New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/17/foto-not-baru-rm50-dan-rm100-tersebar-di-laman-sosial/
Foto not baru RM50 dan RM100 tersebar di laman sosial
KUALA LUMPUR, 17 Disember :
Dua foto menunjukkan wang kertas dengan mata wang baru dengan not RM100 dan RM50 tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Gambar-gambar yang dikatakan not baru yang bakal keluar itu telah diposkan oleh laman kumpulan Facebook dengan nama ‘Dunia Lelaki Maskulin’ semalam dan telah menerima ‘Likes’ lebih daripada 12,300 orang dan 1,400 perkongsian.
Ia memaparkan wang kertas not RM50, yang berwarna jingga dan biru serta dihiasi dengan imej Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas.
Manakala wang kertas dengan not RM100 disaluti dengan warna emas dan sedang dijual di beberapa pasaran dalam talian seperti www.mudah.my dengan harga sekitar RM35 dan RM40 setiap satu.
Tinjauan The Rakyat Post mendapati bahawa wang kertas RM50 yang merupakan jenis ‘polimer’ untuk peringatan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998.
Lebih kepada item untuk dikumpul, not yang sah itu telah dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad iaitu sebanyak 500,000 unit dan dijual pada harga RM80 seunit apabila ia mula-mula dikeluarkan.
Ia memiliki tandatangan bekas Bank Negara Malaysia (BNM) Gabenor Tan Sri Ahmad Mohd Don.
Pemeriksaan mendedahkan bahawa wang kertas ini kini dijual pada harga RM500 setiap satu.
Sementara itu, wang kertas berwarna emas dengan not RM100 disahkan sebagai palsu, menurut sumber dari BNM yang mengesahkan bahawa pihak mereka tidak mengeluarkan apa-apa not seperti itu.
Sumber yang enggan dikenali berkata bahawa dengan memasarkan not wang kertas palsu sebagai not peringatan yang dikeluarkan oleh BNM, adalah menyalahi undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.
BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu hari ini.
Seksyen 489 Kanun Keseksaan (Kesalahan Berkaitan dengan Perkara Mata Wang), subseksyen (a), (b), (c), (d) menyatakan bahawa mereka yang memalsukan atau pemalsuan; menggunakan; memiliki dan; membuat atau alatan atau bahan yang mempunyai sebab memalsukan atau pemelancungan mata wang kertas atau not bank boleh menghadapi hukuman sehingga 20 tahun penjara dan denda.













