Pejam celik dah hampir 2 tahun usia Xiaomi Mi Air Purifier 2 ni. Kalau korang dah follow lama IG ni mungkin ingat kot sebab pernah review dulu. Kalau tak ingat, tengok dekat hashtag #OhmediaXiaomi. . Dah nak masuk 2 tahun ni, lampu merah dia dah blink blink menandakan filter dia perlu diganti baru. Kalau tidak sebelum ni hanya keluarkan dan bersihkan sendiri jer habuk kat filter tu. . Hasil carian di Lazada jumpa la filter antibacterial warna Ungu ni dan harga filter dia boleh tahan juga, RM159. Ambil masa 3 hari untuk sampai. Nak ganti dia senang jer boleh buka app Mi Home dan setting kat situ. Semuanya guna smartphones sahaja. . So dah dekat 2 tahun ni apa komen #ohmedia pasal filter ni? Harga dia sekarang tak mahal dah. RM500 boleh dapat. Dari beli jenama yang mahal-mahal tu, baik beli Mi Air Purifier 2 ni sebab jauh lagi murah berbanding Air Purifier lain. . Benda ni penting sebab udara yang korang sedut kat rumah sendiri memang berhabuk walau korang rasa bersih. Apa lagi kalau rumah korang tak sampai seminggu dah penuh habuk halus atas meja tak tahu entah dari mana datang ataupun Tahi Hidung korang selalu penuh sampai naik melecet jari nak korek, itu petanda rumah banyak gila habuk la tu. Hahahaha!! . 📷iPhoneX #XiaomiAirPurifier2 #MiAirPurifier2 (at Oh! Media)












