Alhamdulillah, syukur kepadaNya.
Setelah 5 tahun; kuliah, PBL, kelas klinikal, kerja wad, sambut kelahiran, leteran & perli pensyarah.
Lulus Ijazah Doktor Perubatan UKM.
Semua: Mak & ayah, pensyarah, pesakit, kawan-kawan.
Dan Dia Yang Satu, atas kejayaan hari ini.
Sesungguhnya kejayaan aku hari ini = amanah hari esok dan mendatang.
Aku takut dan aku berlindung denganMu.
Berlindung agar aku tidak jauh dariMU.
Sabda Rasulullah s.a.w: Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus yakni riak).
Semuga aku dijauhkan dari sifat itu.
Semuga aku menjadi doktor muslimah yang berjaya.
Buat kawan-kawan doktor MD UKM '11, tahniah!.
Dan buat kawan-kawan yang belum rezeki kamu.
Kamu pasti berjaya suatu hari nanti & aku.
Aku sentiasa doa untuk kawan semua.
Pasti, aku tidak faham akan perasaan kawan-kawan.
Tapi yakin Dia lagi mengetahui.
Tahniah buat aku kerana berjaya mengembirakan ayah & mak.