Review Xiaomi Xiaofang Camera: . Setakat ni 3 set Xiaomi Xiaofang Camera yang #ohmedia sedang gunakan untuk semua sudut office. Dia terletak camtu nampak macam mainan bodo-bodo je tapi sebenarnya dari kat mana dalam dunia pun korang boleh akses dia secara live. Tak cukup dengan tu siap kita boleh cakap dari jauh guna app dia lepas tu kamera ni akan keluarkan suara kita tu. Juga boleh ambil gambar dari jauh. So boleh minitor apa sahaja. . Oh! Media letak SD Card 16GB jer kat setiap kamera ni tapi dengan capacity tu pun dah boleh tengok rakaman live sehingga 4 hari yang lepas melalui app dia (Mi Home). Gambar memang cantik sangat. Kalau gelap dia ada nightvision so masih boleh nampak dengan clear. Kamera ni sekali setup je lepas tu boleh abaikan. So far memang pembelian yang teramat berbaloi. . Ada member #ohmedia nak buka kedai, terus suggest dia jadikan ini sebagai CCTV kat kedai. Dia pun beli dan gunakan sampai sekarang. Tak perlu berhabis beriban ringgit tapi bila perlukan dia gambar dah la kualiti 3gp lepas tu tak boleh nak akses guna phone dari mana-mana dalam dunia pulak. Of coz Xiaofang ni lagi berbaloi kan? . Harga dia murah gila vavi untuk apa yang dia tawarkan. Oh! Media dapat RM88 aje. Haaa ye memang tak sampai seratus pun. Murah wei. Kalau korang nak beli dan dapat lagi murah dari tu atau lebih kurang, beli terus ok jangan fikir panjang. Hehe. Sekian. #OhmediaXiaomi #XiaomiXiaofang #CCTV #OhmediaNewToy (at Pejabat Urusan Oh Media Network)










