CERITA CINTA AZHAR & AUNI
Ini tahun keempat mereka berkenalan, tetapi sebenarnya kisah mereka sudah tertulis lima belas tahun dahulu, cuma mereka sahaja yang tidak tahu.
“Dekat tapi jauh”, ungkapan paling sesuai. Tak pernah berjumpa, padahal rumah cuma 5 minit dari masing-masing. Pada tahun 2014 di McDonalds Bandar Tun Hussein Onn, itulah kali pertama Azhar lihat Auni. Tapi itulah dia, rahsia Tuhan. Seperti Tuhan berkata, “itu lah bakal isteri-Mu. Tapi belum masanya lagi”, pandangan itu tak berbalas, Auni lapar sangat agaknya.
Sepuluh tahun kemudian, perkara sama berlaku, cuma peranan bertukar. Auni pula nampak Azhar di Bazaar Ramadhan, tetapi Azhar pula tak membalas. Entah kenapa kisah cinta mereka asyik pasal makanan, itu mungkin satu lagi rahsia Tuhan.
Tak lama selepas itu, akhirnya mereka bertemu empat mata. Malu-malu keduanya dan Azhar ingat lagi tiga perkataan pertama Auni sebut, bukan “hi” bukan “hello”, tapi.. “This is awkward”.
Mereka mula berkawan rapat. Sehinggalah suatu hari di Myeongdong Topokki – sekali lagi pasal makanan –Auni menghadiahkan Azhar satu baju berwarna hijau sempena hari jadi. “Nah, awak asyik pakai baju hitam, saya hadiahkan awak baju colour lain pulak”. Dan di saat tu, dalam hati Azhar, dia tahu, inilah jodohnya.
Semenjak itu, setiap hari-hari Azhar ada Auni, dan setiap hari-hari Auni ada Azhar. Azhar baru mula kerjaya sebagai penulis skrip, dan setiap tulisannya, ada Auni. Kalau watak tu minum matcha, Auni lah sebabnya. Begitu juga dengan Auni, baru mula menjadi content creator. Setiap gambar yang hendak di-post, Azhar lah tukang QC. Walaupun Auni tak ikut pun suggestion Azhar, tetap juga Azhar cuba buat-buat function.
Semenjak kenal Auni, Azhar banyak belajar benda baru. Baju pun dah banyak colour, dulu-dulu lepak mamak, sekarang dah pandai pergi BBQ Town. Teknik ambil gambar pun dah makin improve, dan paling penting, sebab Auni, member dah ada Tiktok sekarang.
Dan semalam, sekali lagi mereka buat benda baru, mungkin benda baru yang terbesar dalam hidup mereka. Mereka masuk dunia baru, dunia perkahwinan.
Jadi mari kita ucapkan selamat menempuhi hidup baru kepada pasangan mempelai. Hidup baru ini tak mudah, tapi tak apa, asalkan laluinya bersama.