Simpan duit, pulangan besar atau rugi?
Minggu lepas nasib saya agak kelam. Lepas kereta eksiden, saya terlantar selama 5 hari sebab kena flu perut (stomach flu). Pertama kali dengar mengenai Flu Perut nie dari doktor setelah 3 hari sakit perut. Dah la sakit perut, kepala sebu, demam pulak tu, Uncle Seekers (ye, Uncle Seekers yang suka cari gaduh tu) pulak call mengadu pasal PC dan laptop dia lembab.
Uncle Seekers yang macho.
Aik! Aku baru je beberapa hari pegang dua benda tu, jangkit virus aku ke? Nasib tak baik, masa cakap dengan dia bateri habis dan charger kat ofis. Huh! Malas nak pikir. Nanti dah baik boleh la naik Janda tengok la PC dan laptop dia tu.
Masa sakit, terlantar atas katil tu la baru ada masa nak mengenang masa lampau. Teringat tempat-tempat yang menarik yang pernah dilawati. Semacam jer rindu kat Jakarta. Selalu juga usik wife saya tu yang saya nak balik "kampung". Biasanya dapat cubit free. Hehehehe.... Perempuan Malaysia memang allergik sikit dengan Indonesia.
Mata suami asyik tengok, mana tak allergik.
Tiba-tiba teringat Tanzania. Rileks Beb! Tanzania bukan hutan safari yang penuh dengan binatang. Dah ada bandar besar.
Tanzania. 2009
Oh! Kat Tanzania, kalau simpan duit dalam Barclays Bank boleh dapat pulangan 17.5% (masa tu la!) Wah! Lebih dari ASB yang cuma bagi pulangan dalam 8.5%. Sangat lebih! Tak tau kenapa bank kat sana boleh bagi pulangan tinggi sebab bank kat Malaysia paling kuat pun bagi pulangan 3.75%. Dengar cerita ada bank kat Afrika nie Tun Daim yang punya. Kalau Tun Daim ada share dalam Barclay's Bank nie. Tabik spring la!
Tun Daim Zainuddin
Jadi nak simpan duit kat mana boleh dapat pulangan paling besar?
Bank 3.75%
Tabung Haji 4.5%
ASB 8.5%
MAA Mutual 10.5% (kalau agen tu bagus)
Emas 45% (purata 10 tahun)
Ops! Belum tolak inflasi. Kalau ikut Kerajaan Malaysia, inflasi 4%. Kalau ikut saya, inflasi 3 kali ganda dari angka tu. Tapi takpe la, ikutkan jer. Tengok hasilnya selepas tolak inflasi.
Bank -0.25%
Tabung Haji 0.5%
ASB 4.5%
MAA Mutual 6.5%
Emas 41%
JADI kalau berdasarkan 3 faktor diatas, % pulangan, % inflasi dan nilai kecairan. Jadi sebaik-baiknya simpan dalam ASB atau MAA Mutual (kalau ada agen yang bagus).
Banyak tempat lain kalau nak simpan, tanah, perak, rumah, kayu dan sebagainya. Tapi apa yang saya harap, setidak-tidaknya kita dah berfikir untuk menyimpan untuk masa depan.
Sampai lain masa.
Enze A. Amom
Professional Problem Solver















