perasan aku nampak sampai dia toleh ke arah aku abeh dia ingatkan aku akan sebelahkan dia untuk marah anak aku. Tapi malangnya tak. Aku terus tegas kat dia tanya. Setakat main buku jek. Dia suka susun buku buat jadi rumah. Bukannya anak aku ambik buku hentak kat orang lain sampai mati kan. Jadi pada situ laa aku nyaris-nyaris nak bertumbuk dengan adik ipar aku yang lelaki. Sampai lebam lengan anak aku dia cubit. Bapak mana yang tak marah.
Sepupu Azman: Woahh.. Tu part adik ipar kau tak patut buat gitu. Dia bukan bapak kepada budak tu. Dia cuma pakcik bro. Ni perkara boleh buat report police dok. Kau boleh saman adik ipar kau, boleh masukkan dia dalam penjara dok. Kes dera ni.
Azman: Kalau aku betul-betul jahat, aku dah buat dah. Tapi aku pandang keluarga.
Sepupu Azman: Isteri kau tahu?
Azman: Tu yang aku sedih. Aku bawak anak aku pergi rumah kakak aku. Mak aku duduk kat sana. Adik ipar aku bilang isteri aku dulu. Isteri aku pula mengamok sampai dia call aku asal bawak anak-anak tanpa izin dia. Yang aku sedih, aku ini siapa pada budak-budak ni? Dan aku ni siapa pada dia? Selama ni aku mintak izin isteri aku kalau aku boleh keluar jumpa kawan aku ke atau kerja sambilan ke.
Sepupu Azman: Jap. Kau mintak izin dia? Bukan tak payah ke?
Azman: Aku cuma bersikap adil.
Azman: Tapi isteri aku kalau nak keluar ke, ada plan dengan adik beradik dia ke, dia cuma bilang dari tanya.
Sepupu Azman: Jap.. Isteri kau tahu tak bezanya tanya dengan bilang?
Azman: Entahlah. Tadi kat rumah, aku bilang jujur laa apa yang terjadi.. Apa yang adik isteri aku buat dah di luar batasan. Lagi isteri aku lebih percayakan adik-beradik dia dari aku, lebih sebelahkan adik beradik dia dari aku. Jadi persoalannya, aku ni siapa bro.. Dan yang lagi moral aku jatuh dan betul-betul patah hati dan sedih, dia bilang aku dia dah tawar hati kat aku dan tak nak membetulkan hubungan kita. Hati suami mana yang tak sebak dan sedih bro. Suami pun ada perasaan juga. Tak cukup ke dia tak dapat rasa tanggung-jawab isteri kepada suami dan rasa dirinya sebagai suami oleh isterinya dan bermati-matian mencari rezeki demi menampung makan minum pakaian untuk anak bini nya sendiri.
Sepupu Azman: Dok.. Kau nye kes kritikal. Aku tak berani nak bagi pendapat aku. Tapi kau lafazkan tak?
Azman: Selagi iman aku kuat, aku tak akan lafazkan. Tapi aku nak memperbetulkan semula demi anak-anak aku. Tapi kalau dah keterlaluan, aku lepaskan. Tapi aku akan fight dalam makhamah untuk tuntut aku jaga dua-dua anak aku. Aku tahu agak susah, tapi aku ada sebab nya kenapa. Anak aku anak istimewa tahu tak bro. Mild autism. Kalau bertungkus lumus dengan penuh bersabar nak pulihkan dia, tapi ada saja orang merosakkan niat baik aku.
Sepupu Azman: Isteri kau?
Azman: Isteri aku terkejut aku cakap macam gitu. Aku terus terang kat dia. Kalau kau fikir kau dapat ni anak bukan dari aku, dan tak hormat aku sebagai suami kau yang sah, kau pegi buang surat nikah kita, kau duduk dengan adik beradik kau yang pada kau baik-baik belaka dan pegilah spend time dengan diorang sepuas-puasnya. Tapi ingat, aku tak akan maafkan adik kau kalau apa-apa terjadi kat anak aku, dan apa yang dia dah buat kat anak aku yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Hormat sikit yang bapaknya ada dekat rumah. Jangan memandai-mandai. Rumah sendiri belum pandai kasi bersih, nak bersihkan nakal anak aku pula.
Sepupu Azman: Dah.. Banyakkan bersabar dok. Abeh ni kau bilang mak kau tak?
Azman: Tak. Aku taknak libatkan mak bapak aku. Taknak diorang sedih dan ganggu fikiran diorang..
Sepupu Azman: Abeh ni kau nak mandi macam mana? Bila kau nak balik?
Azman: Bila aku dah reda sikit aku balik. Takyar bilang mak aku. Nanti aku call mak aku.. Toilet berlambak bro. Tumpang mandi.. hahahhaa
Hari berganti hari, Azman masih belum pulang ke rumah. Kerisauan dari isternya, Aisyah, dari marah bertukar menjadi kekesalan, tawar hati menjadi kerinduan, dari bebas menjadi risau adik beradiknya menjaga anak-anaknya yang selalunya Azman yang menjaga mereka sepenuhnya buat sementara waktu. Aisyah tahu, dia telah derhaka kepada suaminya, Azman. Dengan keeogan, kemarahan darinya melempar kata-kata yang amat melukakan hati suaminya, hingga Aisyah sendiri dapat merasakan seorang suami, bapak kepada anak-anaknya, tidak seperti bapak yang lain yang dia lihat di luar. Seorang suami dan bapak yang penuh kesabaran, kuat, tabah, dengan anak-anaknya, dan juga sikap isterinya. Sehingga pada hujung minggu, Abang Aisyah yang ketiga bersama isteri dan anaknya, menziarahi rumahnya.
Aisyah yang cuba sembunyikan ketiadaan Azman kerana dia tahu, Abang ketiganya akan memarahinya. Tetapi tanpa ketahuan Aisyah, Abangnya yang duduk serumah dengan Aisyah telah memberitahu Abangnya yang ketiga.
Abang Aisyah: Assallammu'alaikum..
Aisyah: Waa'alaikum sala Abang.
Abang Aisyah: Sunyi je rumah. Budak-budak mana?
Aisyah: Tengah tidur. Penat diorang main-main tadi.
Abang Aisyah: Alhamdulillah. Azman mane?
Aisyah: Entah. Dia jumpa kawan dia kot.
Abang Aisyah: Dah berapa hari Azman tak balik?
Aisyah yang cuba menyembunyikan perkara yang terjadi, menjadi senyap apabila ditanya soalan sebegitu.
Abang Aisyah: Panggil adik-adik kau duduk sini. Abang nak berbual dengan korang tiga.
Lalu Aisyah memanggil adik-adiknya keluar duduk di ruang tamu disusuli abang Aisyah yang keempat.
Adik Aisyah L & P: Yer bang. Apa khabar.. Ada apa bang?
Abang Aisyah: Apa dah jadi ?
Adik Aisyah P: Jadi apa bang? Tak faham..
Abang Aisyah: Pura-pura tak faham ke atau nak abang yang fahamkan?
Adik Aisyah L: Tapi dia nakal bang.. Makin menjadi-jadi nakal dia. Main dengan buku, berselerakkan rumah, pekik sana sini.
Abang Aisyah: Dulu korang masa kecil tak nakal juga ke? Tak pekik sana sini jugak ke?
Adik Aisyah L: Memanglah kita ada nakal. Tapi bising. Kalau Arwah Mama dengan Papa ada, diorang pun akan marah juga.
Abang Aisyah: Korang tahu tak apa sebabnya arwah Mama dan Papa marah korang sampai pukul korang? Korang semua ada tak ingat balik waktu tu?
Adik Aisyah L & P: Sebab kitorang lompat-lompat sampai barang pecah abeh luka, patah tangan, kaki.
Abang Aisyah: Abeh. Anak saudara kau yang satu ni ada lukakn korang? ADA TAK??!!
Aisyah, Adik Aisyah L & P: Tak bang.
Abang Aisyah: JADI ??!! KENAPA SAMPAI NAK CUBIT ANAK SAUDARA KORANG YANG SULUNG TU SAMPAI BERLEBAM, GEGAR KAN BADAN ANAK TU? ARWAH MAMA DAN PAPA ADA BUAT GITU KAT KORANG??!!
Aisyah, Adik Aisyah L & P: Tak bang.
Abang Aisyah: Jadi??? Kalau apa-apa terjadi kat anak tu, siapa yang akan bertanggung-jawab?? Korang ke? Kalau bawak pergi hospital, Doctor akan tahan bapak diorang sebagai suspect. Korang ingat dia ni bukan budak jahat eh dulu? Korang patut bersyukur Abang Azman kau tak macam dulu tahu tak. Kalau dia masih, korang sendiri boleh takut, benci kat dia tahu tak. Korang sedar tak anak yang kau goyangkan aggresif tu, ada sakit Mild Autism? Korang tahu tak apa tu penyakit?
Aisyah, Adik Aisyah L & P: Tahu bang.
Abang Aisyah: Kalau korang tahu, KENAPA KORANG BUAT MACAM GITU? BERTUNGKUS LUMUS DENGAN PENAT OTAK, PHYSICAL BAPAK DIA CUBA SEDAYA UPAYA NAK DIA SEMBUH, KORANG SENANG-SENANG NAK HANCURKAN BUAT MAKIN TERUK ??!!
Sambungan...Part 4
~..Tawar Hati..~(Part 2)
Setelah Aisyah melihat Azman mendukung kedua anak terus masuk ke dalam bilik, lalu dia pun ekori Azman masuk ke dalam bilik.
Sambungan.....
Aisyah: Awak dah kenapa macam gini. Tak ada senyum, abeh tunjuk keras muka dekat saya. Bawak anak-anak keluar tanpa izin saya. Tunjuk muka bila balik.
Azman: Salah saya ke? Perlu ke saya mintak izin awak nak bawak budak-budak ziarah nenek diorg dan bermain dengan sepupu diorg kat sana? Sekarang awak suami ke saya yang suami? Atau zaman sekarang dah terbalik Suami kena mintak izin isteri?
Aisyah: Abeh yang awak muka marah dah kenapa? Sampai saya pun awak marah. Apa salah saya?! Tak hormat adik beradik saya yang duduk kat rumah ni??!!
Azman: Perlu ke saya ingatkan awak lagi? Perlu tak saya hormat diorg lagi kalau diorg tak hormat saya sebagai seorang bapak kepada anak-anak kita??!! Perlu tak awak tanya dengan cara baik terlebih dahulu sebelum tinggikan suara dekat suami awak??
Azman: Adik beradik awak tak ada bilang awak ke apa yang terjadi tadi??
Aisyah: Apa? Marah anak sulung kita tu? Biasa laa kan nakal dia tu. Kita patut bersyukur tahu tak yang adik beradik saya tolong kita jagakan budak-budak ni. Terhutang budi laa sikit !!
Azman: Bersyukur? Terhutang budi? Awak patut bersyukur kat suami awak ni selamat kan anak awak dari kena siksa lagi. Awak patut bersyukur suami awak ni selamat kan anak awak dari elok jadi teruk pemikiran dia tahu.. Awak lupa ke anak kita ada Mild-Autism?? Saya tak kisah kalau dia nak conteng tembok ke, nak main dengan buku ke, nak berselerakkan rumah ke janji bukan merbahayakan anak kita. Suami awak yang lindungkan anak-anaknya tapi isteri sendiri sebelahkan adik beradik dia dari suami dia sendiri dan ada tak isterinya terhutang budi pasal ni??
Azman: Dan aku ketua keluarga dan semua izin atau pertanyaan nak buat atau plan sesuatu, tanya suami dahulu. Saya dah pesan kat awak jangan diorang keterlaluan. Fasa pertama, saya akan bawak anak-anak saya keluar main- main kat luar. Kali kedua, saya sendiri akan bawak anak-anak saya kelaur dari rumah ni selama seminggu awak tak akan jumpa. Kalau masih berdegil jugak, kali ketiga, saya sendiri akan jaga anak saya selama sebulan. Hujung minggu baru saya balik rumah sini. Ingat?
Aisyah: Awak dah kenapa hah? Diorang adik beradik saya. Mestilah saya kena sebelahkan diorang. Saya kenal adik-beradik saya laa. Diorang tak akan buat macam gitu kat budak-budak. Jangan awak nak main hembus, salahkan dan hina adik beradik saya !!!
Hati Azman yang tenang bersabar bertukar menjadi marah lalu dia mengangkat lengan anak sulungnya yang ada bekas cubitan di seluruh lengan anak sulungnya dan tunjukkan kepada Aisyah.
Azman: Ini yang awak cakap awak faham? Lebam cubit?
Aisyah: Budak-budak kan. Ni lebam diorang jatuh ke, terkena meja ke apa ke.
Azman: Awak dengar sini baik-baik. Kita dah berumah tangga hampir 5tahun tahu.. Awak kenal saya yang saya tak akan bertindak dengan perkara saya tak nampak. Saya akan bertindak kalau mata saya sendiri yang nampak. Bapak budak-budak ni sendiri tak pernah buat macam gini kat anak-anak dia tahu tak. Berkali-kali saya tegur awak, pesan kat adik beradik awak, jangan keterlaluan sangat. Anak-anak kita masih kecil. Budak-budak ni lasak. Nak marah biarlah perkara yang merbahayakan anak kita. Tapi awak diam membisu.
Aisyah: Awak bilang saya apa yang diorang buat? Kalau diorg cakap tak buat, saya akan benci kat awak. Faham??!!
Azman: Ouh. Jadi awak lagi sebelahkan adik beradik awak, lebih percayakan adik beradik awak dari suami awak sendiri yang bilang jujur? Jadi pangkat saya sebagai sebagai seorang suami kepada awak yang isteri apa maksud eh? Baik. Saya tak kisah kalau diorang tak nak cakap jujur. Kalau diorang betul-betul matang, diorang akan bilang sejujurnya. Ingat sini. Mak saya, adik beradik saya tak pernah mintak upah atau gaji untuk menjaga anak-anak saya. Tapi adik beradik awak mintak duit $300 untuk jaga anak-anak tu saya tak kisah. Tapi saya bayar diorang untuk menjaga, bukan mendera.
Dari kejadian situ, Azman dan Aisyah kurang berinteraksi. Sehingga pada pagi keesokkan harinya, Aisyah tidak salam suaminya, Azman, sebelum pergi ke kerja. Hati Azman pilu dan sedih. Aisyah mula berubah dan ternyata isterinya lebih percayakan adik beradiknya dari suaminya sendiri. Tapi Azman sedar, dia harus bersabar dan harus kuatkan semangat demi anak-anaknya. Jadi petang itu, Azman membawa kedua anak-anaknya temani nya ke kedai membeli makan untuk anak-anaknya. Tetapi, diakhiri dengan tidak kepuasan. Setelah Azman sampai sahaja di rumah, Azman terima panggilan dari isterinya dan lalu menjawab panggilan itu.
Aisyah: Awak bawak budak-budak keluar asal tak tanya saya?
Azman: Saya dah bilang awak kan. Dan buat apa saya nak mintak izin awak? Saya tak bawak lari anak lah. Saya pegi kedai depan nak beli makan untuk anak-anak salah ke?
Aisyah: Dah laa. Kalau nak bawak lari tu cakap laa.. Tak payah nak buat cerita. Tak puas lagi awak dah tuduh adik beradik saya?
Tersebak hati Azman apabila mendengar isterinya berkata sebegitu.
Aisyah: Dah laa. Saya malas nak betulkan hubungan ni lagi laa. Awak selalu salahkan adik beradik saya, salahkan saya. Saya dah tawar hati dengan awak. Faham tak. Tawar Hati. Aku tak nak tengok kau.
Aisyah terus putuskan panggilan telefon. Azman dengan tak disedarinya, airmatanya menitis keluar dari matanya. Hatinya sungguh sebak dan terluka. Isteri yang dia hormati, sayangi, dihentak dengan kata-kata yang memilukan. Azman pandang ke arah ke dua anak-anaknya. Dia sayang anak-anaknya. Bapa mana yang tidak sayang kepada anak mereka. Hingga sanggup lindungi anak-anaknya. Tapi kali ini, Azman memilih untuk berjauhan buat sementara waktu untuk menenangkan fikirannya. Dia tahu, jika dia mengemas bajunya, pasti anak nya ingin ikut bersama. Jadi, Azman bermain bersama kedua anak-anaknya sehinggalah, anak-anaknya tidur kepenatan. Tak berlengah kan masa, Azman terus ambil beberapa helai pakaian harian dan jalanan, masukkan ke dalam beg lalu dia mencium kedua anak-anaknya sedang tidur. Hati yang berat tidak mahu meninggalkan anak-anak, tapi terpaksa demi anak-anak, Azman tidak mahu anak-anaknya melihat ibu-bapanya bertengkaran.
Menutup pintu perlahan demi perlahan, Azman berjalan keluar. Semasa ingin menuju ke gate rumah, abang ipar Azman ternampak.
Abang Ipar: Kau nak kemana man? Anak-anak siapa jaga?
Azman: Saya Keluar sekejap bang. Nak tenangkan fikiran sekejap. Abang tolong tengok-tengokkan anak saya ye. Tolong saya sapukan minyak ke lengan anak sulung. Nanti apa-apa, saya video call bila saya nak berbual dengan anak-anak ye.
Abang Ipar: Man. Banyakkan bersabar. Nanti abang berbual dengan dia. Lagipun esok kan puasa.
Azman: Tak payah laa bang. Orang tu dah tawar hati.
Lalu Azman keluar pergi.
Pada malam hari, Isterinya, Aisyah, pulang dari kerja. Selangkah kakinya lalu masuk ke dalam rumah, Aisyah terlihat adik beradiknya sedang menjaga kedua-dua anaknya. Dengan rasa pelik, Aisyah bertanya,
Aisyah: Bapak diorang mana?
Adik Ipar L: Biasalah.. Merayap. Nasib Abang yang nampak abeh suruh kita tolong tengokkan.
Adik Ipar P: Suami kau laa kan. Bapak apa macam gitu.
Aisyah: Biarlah dia. Kejap lagi balik laa dia tu. Angin sekejap.
Jadi pada malam itu, waktu Aisyah dan kedua-dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba, anak bongsunya menangis kuat. Lalu Aisyah menyusukan anak bongsunya. Tetapi, anak bongsunya sambung menangis, Selalunya, selepas menyusu, akan sambung tidur. Tapi tidak. Dengan tangisan anak bongsunya yang kuat, anak sulungnya mula menangis.
Aisyah: Awak. Anak-anak nangis. Tidurkan diorang.
Aisyah seolah lupa Suaminya, Azman, tiada ada di rumah. Selalunya, Azman yang akan bangun dan panaskan susu dan siapkan sebelum anak bongsunya bangun. Dia tahu waktu anaknya akan menangis dan akan mendukung kedua-dua anaknya satu demi satu. Jadi Aisyah terpaksa menahan ngantuk untuk menjaga anak-anaknya.
Pada waktu untuk bersahur, semua sudah bangun kecuali suaminya Aisyah, Azman, yang masih tiada di rumah.
Aisyah: Azman mane?
Adik Ipar L: Tak balik.
Aisyah: Hmmm..
Aisyah terpaksa ambil cuti kanak-kanak untuk menjaga anak-anaknya. Paginya, Aisyah terbangun dan lihat anak sulungnya tiada di sisi. Jadi Aisyah mula keluar dari bilik tidurnya dan terlihat anak sulungnya bersama abangnya Aisyah. Sambil menyapu ubat ke lengan anak sulungnya. Dan Adik-adiknya sedang layan TV. Lalu Aisyah bertanya,
Aisyah: Bang. Kenapa lengan dia tu? Sampai bengkak hitam dah.
Abang Ipar: Kene cubit laa apa lagi.
Aisyah: Ni mesti bapak dia tao. Tak serik-serik. Pandai salahkan orang.
Abang Ipar: Kau tu yang tak serik-serik. Ni bengkak bukan dia yang buat. Tu.. Adik lelaki kau yang cubit anak kau ni kelmarin. Kau tu buta. Tu suami kau. Aku tahu dan nampak macam mana suami kau jaga anak-anak korang. Tak adanya jadi macam gini.
Aisyah: Abang pula sebelahkan dia. Dia dah laa kasar.
Abang Ipar: Dia memang kasar, tapi sekasar-kasar dia, dia lembut pada anak-anak dia. Yang merbahaya, tak sejentik pun dia lepas kat anak-anak kau. Yang bengkak cubit yang kau nampak ni, adik laki kau yang buat kelmarin. Tu yang suami kau marah.
Abang Ipar: Anak kau ni tiba-tiba masuk bilik abang baring sebelah abang. Selalunya bapak dia yang aturkan semua ni. Tapi dengan buruk sangka kau, tak hormat suami kau, Allah biarkan kau aturkan sendiri perkara yang kau sendiri tak nampak yang selama ni suami kau yang buat walaupun dia penat dengan dua pekerjaan. Azman yang suruh abang jaga budak-budak. Abang yang tak kasi adik-adik kau jaga. Dah bengkak macam gini, kau rasa abang kasi ke adik-adik kau jaga anak-anak kau?
Aisyah: Nanti Aisyah bawak dia pergi klinik lah.
Abang Ipar: Tak payah nak bawak. Bapak dia dah bawak anak sulung kau pergi klinik semalam. Tu pun kau fikir bukan-bukan. Apa nak jadi dengan kau ni Aisyah. Tu suami kau tahu tak. Derhaka kau buat suami kau macam gitu. Dah memang suami kau patut tegur apa yang kau leka. Kau pakaian dah laa macam tak sopan. Walaupun adik beradik, kau kena ingat, kau berhias dan berpakaian malam untuk suami. Bukan menonjolkan depan adik lelaki kau walaupun adik beradik sekalipun. Dia pesan dekat kau berkali-kali dan suruh kau pesan kat adik beradik kau, sebab dia nak rehat lepas kerja kedua dia. Tapi kau leka. Kau tuduh suami kau bila dia berkata jujur, demi lindungi anak kau, kau tinggikn suara kau dekat dia. Isteri derhaka namanya tu. Kau kena ingat, Suami didahulukan bukan adik beradik. Syurga kau dibawah tapak kaki suami. Sekarang suami kau dah keluar, kau nak tuduh dia apa lagi? Dah puas?
Selepas mendengar penjelasan itu, Aisyah mula menangis. Tak disangka oleh Aisyah bahawa dia telah keterlaluan terhadap Azman.
Aisyah: Abang tahu mana dia pergi?
Abang Ipar: Tak. Dia tak bilang. Pandai-pandai kau cari dia. Call dia ke apa ke.
Aisyah terus telefon suaminya tapi tidak dapat. Seperti telefonnya ditutup. Lalu Aisyah telefon ibu Azman, tapi mereka pun tak tahu juga dan kehairanan.
Aisyah: Ya Allah. Kalau dia tak ada kat rumah mak dia, adik beradik dia, mana pula dia tidur bermalam.
Hari demi hari, Azman tidak pulang. Tapi sempat juga Azman Video Call Abang Iparnya untuk berbual bersama kedua-dua anaknya tanpa pengetahuan Asiyah.
Sambungan....... Part 3
~..Tawar Hati..~ (Part 1)
Assallammu'Alaikum Pembaca. Kisah novel singkat kali ini mengisahkan soal hati iaitu "Tawar Hati". Ia diwatakkan oleh Sang Suami, Azman(bukan nama sebenar) dan Sang Isteri, Aisyah(bukan nama sebenar), yang telah kian lama berumah-tangga dan mempunyai cahaya mata. Kandungan ini juga termasuknya berbezaan kasih sayang suami isteri dan tanggung jawab suami isteri. Semoga novel singkat ini dapat memberikan kita suatu pengajaran pada diri kita waktu berumah-tangga mahupun ingin mendirikan rumah-tangga.
Jam menunjukkan sudah pukul 11 malam. Biasanya Azman akan sampai rumah pada pukul 8 malam. Tetapi Azman memilih untuk pulang lewat bukan kerana bekerja, tetapi kerana pertengkaran antara dia bersama isterinya malam semalam. Isterinya, Aisyah, sudah pun pulang dan sampai di rumah awal dari suami. Anak-anak mereka dijaga oleh adik beradik Aisyah kerana anak-anak mereka tidak dapat ke sekolah sebab penyakit yang menular luas kepada negeri mereka dan juga negeri-negeri yang lain. Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh Azman. Pemikiran yang banyak, kesabaran yang tinggi, penat lelah dengan dua kerja demi mencari rezeki lebih untuk anak-anaknya. Masih lagi teringat-ingat peristiwa tempoh hari yang dia terlihat dengan dua biji matanya sendiri dan mula hilang kepercayaan dan rasa tidak selesa.
Pada hari kejadian itu, Azman habis kerja awal. Kerjanya siap awal pada hari itu. Dia sampai ke rumah dan terus lihat kedua-dua anaknya sedang lena tidur.
Azman: Kesian.. penat bermain tu..
Lalu Azman pergi ke tandas untuk mandi dengan badannya lemas dengan peluh kering. Apabila selesai mandi, keluar dari pintu tandas, dia lihat anak sulungnya sudah tiada di katilnya. Dan dia terdengar anak sulungnya menangis kuat. Dengan hanya sehelai tuala yang hanya menutup bahagian bawah pusat hingga ke bahagian lututnya, dia membuka pintu biliknya dan alangkah terperanjatnya, dia lihat adik lelaki Aisyah memarahi anak Azman bukan hanya tinggikan suara yang marah, tapi adik lelakinya mengangkat tubuh badan anak sulung Azman lalu menggoyangkan arah kedepan dan belakang dengan begitu kasar hinggakan kepala anaknya terikut sekali dengan mencubit lengan anak sulungnya dan Azman dapat mendengar suara anaknya terikut graviti goyangan itu.
Adik Ipar L:"Kau makin lama makin teruk perangai eh. Uncle dah cakap jangan main bende tu !!"
Sambil menggoyangkan tubuh badan.
Adik perempuan Aisyah yang sedang membuat kerja sekolahnya di rumah, lalu berkata,
Adik Ipar P:"Tak boleh focus aku kalau dia ni ada. bising. Sibuk je kat sini. Aku nak buat kerja pun susah."
Tapi tidak lama selepas habis katanya itu, adik perempuan Aisyah ternampak Azman yang sedang berdiri di depan pintu biliknya dengan perasaan mukanya terperanjat lalu terus pandang kedepan.
Azman:"Kenapa ni?"
Adik Ipar L:"Takdelah si abang ni. Orang dah ckp jgn main dengan buku, jgn berselerakkan rumah, abeh tak nak dengar. Bila orang ambik nak simpan buku ni semua, dia nangis jatuhkan badan dia. Siapa yang tak marah kan"
Azman:"Habis, lepas tu?"
Adik Ipar L:"Ni laa dia baring merengek. Cakap tak nak dengar"
Azman:"Aku tanya kau, lepas tu ape?"
Adik Ipar L:"Lepas tu apa?"
Azman:"Kau buat apa tadi kat anak aku??"
Adik Ipar L:"Nak angkat dia abeh dia keraskan badan dia."
Azman:"Cuba kau buat lagi sekali aku nak tengok. Kalau sama, aku akan marah anak aku sendiri. Tapi kalau tak sama seperti mana yang aku nampak, aku tak akan pandang siapa kau dengan aku."
Dengar suara Azman yang agak marah dan tinggi, Adik Ipar L terdiam. Adik Ipar P masuk ke bilik panggil Abang Ipar L lalu keluar dan bertanya dengan nada yang marah.
Abang Ipar L:"Korang dah kenapa nak gaduh dalam rumah ni?!"
Adik Ipar L diam tidak bersuara.
Azman:"Kenapa senyap? Abang kau dah tanya dah tu. Bilang apa yang dah jadi. Aku pun nak dengar kau nya cerita. Bukan tadi kau handal dengan anak aku???"
Abang Ipar L:"Kenapa ni Azman? Kenapa kau marah sangat ni?"
Azman:"Bang. Azman bukan nak tunjuk samseng. Tapi perkara yang Azman sendiri nampak, tak pernah dibuat oleh bapaknya sendiri. Abang pegilah tanya adik abang yang lelaki dengan yang perempuan tu yang soleh, yang dipandang baik, yang tak pernah nakal. Anggap Azman punya marah sebagai tanda amaran untuk diorang dua. Tapi kalau ada apa-apa bekas yang aku nampak, jangan sampai yang pendiam, jadi pengganas."
Lalu Azman mengangkat anak sulungnya yang lari ke arahnya dan memeluk erat. Dia tahu anaknya ketakutan lalu dia memujuk anak sulungnya dan membuat anak sulungnya kembali senyum. Tanpa menghegehkan masa, Azman mengambil keputusan untuk kemas kan dua helai pakaian untuk kedua-dua anaknya, dan mengangkat anak bongsunya yang masih bayi yang sedang tidur lalu meletakkannya ke Double-Stroller. Azman tahu perkara ini telah berlaku beberapa kali tapi malangnya tidak terlihat dengan matanya sendiri dan dia tahu isterinya pun lihat dan biarkan berlaku walaupun isterinya memberitahunya.
Azman dudukkan kedua-dua anaknya ke dalam tempat duduk kereta dan setelah selesai, dia hidupkan enjin keretanya lalu memandu ke rumah kakaknya dimana ibunya berada di sana. Tiba di sana, alangkah gembiranya kedua anaknya melihat neneknya dan sepupunya dan dia membiarkan mereka bermain. Azman tidak beritahu ibunya ataupun adik beradiknya tentang perkara yang telah terjadi.
Tiba-tiba, Azman terima panggilan isterinya, Aisyah, melalui telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan.
Aisyah: Awak dekat mana? Budak-budak mana?
Azman: Adalah. Tak payah nak tanya. Saya nak kasi anak-anak kita bermain bebas. Nanti saya balik.
Lalu Azman meletak panggilan isterinya.
Jam sudah menunjuk masuk pukul 8 malam dan Azman membawa anak-anaknya pulang ke rumah iparnya. Tiba sahaja di depan gate rumah, Azman mendukung kedua anaknya masuk ke dalam bilik. Suasana di rumah pada ketika itu senyap sepi. Setelah Aisyah melihat Azman mendukung kedua anak terus masuk ke dalam bilik, lalu dia pun ekori Azman masuk ke dalam bilik.
Sambungan........Part 2
Assallammu’alaikum kepada semua pembaca. Sekian lama saya tidak post kisah-kisah selanjutnya. Sekian berapa hari saya jatuh sakit demam panas setinggi 40 darjah selsius, bersamaan dengan asthma, baru hari ini aku dapat sambung post seterusnya walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Insyaa’Allah post yang seterusnya saya dapat laksanakan dengan ikhlas. Insyaa’Allah.
Assallammu’Alaikum kepada pembaca, saya akan cerita novel akan dipost agak lewat kerana saya sedang jatuh sakit, demam, asthma, selsema dan perlukan rehat. Alhamdulillah negative dalam virus. Cuma sekarang musim hujan. Saya akan cuba post Novel Cerita sebaik mungkin. Insyaa’Allah. Selamat menyambut bulan Puasa Ramadhan.
~Azah~
TABAH
Sambungan...
Selepas habis makan, bayar bill, kita menuju ke satu tempat beriadah berpandangan laut berdekatan dengan Jalan Delima.
Dan selepas park kereta, kita pun duduk di lantai.
Saya: Kan tenang sikit. Baru rasa luas untuk kau ceritakan masalah kau.
Saya: Apa masalah kau Dib.
Man: Sebenarnya sahabat kita ni baru je putus. Pasangan dia mintak secara tiba-tiba.
Saya: Laa.. Kenapa boleh jadi sampai situasi gitu? Ada dia bagi alasan?
Adib: Aku tak pasti Za. Sebab aku dah lama jugak tak jumpa dia. Aku sibuk cari duit lebih dan simpan untuk duit kahwin aku dengan dia. Kadang-kadang seminggu sekali kita jumpa. Kita bahagia. Tapi tiba-tiba bila kita berbual dekat phone, dia tiba-tiba minta putus. Alasan nya, aku terlalu baik, die tak ada perasaan kat aku lagi. Kita dah lama kot.
Saya: Aku rasa kau kena tukar pekerjaan kau Dib. Jadi perompak, perogol, pencuri, jadi gangster. Aku rasa boleh terima kot.
Man: Kau ni member tengah sedih kau cakap macam gini. (Sambil ketawa)
Saya: Abeh, apa lagi kita nak jadi. Jadi yang terbaik, hati kita ditolak. Jadi yang terbagus, berkorban demi kebahagiaan, tapi hati kita dilukai. Kita bagi kepercayaan sepenuhnya sepanjang hubungan, tapi hati kita dikhianati. Jangan cakap Adib keliru, aku pun keliru besar mana satu yang dihendaknya.
Man: Memang betul. Aku pernah jugak terfikir. Sampai aku takut nak manjadi erat. Aku biarkan takdir yang menentukan siapa jodoh aku.
Adib: Korang senanglah cakap. Tapi hati aku terlalu sayangkan dia. Kau bilang aku, macam mana aku nak lupakan dia, dimana aku benci pada dia, tapi sebaliknya aku sayang. Apa lagi kekurangan kat diri aku !!!
Man: Bro. Kalau kau nak cakap kau sekarang rasa sorang, sahabat kita lagi baru jugak alaminya dan masih lagi dia sedih.
Apabila terdengar kata Man, Adib mula pandang ke arah aku lalu bertanya.
Adib: Kau pun baru putus juga ke ?
Saya: Taklah baru. Tak baru dan tak lama. 8 bulan yang lepas. Sama jugak apa yang kau lalui.
Man: Kalau kau nak cakap kau sorang yang amat tersangat sayang dan rasa kekosongan, rindu bekas kekasih kau, si Za hampir 8 bulan rasa kekosongan bila hubungan selama 4 tahun setengah hancur.
Adib: Aku tak tahu kau ade kekasih Za.
Saya: Aku sememangnya ada. Cuma aku jadikan rahsia. Aku tak nak kecoh kan, aku tak nak dedah kan identity siapa dia sebab demi keselamatan dia, maruah dia, aib dia supaya dia rasa selesa bergerak sana sini. Nanti lambat laun kau akan faham.
Adib: Abeh kenapa aku tengok kau macam dah move on? Happy boleh ketawa lagi.
Aku tarik nafas aku dan hembuskan secara perlahan.
Saya: Dib. Ayat yang dikata tak akan sama seperti dilakukan. Walaupun kita berkata kita dah move on tapi hati kita masih lagi terpaku padanya. Walaupun orang nampak kita senyum, tapi hati kita ni sedang berlawan dengan kesedihan, kerinduan, kesayangan walaupun kita cuba untuk redha pemergiannya, kita redha atas kejadian tu.
Saya: Jadi sekarang aku jujur cakap pada kau, aku jadi takut.
Adib: Kenapa kau takut?
Saya: Aku jadi takt dengan setiap pengenalan. Takut untuk rapat dengan sesiapa sekalipun. Takut akan menjadi terlalu erat. Sebab seandainya bila dah erat, dan mula lahir perasaan, hati aku mula percaya dan berharap untuk dia selalu dekat. Sebab aku takut kehilangan dia. Aku takut untuk berkongsi dengan sesiapa. Dan aku takut, hati aku akan merasa kecewa dan akan dilupai.
Saya: Pernah aku kadang-kadang rasa dah aku boleh move on. Dah boleh lupakan semua. Dah boleh senyum ketawa. Tapi selalunya bila aku terhenti, memori bersama datang. Teringat saat bahagia dengan dia, cinta, sayang, call malam-malam. Sampai hati tiba-tiba rasa sebak. Sekuat mana pun aku tahan airmata aku dari mengalir dari mata aku, tetap dia akan jatuh juga. Bayangkan selama 8 bulan hinggalah ke sekarang masih lagi aku alaminya. Emotionally breakdown. Dia tak tahu aku tengah rasakan ni semua. Dia tak tahu airmata aku mengalir terkenang, rindukan dia. Yang dia tahu adalah perkara dah terjadi. Kalau dia tahu sekalipun, apa yang dia boleh buat ? Tapi dia tak tahu hati aku ni betul-betul sayang dan cinta kat dia. Dia tak tahu aku korbankan perkara yang buat aku happy tapi dia tak suka, aku tak akan buat demi melihat dia senyum. Dia tak tahu aku cuba memahami kesedihan dia setiap kali kalau dia sedih dan walaupun dia kata aku tak akan faham tapi aku tetap mencuba. Dan dia tak akan tahu, hati aku sering dilukai darinya dan aku bersabar.
Saya: Memang memori, perasaan akan tetap hadir. Bukan bermakna kita tak move on. Bukan tak redha. Sebab kita setia pada dia. Dan juga sebab kenangan tu semua buat kita bangkit semula. Tiap-tiap malam aku sedih. Terlalu sebak. Aku solat, aku beristighfar. Dan aku biarkan semua tu lalu seiring sebelah aku. Kerana dia sunyi.
Adib: Tapi kenapa mesti terjadi bila aku dah betul-betul sayangkan dia ??
Saya: Dib. Allah sayangkan kita. Allah temukan dia pada hidup kita ni bukan hanya sia-sia. Dan setiap yang pergi, bukan tanpa hikmah-Nya. Walaupun sedalam mana luka yang ditinggalkan, pasti yang tu adalah terbaik. Setiap inci yang terjadi dalam hidup kita ni, Allah telah rancang dengan sempurnanya tanpa celah.
Adib mengesat airmatanya yag mengalir dari matanya dan tarik nafas lalu menghembuskan denan perasaan sebak di hati.
Man: Dib. Banyakkan bersabar dan berdoa. Insyaa'Allah, Allah tu maha Adil dan Penyayang. Aku bawak Za bukannya kosong. Aku bawak dia sebab diaa lalui apa yang kau rasa. Kalau harapan aku, memang aku tak pernah alami ni semua. Walaupun ada yang minat pada aku, aku tak berani nak terima atau eratkan sebab aku takut. Aku tak nampak kejujuran tu semua. Jadi aku serahkan pada Allah siapa jodoh aku nanti.
Adib: Terima kasih korang. Kalau tak korang, aku rasa aku dh hilang arah agaknya.
Saya: Jangan terimah kasih pada kita. Terima kasih pada Allah sebab dia gerakkan kau call kita dan gerakkan kita untuk berjumpa dengan kau. Kau fikir aku ada masa nak jumpa kau? Aku pun nak tenang fikiran jugak. (Sambil man ketawa).
Adib: Za. Macam mana kau boleh tahan ni semua dan kenapa kau tak terus terang kat dia ? Asal kau tak pikat hatinya semula ?
Saya: Dib. Sekuat mana hati aku, tetap ada kelemahan aku jugak. Aku terpaksa nekad kan hati aku untuk berlalu pergi. Walaupun bertapa beratnya untuk aku melangkahkan kaki aku, dan peritnya untuk lepaskan, tapi sakit lagi jiwa hati aku untuk terus membayangkan. Nanti pada satu saat, hati aku mula menerima hakikat sebuah kehilangan. Allah tahu, dan Allah faham apa yang kita rasai. Walaupun aku tahu terlalu sakit untuk aku cuba mengukir balik senyuman tu. Tapi buat apa kemurungan dan sakitkan diri sendiri. Hati kita perlukan peluang walaupun bukan dari dia tapi dari diri kita sendiri. Aku taknak terus dera hati aku dengan rasa duka atau sengsara. Cukup lah hanya satu. biarkanlah dia bahagia dan bebas. Cukup untuk aku bahagia walaupun luka.
Man: Tapi kau tetap akan simpan kasih sayang kau dengan dia ke walaupun dah lama putus ?
Saya: Hati mana yang tak rindukan kasih sayang cinta yang benar dan lagi yang pertama dimana kau betul-betul serious. Biarlah Allah yang menentukan. Kalau Allah biarkan perasaan tu menatap dalam hati aku sebagai teduh, aku terima seadanya. Kerana Allah Mengetahui. Walalupun aku tahu banyak lagi kuntum bunga di luar boleh aku petik, tapi tak akan seharum seperti yang pertama aku petik bila berputik. (Sambil aku mengalihkan pemandangan aku ke arah bulan yang mengambang bulan penuh dan terang).
*Setiap percintaan bila dipisah adalah ujian. Bukan sekadar kosong sahaja. Walaupun hati kita masih sebak terkenangkan dia, kita doakan kebahagiaanya. Perasaan yang aku rasa masih lagi berteduh dalam hati aku hingga kini yang sudah 9 tahun lamanya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku alami.
Sekian Terima Kasih....
Assallammu'alaikum.
TABAH
Note: Cerita yang dikendalikan adalah berdasar kisah yang benar. Kisah ini bukan untuk diaibkan, tapi hanya berkongsi pemikiran yang mungkin kita boleh mengaggap sebagai tauladan atau pengajaran. Nama yang tertulis bukanlah nama yang sebenar. Nama yang sebenar akan digantikan dengan nama samaran Insyaa'Allah semoga novel sebenar ini dapat memberi sebuah pemikiran dan tauladan kepada kami semua. Insyaa'Allah.
Cerita: Tiupan angin yang sejuk menderu di suasana kampung pada waktu malam. Mana nya tidak sejuk, pakaian aku hanya berseluar pendek sampai bawah lutut, dengan singlet. Waktu itu aku berada di halaman Johor Bahru. Rumah saudara rapat. Duduk rehat tenangkan fikiran selepas apa yang telah terjadi beberapa bulan yang lalu. Tiba-tiba, Handphone aku berdering dan terpampar nama kawan aku. Kawan aku sebenarnya ramai. Bukan hanya di Singapura, tapi di JB. Buat kawan gitu-gitu sahaja. Sesama islam. Lalu aku menjawab panggilan kawan aku.
Man: Assallammu'Alaikum Za. Apa khabar? Sihat?
Saya: Waa'alaikum salam. Alhamdulillah sihat. ye saya. Baru sampai tadi petang. Saja duduk rumah sedara aku untuk tenangkan fikiran. Kalau bunyi berdering line malaysia, dah memang aku kat malaysia laa.. hahaha..
Man: Aku tak terfikir pulak pasal bunyi line. Sorry ganggu. Aku sebenarnya dapat tahu kau baru putus kan. Kebetulan pula kau kat JB. Nak tahu khabar kau. Kau pun satu, datang sini tak call. Boleh aku teman kau.
Saya: Alhamdulillah. Aku ok jek. Insyaa'Allah pulih laa hati aku ni nanti. Cepat naa khabar berita sampai ye. Makan masa jugak berjalan kaki agaknya berita ni. hahahaha.
Saya: Aku bukan tak nak call, aku taknak ganggu korang dengan family ke atau tengah ada hal mustahak ke keje ke.
Man: Jangan cakap macam gitu. Kau walaupun muda dari kita pun, walaupun bukan orag sini, tapi kau suka bergaul mesra. Tak sombong.
Saya: Yelah. Kau call aku ni lain tak bukan nak ajak jumpa laa ni kan? Kalau kau nak suruh aku datang ke KL, memang aku malas nak layan kau.
Man: Hish kau ni. Aku dah balik dah. Aku ambik cuti seminggu balik kampung jumpa family aku. Datang laa pontian.. Tempat biasa. Lagipun nanti aku jumpa Adip. Dia baru putus.
Man: Lagipun kita pun dah lama tak jumpa. Yelah. Masing-masing sibuk bekerja.
Saya: Yelah-yelah. Tapi kau kene belanja aku air.
Man: Set.
Saya: Kasi aku siap-siap. Inysaa'Allah dalam satu jam gitu aku sampai.
Jadi aku terus bersiap. Lepas siap sahaja, ambil kunci kereta, hidupkan enjin kereta, beritahu makcik, kakak saudara aku bahawa aku jumpa kawan aku di pontian, terus aku masuk kereta, shift gear aku ke "D", dan terus memandu.
Hampir satu jam aku akan tiba ke destinasi. Warung ni agak special. Pakcik ni kalau nampak aku datang, dia akan belanja aku air. Tapi aku taknak free.. Maklumlah, mereka berniaga. Mencari rezeki untuk keluarga.
Adip tahu aku akan datang. Sesudah aku park kereta, keluar dari kereta dan berjalan menuju ke meja yang mereka duduk, belum sempat aku duduk, Adib peluk aku secara tiba-tiba.
Saya: Hish. Kau ni. Agak-agak laa.. Kang orang lain pandang kita ni ada hubungan luar Tabi'i pulak. Berdosa. (Sambil tu Adib mengesat airmatanya yang mengalir dari matanya)
Adib: Sorry bro. Aku cuma sedih. Pilu sangat.
Saya: Kalau ye pun, duduk laa dulu order air tarik ke apa. Buat penat je warung ni sedia kan kerusi untuk kita duduk tapi kau nak berdiri.(Man ketawa)
Sama-sama kita berdua duduk.
Saya: Kau ni dah kenapa pulak. Badan gagah perkasa, tapi nangis macam budak kecik. Malu laa sikit orang nampak. Tutup laa dengan Shades ke, periuk ke. (Man masih lagi ketawa)
Saya: Kita minum air dulu, makan dan lepas tu boleh berborak.
Sambungan.....
Keredhaan
Kawan: Kau pernah patah hati bila putus dengan kekasih kau?
Saya: Pernah.
Kawan: Kau pernah masih lagi cinta pada dia walaupun lepas dia mintak putus?
Saya: Pernah.
Kawan: Tapi kenapa kau tak cuba untuk memikat hatinya semula bila hati kau masih lagi cintakan dia ?
Saya: Adakalanya kita kena redha dengan penuh tulus ihklas walaupun kerana terpaksa dan hati masih mencintai. Kerana mungkin jodoh kita bukan sekarang, tapi mungkin nanti atau bila-bila sama ada yang sama atau pun berbeza. Biarlah hanya Allah s.w.t yang tahu perasaan cinta aku masih lagi membara walaupun tidak ketahui olehnya. Aku hanya mampu bersabar dan berdoa agar dia bahagia dengan pilihan dia. Walau kita akan bersatu semula ataupun tidak, ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui. Aku berserah kepada Allah atas ketentuanNya.
Kesabaran Cinta
sambungan...
Teman 2: Aku pergi beli air kejap eh.
Saya: Berkahwin ni memang mudah dan senang. Tapi kita kena fikir panjang. Bukan hanya sekadar saling sayang menyayang berhubungan mesra hampir bertahun-tahun antara satu sama lain dan bukan juga untuk adakan cap HALAL yang belum kita tentu hubungan akan kekal.
Teman 1: Tapi kekasih aku bilang kat aku, dia tak nak aku membazir duit untuk buat sanding besar-besaran. Honeymoon dekat-dekat pun dia tak kisah.
Saya: Jadi masalah nya kau bukan dia.
Teman 1: ?????
Saya: Kau patut bersyukur kepada Allah bahawa Dia telah temukan kau seseorang hambaNya yang sanggup terima bukan kerana harta, rupa, atau pangkat. Tapi kerana keikhlasan kau yang jujur, yang diri kita tak kan nampak atau perasan selama ni. Tak semua pasangan akan dapat anugerah seperti bakal isteri kau yang memahami bukan sekadar sebelum bernikah, malah dia fikir akan lepas bernikah. Otak setiap wanita ni tak sama seperti lelaki. Wanita akan bergabung semua pemikiran dia tak kira apa topic, tapi ada tahapnya mereka lemah. Otak lelaki, bila ada masalah atau sesuatu ingin difikirkan, mereka akan fikirkan satu per satu. Makan masa lama.
Saya: Tapi ia terpulang pada diri kau. Aku tak nak hasut atau kotorkan pemikiran kau. Ini semua pendirian masing-masing. Tapi kalau kau dengan dia betul-betul akan bernikah, janganlan sia-sia kan dia. Didiklah sama-sama dengan didikan agama sebagai pendorong dan didiklah dengan penuh kesabaran kau. Wanita ni istimewa dan adakalanya mereka ada kelemahan. Paling selalu kita akan nampak kelemahan walaupun mereka jual mahal masa nak berkenalan. Tapi paling jarang untuk kita nampak yang istimewa. Yang istimewa adalah taat pada perintah Allah S.W.T kepada Suaminya. Dekatkan laa dia kepada Syurga dan jauhi dari neraka. Kerana mereka adalah insan yang lemah dari lelaki tapi kekuatan mereka adalah melahirkan cahaya mata yang bertarung nyawa. Tanggung jawap suami walaupun lagi banyak dari isteri tapi tanggung-jawab sang isteri lebih sensitive. Kedua-duanya akan ditanya bukan di dunia, tapi i akhirat. Insyaa'Allah, setiap kesabaran, Do'a kepada Allah, sujud kepada Allah, Allah menuju kita ke jalan yang benar, Insyaa'Allah.
...Akhir...
Kesabaran Cinta
Teman 1 & 2: Assallammu'Alaikum bro.
Saya: Waa'alaikum Salam.
Teman 1: Maaf kalau kita ajak jumpa kau malam hari ganggu masa dengan family kau.
Saya: Takpelah. Kalau aku ada masa luang, aku jumpa. Kalau tak, maaflah. Bermakna aku tengah peluk bantal busuk aku. Tapi aku kalau orang nak ajak jumpa kena sediakan air sebelum haus.
Teman 1: Asal haus pulak?
Saya: Sebab aku tahu kalau kawan aku semua ni ajak jumpa, tak ada maknanya sekejap. Confirm berjam-jam. Boleh jadi cacing kepanasan jadi airlah ubat dia buat tenang. Sedangkan unta kalau berjalan jauh, dia pun terasa haus jugak lah.
Teman 1: Kau tak habis-habis dengan kasar bahasakan orang. Tak ubah dari dulu lagi.
Teman 2: Tu sebab laa aku kekal berkawan dengan dia. Sebab jujur walaupun keras bahasa.
Saya: Alhamdulillah. Bermakna aku tak sesat laa kan. hahahaha. Aku ni bukan manusia hebat pun. Aku sama je macam manusia lain. Tapi Alhamdulillah.
Saya: Jadi apa bayang kau nak ajak jumpa aku.
Teman 2: Sahabat kita sorang dah ditanya bila nak masuk melamar kepada sang puteri.
Saya: Jadi? Apa yang jadi sampai muka kau macam bingung ibarat sesat tak bertempat?
Teman 2: Hahahaha. Bahasa kau.
Teman 1: Bukan. Aku cuma bingung sama ada aku betul-betul sayang dia dan dia betul-betul sayang aku atau tak.
Saya: *Tampar pipi Teman 1*
Teman 2: Serious ah ?
Teman 1: Yang kau tampar pipi aku dah kenapa ? Dah hilang akal.
Saya: Alhamdulillah. Kawan aku sorang ni belum hilang rasa perasaan. Masih lagi ada perasaan.
Teman 1: Apa maksud kau ? Apa kena mengena tampar pipi?
Saya: Sorry laa. Aku cuma nak check sama ada kau masih lagi ada perasaan atau tidak. Takut perasaan tu hilang.
Saya: Kalau kau dapat rasa perasaan sakit bila aku tampar pipi kau, kenapa kau tak dapat rasa sama ada korang berdua jujur antara satu sama lain atau tidak untuk menjalani mahligai istana ? Atau ianya hanya semata-mata nafsu ?
Teman 2: Aku pergi beli air kejap eh.
Sambungan....
Terimbas Kembali
Sambungan...
Teman: Asal kau bahagia pula sedangkan dia yang mintak putus dan kau patut rasa sedih, geram macam aku rasa.
Saya: Memang pada mulanya aku sedih. Emosi aku tak terarah. Selera makan aku kurang, tenaga aku kurang, aku banyak sendirian. Memang jujur, dia lah cinta pertama aku yang selama ni aku cari. Dia lah yang tunjukkan aku, aku ni penuh kesabaran dan tak suka marah dia walhal dia nak sangat aku marah dia. Tapi aku susah nak marah. Setiap kali dia buat salah, aku bagi dia peluang. Hubungan aku agak lama dengan dia. Walaupun dikongkong, aku tahu, dia rasa risau. Walaupun dia tipu aku tapi aku tahu dia tak sanggup nak lukakan hati aku. Segala yang negative aku tak fikir buruk malah yang negative aku buat jadi positive. Tetapi Allah menduga kita. Uji kita. Dan pada waktu yang sama, aku tahu, hubungan kita berdua tak akan kekal hingga ke junjung pelamin dan pernikahan sebagai suami isteri. Dan aku terpaksa reka cerita.
Teman: Tapi asal kau teruskan hubungan tu dan asal kau tipu dia? Kenapalah kau bagi dia peluang bila dia tipu kau.
Saya: Aku teruskan hubungan kita berdua sebab aku nak luangkan masa yang aku tahu akan berakhir. Hati aku sebak tunggu masa. Hati kau dapat rasa yang hati dia mula berjauhan sikit demi sedikit. Sebab kau kenal dia lama. Aku terpaksa tipu dia, sebab aku nak dia benci dekat aku. Aku bagi dia peluang sebab aku tahu, setiap manusia buat kesilapan.
Teman: Yang kau nak dia benci sangat kat kau dah kenapa. Tak pernah-pernah dibuat orang.
Saya: Sebab aku nak tak nak dia ingat aku semula. Aku nak dia lebih bahagia dari aku bahagiakan dia. Aku tak nak lagi dia rasa takut sembunyikan hubungan kita. Aku nak dia rasa bebas. Walaupun aku tahu bila aku lepaskan dia, akibatnya akan rumit bagi aku untuk tanggani, tapi aku terpaksa kena buat demikian.
Teman: Then apa jadi?
Saya: Dia mintak putus. Dia benci kat aku sebab tipu dia, Tk ada perasaan kat aku. Memang sedih. Hati aku terlalu sebak. Sampai aku mengambil masa minggu untuk aku lepaskan dia. Aku tahu, dia ada pilihan hatinya tersendiri. Jadi, dengan hati yang berat, hati yang terpaksa bukan dengan rela, dengan hati yang masih membara cintakan dia, aku hembuskan ayat yang aku lepaskan dia. Suara dia bila dengar, ibarat dia bebas, lega. Aku terpaksa sambung buat seperti aku nak die benci kat aku. Hasilnya terjadi.
Teman: Apa jadi lepas tu?
Saya: Aku kemurungan. Airmata aku buat kali pertama, keluar dari mata aku secara jujur dari hati. Aku berdiamkan diri, elakkan diri aku jauh dari dia sejauh mana yang mungkin, sendirikan diri aku, selera makan terganggu.
Teman: Tu yang kau hilang selama berbulan-bulan. Kawan rapat semua bimbang.
Saya: Aku cari ketenangan. makan masa untuk aku dapat diri aku balik. Hampir 6 bulan. Sehinggalah aku kenal dan berkenalan dengan isteri aku. Dia mula jatuh hati pada aku, tapi aku yang tolak perasaan dia.
Teman: Sebab?
Saya: Sebab hati aku belum sedia. Pintu hati aku masih tertutup. Hati aku masih lagi terganggu. Dia tahu aku masih sayangkan bekas kekasih aku. Dia tahu memang dia akan kalah bandingkan perasaan dia dekat aku dan perasaan aku bersama bekas kekasih aku.
Teman: Abeh isteri kau tak putus asa ke?
Saya: Pernah. Sekali je. Tu pun dia jumpa aku dekat tempat kerja sebab aku tak bilang dia kenapa aku susah nak jumpa dia. Dari situ dia anggap aku lelaki jujur. Sebab sekurang-kurang nya aku lepas putus, tak ketagih cari pengganti dan cepat berubah hati dan tak mempermainkan perasaan seseorang yang ingin berkenalan lebih dalam dengan aku.
Saya: Aku mintak izin dekat isteri aku supaya berikan aku masa dan fahami situasi aku hadapi. Pada aku, kalau dengar macam gitu, diorang gerak langkah. Malas nak cuba. Tapi isteri aku tak. Dia tetap cuba. Sampai dia dapat pikat hati mak bapak aku, adik beradik aku, package sekali dengan saudara mara aku.
Teman: Apa yang buat kau terima dia? Dan macam mana kau boleh lupakan bekas kekasih kau?
Saya: Lupakan? haha.. Tak semudah tu bro. Setiap kelukaan yang kau terima, meninggalkan kesan yang mendalam. Lagi mendalam dari jahitan operation. Kesan ni akan bersama kau seperti memori yang tak akan hilang. 3 tahun berkawan dengan isteri aku, isteri aku melamar aku. Tak pernah aku alami. Hati aku belum buka lagi nak terima sesiapa lagi-lagi sebagai isteri.
Saya: Aku bincang dengan mak aku. Mak aku tahu pintu aku masih tutup. Hinggalah mak aku bilang, berikan dia peluang. Insyaa'Allah, Allah dah tetapkan jodoh kau dengan dia di dunia dan insyaa'Allah di akhirat. Aku pun bilang isteri aku, bagi aku sedikit masa. Aku heret hingga lah 6 bulan.
Teman: Gila kau. Kalau aku, aku angkat kaki jalan. Abeh isteri kau?
Saya: Dia faham. Sambunglah lagi 6 bulan.
Teman: Setahun? Betulnya sayang kau dekat bekas kekasih kau. Isteri kau faham ke?
Saya: Dia faham. Dia tahu dia tak dapat nak bagi aku kasih sayang dan cinta seperti mana bekas kekasih aku beri. Dia tahu tak akan setanding seperti tu. Tapi dia jatuh hati kat aku sejujurnya.
Saya: Aku nampak kejujuran dia, kesabaran dia, kegigihan dia. Aku bilang dia, aku tak janji memori aku bersama kekasih aku akan hilang. Tapi kerana Allah temukan aku yang terbaik dari yang baik, aku terima lamaran kau. Aku tak dapat nak janji aku akan menjadi suami yang terbaik seperti mana dia inginkan, tapi aku janji akan cuba sedaya upaya untuk memberikan dia penuh kasih sayang aku yang ihklas tak berganti. Sampai sekarang masih lagi aku teringat pasal bekas kekasih aku.Sampai terimbas, sampai mimpi. Perasaan sayang secara tiba terasa kembali. Tapi aku aku kene jugak terima. Sebab inilah ujian. Bila kita fikir dia adalah yang terbaik tapi penuh dengan kesedihan, kelukaan, kesabaran, Allah tarik semua tu dan gantikan yang terbaik darinya sehinggalah cinta aku terhadap isteri dan anak aku, sebagai keluarga kecil aku, tetap kekal setia setiap masa tanpa kekurangan dan kekal bahagia.
Saya: Jadi bro, tak semua kau buat yang baik, kekal jadi baik. Ada kalanya kita da buat silap. Serajin mana kau cuci kereta, tetap akan kotor pada esok ataupun lusa. Kotor yang kau nampak, semua memori, emosi, kemarahan, ego kita. Kita buang kotor tu, gantikan dengan bahagia. Nampak bersih dan bahagia. Kereta yang kita pakai, belum tentu boleh pakai sepanjang hayat. Kereta semakin rapuh walaupun kereta tu kereta pertama dan kesayangan kau. Masa kelak, kau akan tukar kereta jugak tapi lebih terbaik dari yang baik. Tapi tak akan sama seperti yang pertama. Ibaratkan dunia tanpa matahari, dunia kau kegelapan. Walaupun bunga yang banyak diluar sana tak seperti bunga yang pertama, insyaa'Allah, ada bunga lagi yang lagi indah dalam perjalanan kau yang akan kau terjumpa. Biarlah pemergian tu kita redha kerana Allah walaupun sebak menitis airmata, biarlah hati kita diterima kegurisan, luka yang mendalam, kita redha kerana Allah dan terima semua tu. Insyaa'Allah, Allah ubati semula guris luka yang ada dalam hati. Tidak kira hitam ke putih, gemuk ke kurus, bertudung atau tidak, agamanya tinggi atau tidak, Allah dah tetapkan jodoh kita. Yang akan terima kau seadanya. Allah Maha Pengasih Dan Penyayang.