Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pensyarah dan tenaga pengajar yang hebat-hebat khasnya dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan blok Seni yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk ajar, panduan dan ilmu yang menyuluh kami dari detik permulaan hingga detik penghujungnya yang indah kami kecapi. Maafkan jika ada terguris perasaan dan salah faham sepanjang pembelajaran, halalkan ilmu yang diberi agar dapat kami praktikan di tempat kerja. Terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian Perhubungan Korporat, Seksyen Komunikasi Strategik (Media), Universiti Malaysia Sabah yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri selama 3 bulan. Semoga segala ilmu yang saya perolehi dapat saya manfaatkan dalam kerjaya pilihan saya iaitu penyiaran dan media. TERIMA KASIH SEMUA ! #convocationday #umskonvo18 #ums














