By @cintarasulallah "Saya sebagai pengguna Laman Social sudah naik rimas lihat aksi gelagat Akhi & Ukhti yang berbagai ragam & karenah. Ada yang menyamar wajah yang hensem, yang cantik bertujuan nak dapatkan number-number ajnabi. Ada yang jenis mencari followers dengan cara menjual agama, post islamik, buat account ustaz itu, ustaz ini. Sedangkan ustaz demikian tak gemar pun dia buat demikian. Ada yang bermesra ala-ala islamik menghalalkan perkara yang jelas salah, sehingga membawa ke whatsapp, send gambar kejut-kejut subuh (sebenarnya hendak borak). Ada yang meniaga tudung, meniaga jubah tapi memperagakan bentuk badannya. Ada yang nak jadi Ulama', buat ask.fm jawab semua soalan agama. Bila tak dapat jawab, maka digooglenya dengan sepantas kilat dia pun copy paste. Ada yang klaim diri ad-daie tapi bertujuan untuk seronok-seronok, kejar followers, mendapat perhatian nikabis dsb. Ada yang letak nama Nikabis, lepas tu klaim diri bertunang dengan akhi sana sini, bila si akhi tengok wajah yang bernikab tu terus tak jadi tunang, mulalah menjaja sana sini. Ada yang klaim diri muslimah, tapi kuat berselfie. Dengan alasan "hendak berdakwah". Ada yang berdebat politik, maki orang tu, merendahkan orang ni, troll pemimpin tu pemimpin ni, dengan tujuan hendak "tegakkan Islam" "hendak tumpaskan pengkhianat negara". Ada yang lebih bahaya, baru 1, 2 tahun berhijrah dengan berbekalkan kuliah maghrib di youtube sudah pandai berdebat soal agama. Bila ditanya bahasa arab, sepatah haram pun tak dapat jawab. Orang sudah tidak mahu merujuk kepada Ulama' mereka lebih suka merujuk kepada orang yang jahil dalam agama. Inilah musibah besar yang dikhabarkan Baginda s.a.w , ketika ummat dahaga Iman, maka akan muncul golongan ruwaibidhoh yang akan mengurus ummat Nabi s.a.w, ulama' diketepikan golongan ruwaibidhah diangkat menjulang. Kini Agama dikuasai oleh orang yang bukan ahlinya :'( Begitulah besarnya pintu fitnah yang dicipta kuncu-kuncu dajjal, sehingga membawa pecah belahnya Ummat Islam."