SUSAH SEMENTARA SENANG SELAMANYA Sehingga hari ini, hitunglah sebanyak mana nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Kesihatan, ketenangan, makanan, harta, kawan, isteri, ibu bapa dan mcm2 nikmat yang tentu dan pasti kita akan gagal menghitungnya. Kita tdk pernah meminta nikmat tersebut, tetapi Allah terlebih dahulu memberikannya kepada kita kerana Dia mengetahui apa yang kita perlukan. Setelah lama diberikan nikmat, kadangkala kita terlalai dan terleka. Kita lena dalam nikmat. Tertidur dalam kesenangan. Maka Allah menimpakan suatu ujian dan kesusahan, agar kita kembali mengingatiNya. Adakah patut ketika menerima ujian, kita menyoal Allah taala mengapa diberikan ujian? Sedangkan selama ini terlalu banyak nikmat yang telah Dia berikan. Apabila menerima kesusahan, jiwa menjadi perit, air mata ingin mengalir, hati tak tentu arah.. Pada saat ini, ketahuilah, kita wajar mengucapkan Alhamdulillah, segala puji tertentu bg Allah kerana Dia masih memandang kepada kita dan ingin kita mendekat kepadaNya. Katakan Inna Lillahi wainna ilaihi roojiun, ujian datang dr Allah yang Maha Baik, maka Dia tentu memberikan suatu ujian yang baik. "Kita meminta kekuatan, Allah tdk memberikan kekuatan, tetapi Allah memberikan ujian supaya kita kuat apabila mampu melepasi ujian" #repost #UMAF #TarbiyyahIman

















