1ST MEAL SELEPAS 4 JAM KENYANG DENGAN JUS KURUS Saya minum jus pagi tadi pukul 7.30 pagi. Lepas 1 jam makan biskut 1 keping. Punyalah lama kenyang, pukul 11.30 pagi baru saya mula makan. Menjadilah kau #cinderella lepas 14 hari ya Mastura. Muahahahah..eh gelak sopan sikit please. Kata cinderella. Ni gelak macam king kong. #tukar ihiihihihihi.. Jangan hairan kenapa nasi goreng saya kuning. Saya tambah kunyit. Sebab memang saya suka kunyit. Entahla kenapa, rasa dia kot. Sebab tu saya boleh minum jus kunyit, makan kunyit mentah macam tu saja. Gigi kuning pun takpe, takde masalah. Lagipun bukan nak ngorat laki. 😂 Atas tu saya tabur cayenne pepper. Cayenne pepper sangat bagus untuk halang kolestrol berkumpul di saluran darah. Bagus untuk kesihatan jantung. Bagus untuk tambah metabolisma badan. Boleh beli di mana-mana supermarket. 50g dalam RM6+ rasanya. Jadi, lepas lunch, kita minum cinnamon tea. Cinnamon pulak cairkan lemak di perut. So takdelah lemak terkumpul dalam perut lepas makan. 😉 #masturarashid #argonvalley #tipssihatargonvalley







