Hampir 2 tahun dah tak ke LowYatt. Harini hari pertama keluar cari barang IT (keperluan). Sekarang ni nak masuk LowYatt security hanya bagi yang dah vaksin complete sahaja. Harini orang tak ramai tapi macam biasa di area Bukit Bintang foreigner (Indonesia, Bangla, Pakistan dll) masih mewarnai Bukit Bintang dengan meriahnya dan begitu juga di Chowkit. Kita rakyat Malaysia sangat patut dan duduk ditumah tapi foreigner ni nampaknya agak lalai. Sesuatu mesti dibuat dan penguatkuasaan perlu diketatkan. Tadi masuk ke Samsung outlet dan SOP sangat bagus sampai mintak spray 1 badan pun dia spray. Kita harap outlet lain yang dibuka ikut SOP ini. Semoga kita semua terus patuh SOP walaupun saya nampak tadi dah ada kedai kedai terutama kedai makan yang pakas mask tapi had misai sahaja. Agaknya misai dia boleh lawan COVID19. Mohon kerajaan perketatkan penguatkuasaan yang mula nampak lemah dan tidak dihiraukan lagi. #WinningByDesign. #AlwaysMovingFoward #CoachMegat https://www.instagram.com/p/CTVAbX7plUt/?utm_medium=tumblr











