Talk Show with Sister Farhat Naik ----------------------------------------------------- Semalam menghadiri kuliah bersama isteri Dr Zakir Naik, iaitu Sister Farhat Naik. Juga anak² perempuan beliau, Zikra Naik dan Rusyda Naik. Zikra Naik, 19 membahaskan isu kepentingan menghormati ibu bapa. Keredhaan Allah adalah terletak pada redhanya ibu bapa. Rusyda Naik, sesi bersamanya membuatkan semua terpegun. Nyatakan sahaja ayat AlQuran, beliau boleh menyambung. Beri sahaja tafsir ayat, beliau boleh memberi ayat yang dimaksudkan. Sehingga ke tahap itu hebatnya beliau menghafaz. Sesi talk show bersama sister Farhat Naik. Membongkar kisah wanita dan taqwa. " sebaik² pakaian adalah taqwa" Antara perkongsian beliau , bagaimana wanita (ibu) ini menjadi jalan menuju Allah dalam keluarga: 1) Apakah tujuan kita hidup? Hanya untuk makan dan tidur? Sepertimana kita, bila pulang bekerja, bertanya kepada anak, dah makan? 2) Mempunyai kekuatan hubungan Allah. Berterusan menhubungi Allah dalam segala kerja harian. 3) Apa visi kita? Hidup ini sekali sahaja, di sini lah kita beramal kerana di akhirat nanti kita tidak lagi ada peluang ini. 4) The power of Dua' Doa adalah kekuatan kita lebih² lagi seorang ibu. Terus menerus berdoa untuk anak dan keluarga. Keep nagging. Hingga ke tahaf itu kita terusan meminta. (at Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur - UTMKL)