Masa jalan tadi aku ternampak kat kedai Joho Konsep, kemudian baru perasan yang aku belum beli lagi album ni. Kasi angkat satu la. #joho #kilangbateri #jb #plagueofhappiness #tunjal #vsco #vscocam (at Kilang Bateri, Tampoi, Jb)


#dc comics#dc#batman#bruce wayne#dick grayson#batfam#tim drake#dc fanart#batfamily




seen from Malaysia
seen from China

seen from United States

seen from United States
seen from Malaysia
seen from Canada

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from United States

seen from Indonesia

seen from Canada

seen from United Kingdom
seen from Singapore
seen from United States
seen from Germany

seen from Germany
seen from Austria
seen from United States
seen from United States

seen from Thailand
Masa jalan tadi aku ternampak kat kedai Joho Konsep, kemudian baru perasan yang aku belum beli lagi album ni. Kasi angkat satu la. #joho #kilangbateri #jb #plagueofhappiness #tunjal #vsco #vscocam (at Kilang Bateri, Tampoi, Jb)
13 August 2016, Sabtu.
Hari ini adalah hari pelancaran Album terbaru dari Plague of Happiness yang bergenre Ska Punk dari Johor Bharu. Sebuah band antara terawal di Malaysia yang memperjuangkan jenisan musik sebegini yang jauh sekali dari arena mainstream tanah air. Selain band Spider yang ade sedikit titipan bunyi Ska punk pada album-album awal mereka. Tak percaya pergi beryoutube dengan lagu-lagu Spider yang dahulu, walaupun mereka tidak pernah melabelkan band mereka memainkan musik Skapunk. Namun ade juga gua perasan adalah dalam satu dua laman blog maya dan majalah telah mengklasifikasikan musik mereka sebagai Ska + punk. Namun, bagi gua, labelling its just a label, sebab melable menghadkan kreativiti sesebuah ahli musik. Unless die memang pure, addict into specific musik genre. Ok, move. Petang tu macam biase seperti telah dipersetujui gua deal dengan Herol untuk ke PJ rumah Herol bagi memudahkan perjalanan menuju ke venue event yang terletak di Atas by Bijan Kelana Jaya. Kata Herol venue tersebut tidak jauh dari rumahnya berdekatan Paradigm Mall.
Dalam pukul 4 petang gua bergerak ke PJ dengan menaiki Green Monkey Bike gua. Dengan gua takde data dan kredit menyulitkan gua untuk memanggil Herol. Nasib baik lah rumah moden sebegini mempunyai loceng. Loceng sudah, beri salam sudah, ah sudahhhh. Mana pulak beliau ni. Dengan kadar agak kalut beberapa minit. Keluarlah seorang perempuan yang muke Melayu. Ah sudah Herol dah ade gadis ke. Hahahaha. Rupenya dia adalah Perempuan Filipina bini kepada lelaki India merangkap Housemate Herol. Power betul ntah ayat macamana dapat Gadis filipina. hahaha.
Oleh sebab gua da semakin lapar, kami terus bergerak makan di kedai Pojok. Kedai makanan normal indonesia seperti Ayam Penyet, Pecal Lele. Boleh tahan sedaplah kedai ni. Kata Herol ini adalah kedai makan fav. dan satu satunya kedai yang die akan makan pada hari kerja. Maklumlah orang jenisan kami ni adalah setia pada sesuatu tempat atau pot pada jangka masa yang lama tanpa goyah. Oh, lupe, Adis, Paih dan Indra sudah bersama- sama kami dari Temerloh bagi memeriahkan suasana gig. Abis makan gua terus g solat kecil di kedai tu dan terus gerak mancari venue dengan menggunakan waze.
FYI, venue tersebut terletak di dalam kawasan bangunan yang baru naik di Tingkat 5. Maka agak pening lah juga kami pusing di KJ ni. Sampai je nampak Abby JCL yang juga MC pada hari tersebut. Kata Abby, Parking susah sikit kene hati2. Park je terus kami ke venue. Gua da nampak Keri bertapekn pas gig. Awal gile Keri datang seawal pukul 5. Kami pun naik cepat takot abis Merchendize dan ada sedikit tayangan berkenaan perjalanan Band POH. Agak menarik venue tersebut yang mempunyai balkoni untuk beramah mesra dan menghisap candu. Dirty Donuts yang diketuai oleh Azmal POH juga ada mengadakan sedikit demo Sablon baju pada hari itu. Sedang moleh hari tu gua pakai baju POH tour tahun 2008 yang agak rare. Tegur Naz POH. Uishhh aku pun takde simpan dah baju ni. Tengok betapa lamanya nak tunggu POH keluar album baru. hahahaha.
Dalam pukul 6.30, Bojoit, Andy dan aweknya datang. Minum air lebih kurang di Kedai Mamak berhampiran kami pun terus mencari surau solat Magrib. Cari punya cari punyelah payah nak cari masjib atau surau. Rasa sedikit sedih. Negara kami ni susah nak cari surau. Tapi kata orang dimana saja boleh solat asalkan cukup adabnya dan bersih tempatnya. huhuhu.
Gig dimulai dengan band Half Asleep dan Klux Klux Adventure. Sebuah band ska yang legend. Katanya tahun ni nak release something. Kita tunggu. Gua tiap kali band ni perform gua memang akan rakan bassist KKA ni, sebab cara permainan bass nya yang cukup menghiburkan. Semasa gig berlangsung sempat gua borak dengan Azrol crew JCL/POH nyaring, Diam tak diam dia dah nak abis belaja da as Graduated Student in Music. Syabas boh.
Dalam kegelapan dan dikit terang kadang2 gua terpandang seorang lelaki ni gaye budok Mentakab. Rupenya betul. Ajix guitarist Busted Rapture. Borok punye borok di luar sampai abis jugak la dua batang rokok gua. Harini, POH memainkan 21 lagu. Boleh tahan penat sing a long dan skanking. SUdah ku sedar yang gua semakin tua dan tidak berdaya lagi menghayunkan kaki dan tangan seperti tahun 2000an dahulu. hahaha.
Acara penutup POH bagi gua begitu mengujakan dan menghiburkan. Sempat snap2 gambo sikit. Kami pun mencari tempat minum air dan makan. Dalam pukul 3 pagi gua sampai di rumah dan tidur dalam keadaan tersenyum. Maka terlancarkan Album baru Plague of Happiness yang berjudul Tunjal.
Album yang berbaloi untuk di miliki. Kali ini kebanyakan lagu Album ni mempunyai teriakan Naz dan terselit jua lagu2 slow yang begitu matang bagi gua.
Maka abislah kisah acara pada hari itu dengan senyuman puas.
plague of happiness x mulo. new latest album collaboration, tunjal. unpublish work.
@plagueofhappiness lunching new album 'tunjal' at @potskitchen yesterday's ☕️🐀 #imovie #iphone5s #pots #poh #tunjal (at Southkey)