Saling mencintai kerana Allah agar mampu mendapatkan kecintaan Allah. “CintaKu harus Ku berikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Ku berikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Ku berikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan kerana Ku.” Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah s.w.t, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat Allah berfirman: ‘Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan Ku? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naungan Ku.” (HR. Muslim). Jadilah kita pasangan yang telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya. Bagaimana dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang ‘berpacaran’ atau sudah bercinta sebelum menikah? Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai ‘si dia’ lebih dari pada cinta kepada Allah dan RasulNya. “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga.” #thedaiegraphy #xv_favourite #xv_fav_poster #abuhanifah #muhasabahdiri #twt_insta #my_genggua #Tribulasi365Hari #cinta (at Pantai Klebang Melaka)