“Demi Allah aku tidak kuat. Dan kerana Allah aku harus kuat!”
Menyedari bahawa hidup ini adalah sememangnya sebuah lapangan ujian, Pasti akan membuatkan hati ini sentiasa tersenyum.
Ketika kamu merasa sedih, Pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu.
“inilah perjalanan hidupku, Allah yang letakkan aku disini. Semua ini perancangan dari Dia. Jadi aku mesti teruskan perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapanNya. Dan aku terima Qada’ dan Qadar diriku,
Sesungguhnya setiap sesuatu itu pasti ada hikmahNya. Terima kasih Ya Allah kerana mengasihiku”.
Terkadang apabila orang mampu melihat kita ketawa, Mereka menyangka kita sangat bahagia, Merasai apa yang tidak mereka rasai, Memiliki apa yang tidak mereka miliki.
Sedangkan hakikatnya tersembunyi. Terkadang ketawa itu BUKAN kerana, Kita lebih beruntung, Lebih bertuah, Atau lebih banyak memiliki.
Tetapi kerana kita tahu kita punya kemampuan menghadapi semua ini, Kita masih punya kekuatan, Yang Dia pinjamkan!
Tetaplah senyum, positifkan dirimu.
Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya, Wallahhu Ta'ala A'lam.
#abuhanifah #thedaiegraphy #dakwahmudah #pahalaproject #dakwahituseni #harinidahingatmati #dakwahkreatifcontest #islamisfirstclass #cahayaislam #my_genggua #ikutcarakita #teamtazkirah #igerstarbiah #igersmalaysia (at Kincir Angin Pulau Perhentian)













