Baru-baru nie rakyat negara China terkejut dengan kenyataan "guiness boy" mereka yg berumur kurang 10 tahun untuk berhenti sekolah. Kanak-kanak pintar itu berpendapat yg semua yg dia perlu tahu boleh didapati dari internet. Saya pun rasa begitu dan pastinya disokong golongan yang lebih muda, yang lebih "internet savvy". Kalau cikgu-cikgu di luar sana hanya boleh memuntahkan ilmu tanpa apa-apa penambahbaikkan, maka tak hairanlah pelajar-pelajar akan bosan dan tidak minat nak ke sekolah. Fungsi cikgu harus melalui satu tranformasi dari hanya mengajar kepada memberi panduan, berkongsi pengalaman serta menerapkan nilai-nilai murni. Lain kata menjadi "coach" atau "mentor" kepada pelajar-pelajar. Transformasi ini mudah dilaksanakan kerana pastinya cikgu lebih berpengalaman. Cuma perlu mengasah skil "coaching " dan nengenali keperluan setiap pelajar. Selain itu, nilai-nilai murni perlu diterap tetapi topik ini saya akan sentuh di lain masa. Enze A. Amom Professional Problem Solver












