"FAHAM KEPENTINGAN ZAKAT" Muslim sebenar yang faham ajaran Islam sebenar dan tahu kelebihan zakat akan berlumba-lumba untuk membayar zakat kerana zakat akan menambah rezeki, bertambah berkat dan harta bertambah subur. Tahniah Cikgu Zaidi, nama Kami sama dan sama-sama faham kepentingan zakat berlumba-lumba untuk cukupkan jumlah simpanan emas bertujuan untuk membayar zakat. Setiap umat Islam perlu menanam kefahaman serta keyakinan apabila dia menafkahkan sebahagian hartanya ke jalan Allah SWT termasuk berzakat, pasti ada pulangannya. Tidak dinafikan, sudah menjadi lumrah manusia berasa cinta dan sayangkan harta yang dimilikinya. Sukar bagi mereka untuk memberi hartanya kepada orang lain sekiranya tidak menerima sebarang ganjaran. Yakinlah akan janji Allah SWT dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah akan bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya. Di dunia lagi, apabila seorang lelaki melunaskan zakat yang diwajibkan ke atasnya, dia akan dikurniakan isteri solehah, anak yang taat serta rumah tangga yang tenteram. Allah SWT berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103) #zakat #kepentinganzakat #zakatemas #zakatharta (EMAS Dan PERAK Public Gold) https://www.instagram.com/p/CGWDq3EDcBL/?igshid=yxopzmc7d5t5









