MARATHON Alhamdulilah tahun ini banyak kejayaan usahawan yang saya nampak bermula dari Zero to Hero. Tahun ini ada usahawan saya yang dapat geran 1 juta, ada yang menang HIP6, ada yang menang grant SUPERB ada yang sudah ada kilang sendiri dan agen diseluruh Malaysia dan ada yang sudah berada di persada internasional. Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap ini? Jawapannya mudah. Untuk berjaya kita perlu ada ilmu, bila dah ada ilmu kita perlu usahakan mengikut apa yang kita telah tahu dan kemudian fokus dan istiqamah. Cabaran tetap akan ada tapi kejayaan juga tetap akan ada. Bidang keushawanan ini adalah proses dan perjalanan yang panjang dan hanya sesuai bagi yang berjiwa marathon. Untuk yang berjiwa sprinter nasihat saya jadi investor sudahlah sebab marathon ni perlukan ketabahan. Untuk semua sahabat usahawan saya doakan semoga terus berjaya dan semoga terus tabah dan istiqamah. Ingat tiada 'shortcut' untuk berjaya kerana keusahawanan adalah satu proses dan kita berada ditrack marathon. #coachmegat #alwaysmovingfoward #winningbydesign #tncnetwork #tncnetworkofmalaysia https://www.instagram.com/p/CIuomY7Dwev/?igshid=1bpgleoi2y0mf















