#IbrahFilemBersamaAli Saya nak kongsikan lagi apa yang kita boleh dapat daripada salah satu lagi filem kegemaran saya. "Little Miss Sunshine." Cerita mengenai satu keluarga yang loser, ber-road trip untuk hantar anaknya masuk pertandingan ratu cantik. Keluarga ni terdiri daripada Olive,anak perempuan belasan tahun yang akan masuk pertandingan ratu cantik, ayah yang kerja dan projeknya tak jalan, pakciknya yang cuba bunuh diri, abang yang sangat2 introvert(emo/freako), mak yg serabut, dan datuknya yang tidak ada "manners" dan perangai gila-gila tidak seperti datuk orang lain. Apa yang saya nak ketengahkan adalah waktu di pertandingan itu, dimana semua terdiri daripada kanak-kanak perempuan belasan tahun yang mana dah macam patung plastik, penuh makeup, kening macam lidi, dan bersama keluarga mereka yang kaya. Semua orang ini memandang rendah dan pandang pelik pada family Olive ini. Olive hanya berpakaian biasa, pakai kaca mata, rambut ikat ekor kuda, tidak make up. Apa yang saya minat dan dapat belajar dari keluarga ni adalah.. dalam dunia ni kita buat apa sekali pun orang akan pandang serong pada kita, orang akan hina kita. Jadi apa kita boleh buat? Kita hanya perlu terus jadi diri kita sendiri, walau apa pun jadi, kita jangan malu dengan diri kita. Teruskan menjadi diri sendiri dan "believe in yourself". Orang lain tidak berada dalam situasi kita, apa-apa jadi "stick as one family". Sama juga boleh dipakai untuk sahabat, persatuan, dan lain-lain. Apa-apa jadi, kita "stick as one. And we can go anywhere together." Tapi kita sebagai seorang muslim, perlu tambah sidikit. Walaupun kita nak jadi diri kita, tapi perlu buat apa-apa pun dalam batas agama. Selagi tak lebih dari batasan itu. Teruskan. Itu sahaja kot? Blur sikit malam-malam ni. 😅 Terima kasih, Den Ali, www.instagram.com/irmanbahrudden