Berjumpa guru besar di TKP1
Seterusnya, saya memenuhi jemputan Cikgu Roslee untuk beraya di kediaman beliau di Taman Koperasi Polis 1. Buat pengetahuan semua, Cikgu Roslee merupakan Guru Besar di SK Danau Kota. Tidak sangka rupa-rupanya beliau adalah pengundi di Wangsa Maju selama ini! Memang ‘jiran’ jugalah kita. Selepas ini, lebih mudahlah untuk kami berhubung dan bekerjasama bagi program-program komuniti di kawasan…













