WHATEVER
Setelah berbakul-bakul hinaan, cacian, maki hamun kau muntahkan dan kau ludah pada aku, sekarang kau datang konon bertanyakan perasaan aku apakah masih ada sisa atau tidak. Apakah kau fikir mudah aku nak lupakan semua kata-kata itu? Kata-kata yang membunuh aku lantas kau acapkali mencari ruang seolah kau mampu masuk semula mahu menghidupkan kehangatan yang telah kau biarkan dahulu?
Maaf. Aku bukan yang dulu. Yang terlalu mencuba.
Aku bukan lagi aku yang dulu. Sudah berkali aku katakan aku bukan menanti kau lagi. Titik.













