Harga emas telah meningkat sebanyak lebih kurang 450% dalam masa 30 tahun dan ini menyebabkan ramai yang tertarik untuk terlibat dalam pelaburan emas.
Kegilaan terhadap emas ini menyebabkan pedagangan-pedagang emas tumbuh bak cendawan selepas hujan. Dengan hanya berbekalkan RM2000 untuk satu set kunci emas (untuk menguji kualiti emas), seseorang sudah boleh menjadi saudagar emas. Bukan itu sahaja, seminar-seminar dan syarikat-syarikat pelaburan emas juga tumbuh melata.
Boleh kata kalau terlanggar bahu di pasar malam, berkemungkinan besar orang itu agen pelaburan atau penjualan emas.
Tapi awas, dimana ketamakan manusia terserlah, disitulah penipu-penipu licik akan berkampung menunggu peluang.
Bayangkan anda juga membeli seketul emas sebagai simpanan dari kedai-kedai emas terkemuka. Pasti anda akan simpan emas tersebut bukan? Pasti anda tidak akan mengores emas tersebut. Maklumlah emas bukan saja mahal tapi cantik!
10 tahun kemudian anda cuba menjual emas tersebut dan baru tahu ianya PALSU!Â
 - Emas palsu. Kepingan tungsten bersalut emas.
Berapa hari lepas Bank Negara Malaysia telah menyerbu satu syarikat pelaburan emas kerana dipercayai melanggar akta yang saya sendiri kurang pasti.Â
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=41816:bank-negara-officials-raid-gold-trading-firm-genneva&Itemid=2
Jawapan terkini dari BNM, pelan pemasaran syarikat emas ini memang tidak boleh menampung janji-janji pendapatannya.
Bukan di Malaysia sahaja. Kegilaan emas ini juga wjud di Singapura. Semasa melancong ke Singapura, saya melihat iklan ini di kawasan "Little India" yang menggalakkan pekerja asing menyimpan dan membeli emas. Â Â
Â
Pendek cerita, gila emas nie sesuatu yang memang luar biasa. Tapi pasti ke harga emas akan melambung seperti yang dicanang-canangkan trader-trader emas?
1) Permintaan emas bagi membuat hiasan merudum di seluruh dunia dari negara China ke India serta negara-negara Eropah dan Amerika Utara. Menurut World Gold Council, permintaan dari kumpulan ini yang membeli lebih 42% emas dunia, telah jatuh 15% dua tahun berturut-turut.
2) Kerajaan-kerajaan dunia meminjam dari diri sendiri dengan mencetak duit sendiri. Ini bermakna walaupun banyak duit dikeluarkan, tiada emas dibeli atau disimpan oleh kerajaan-kerajaan ini.
 Â
3) Harga emas yang tinggi dan kesempitan ekonomi menyebabkan ramai yang menjual emas sedikit demi sedikit bagi menampung hidup. Stok lama emas yang memasuki pasaran kembali akan memberi tekanan kepada harga emas (tambahan supply).
Â
Chup! (macam iklan Coca-Cola). Saya tak kata pasaran emas akan merudum tapi lebih kepada "berehat" (correction) dalam beberapa bulan nie.
Dah celoteh panjang-panjang, kesimpulannya senang jer.
1) Dalam jangka masa panjang lebih menguntungkan jika simpanan kita dalam bentuk emas sebab harga emas akan naik (dalam jangka masa yang panjang)
2) Walaupun ASB memberikan pulangan yang hampir sama, duit dalam bank boleh menjadi tidak bernilai jika nilai ringgit jatuh. Nilai emas sukar untuk jatuh.
Professional Problem Solver