berbual dengan batrisyia
batrisyia tak ingin berbicara tentang cinta dia kata dia cuma ingin berasmara tapi dia bicarakan tentangnya hampir tak putus-putus dekat aku
ia ngeri ia adalah perkara paling teruk dalam hidup kata batrisyia tiada bukan maut bukan sakit yang seteruk cinta
aku sentiasa mabuk cinta aku sentiasa menderita kerana cinta kata batrisyia. sekarang aku dah terbiasa tapi aku masih dalam derita
kau tau apa yang aku buat dekat dia dulu?—bercakap tentang kekasihnya—aku halau dia keluar aku betul-betul sepak dia dia terbaring atas lantai dan aku bagi dia rasa colpi di piedi dari kasutku. dia tercampak
dia buat ni dekat aku berjanji untuk keluar berjalan aku menunggu dah bersiap-siap bagasi-bagasi dan tiket-tiket dia datang dan kata kawan lain dia dapat tau dia tak dapat pergi dia rasa. AKU SEPAK dia keluar
oh kami masih bersama kadang-kadang. tapi cinta mengerikan. aku fikir kau mungkin orang yang terbaik untuk berbual memandangkan kau mencintai perempuan dan kau sendiri perempuan. kau mungkin benar batrisyia
kata. tapi perempuan ni yang meminggirkan kau aku rasa kau patut menghilang. walaupun dengan perempuan ni menghilang takkan jadi apa. aku rasa bukan menghilang. sayang aku tak kenal dia
kalau aku kenal dia kalau aku boleh jumpa dia hanya untuk sepuluh minit—aku takut kalau kau jumpa dia kau mungkin merampas dia daripada aku. batrisyia ketawa. tak tak pernah lagi aku syukur tuhan untuk menyukai perempuan yang begitu muda
kenapa. sewaktu kau seumur dengan aku—masih muda—dia baru tiga puluh... sembilan. kau begitu hampir dengan orang yang begitu muda untuk tau betapa teruknya mereka dan kau tak mencintai mereka
kau tak nak ada apa-apa kaitan dengan mereka. oh uh huh aku kata meletakkan tangan aku pada meja dan menarik semula tengoklah kau maafkan aku tapi aku perlu ketawakan kau duduk di restoran
yang teruk ini pada pukul satu pagikala di bandar yang kau tak ingin berada dan kenapa. untuk perempuan ni. ianya teruk aku tau tapi juga kelakar
aku tau aku kata. dengar aku ada idea. kau tau alamat dia. kau tau tak mana dia tinggal. kau patut pergi sana pergi dan bersembunyi di sana di luar rumah dia di dalam pokok
lepastu bila dia keluar kau lompat keluar kau depani dia. kau akan nampak sama ada cinta ada di dalam matanya atau tak. ia takkan boleh tersorok. kau tau kau takkan tersilap
ini menjadi ini selalu menjadi untuk aku. ia takkan menjadi untuk aku. aku tak boleh pergi dan bersembunyi di situ ianya benar batrisyia kata bila adanya cinta segalanya menjadi bila semua yang lain tidak. cinta adalah tuhan benda-benda freudian ni aku tak percaya langsung
tuhan ni kau kena buat apa yang dia nak kau marah tetapi apa yang kau betul-betul nak adalah dapatkan dia balik. Maka—balas dendam. kalau perempuan ni buat benda yang sama dekat aku aku tanpa cakap banyak akan tak suka dia
aku akan benci dia kau mungkin mahu berkira-kira batrisyia kata perempuan ni tengah menguji kau. Tak aku kata. aku tau dia tak. aku tau sesuatu. aku rasa berumur seratus tahun. tapi kau tak nampak teruk sangat batrisyia kata.
cari perempuan lain. aku tak boleh. aku tau batrisyia kata. tapi orang selalu fikir ia idea yang baik. tapi kalau kau tak boleh kau tak boleh. aku nak makan pun tak mampu makanan ni kata batrisyia kata
maafkan aku aku kata batrisyia sebab begitu membosankan aku tak boleh berhenti mengucapkan maafkan aku. ia tak membosankan aku langsung batrisyia kata ianya subjek kegemaran aku bukannya setiap hari seseorang melihat seseorang dalam keadaan ni kau boleh tolong dia dengan berbual untuk terus hidup
kau tau batrisyia kata kalau dia buat benda ni dekat kau sekarang dia akan buat lagi dan lagi jadi baik kau bersedia mungkin kau akan dapat kelebihan dengan mengatakan dia betul kau
tak mencintai dia selamat tinggal kau blah tetapi kalau kau nak dia kau patut bersembunyi dalam pokok dan terkejutkan dia bila dia nampak kau ia sentiasa membawa perubahan aku tak boleh menyorok di situ batrisyia
itu gila. aku pergi tapi tak bersembunyi dan tak berdepan. batrisyia: apa dia kata aku kata benda-benda sama. batrisyia kata kau ada nampak cinta dalam mata dia aku kata tak. aku tak. aku nampak
benda lain. di florence hujan dia berambut pendek dan matanya sesaujana arno kali terakhir bila aku akan jumpa dia lagi sebagai orang yang aku akan jumpa lagi bila berjumpa lagi masih ada makna
ia dah berakhir batrisyia kata buat masa sekarang ni tapi jangan risau aku fikir kau akan dapat dia balik tapi jangan lambat sangat. oh batrisyia aku merehatkan badan dan kepala ke kerusi lambat bukan segalanya!












