All That Matters.
Jika ada si pembaca disini, izinkan FMR luahkan sesuatu yang terpendam.
Sakit apabila ‘ditikam’ dari belakang, secara diam2.
Modus operandi yang sama, cuma Tuhan izinkan bukti2 tersedia ada dalam tempoh yang sangat pantas.
Semua kembali ‘jatuh’ semula. Kepercayaan terus dikambus dalam timbunan tersakiti.
Seeking some help, some love, some place to crying out loud.
Di luar sana semakin ramai untuk aku pilih jalan ‘ketidakpercayaan’.
Bila pernah ditikam dari belakang, hanya percaya jalan Allah sahaja yg Maha Membantu.
Kalau Tuhan izinkan aku putarkan masa lalu untuk baiki apa yang sudah jahanam kini, aku pilih untuk tidak ketemukan lagi dengan kerosakkan ini.
Jangan tembungkan lagi laluan ini.
Puas kecewa, meratap dalam diam, jika bersuara diadili dengan perbuatan tangan naik, aku mohon perlindungan dari-Mu Tuhan.
Mudahkanlah laluan hidup, keluarkan kami dalam kesulitan dan musibah ini.
Semua ini ujian getir dr Mu. Kami redha dan terima.
Aku pilih jalan untuk tidak mengalah, kerana hamba-Mu masih kembali kearah jalan-Mu.






