#IbrahFilemBersamaALI #FastFurious . Seperti yang semua orang tahu,ini adalah sebuah cerita mengenai lumba haram, gangster, rompakan, dadah, pelacuran dan segala jenis kesalahan undang-undang. Cerita ini agak lain dari kebiasaan di mana cerita ini mengangkat watak-watak penjenayah sebagai wira dan watak utama. Tapi adakah penjenayah ini tiada langsung positif dalam diri dia? Tak ada apa yang boleh kita belajar dari mereka selain jenayah? Betul? Harini saya nak kongsikan apa kebaikan yang menarik minat saya dan benda yang boleh kita manfaatkan daripada filem "Fast Furious" ni. 1. Domminic Toretto(Dom) seorang ketua yang sangat penuh dengan nilai islamik. Dimana dia sangat mementingkan ukhwah dalam pasukannya berbanding segala hal lain sehinggakan dia sanggup menggadaikan misinya hanya atas dasar kasih sayang. 2. Pasukan Dom ini berkekalan atas dasar sayang dan nilai keluarga yang kuat. Oleh itu mereka kekal bersama, dan sama-sama perbetulkan diri untuk jadi lebih baik, berhijrah dan membantu satu sama lain. 3. Dom percaya dan yakin dengan kemampuan ahli keluarganya(geng). 4. Pentingnya nilai keluarga dalam pasukan ini sehinggakan dia menganggap semua kawan atau ahlinya adalah keluarga sehinggakan di berkata "I dont have friends, I have family" kepada musuh yang mengugutnya. Ada lagi, tapi tak terkeluar pula sekarang. Kalau anda ada nampak apa-apa nilai kebaikan lagi yang anda nampak, anda boleh kongsikan sekali. Bersetuju atau tak setuju dengan pandangan saya pun boleh kongsikan pandangan anda. Silakan. Apa-apa pun, sifat yang ada dalam diri Dom ini sangat bagus untuk sesebuah pasukan. Tak kiralah samada tempat kerja, persatuan kolej, kerja berkumpulan atau dalam persahabatan sekali pun. Carilah "Dom" untuk pasukan anda atau anda sendiri boleh menjadi seperti "Dom". #IbrahFilem













