Mengembara atau musafir adalah satu ibadat. Memberi infak jariah pun ibadat yang amat dianjurkan. Alangkah bagus kalau dapat berbuat kedua2nya terutama jika kita mengembara ke tempat yang lebih kurang bernasib baik atau tempat yang Muslim itu minoriti. Alhamdulillah, kunjungan singkat saya ke Phnom Pehn, Kemboja baru2 ini, saya telah melunaskan amanah sahabat dan juga diri saya untuk membuat sedekah jariah di Masjid al Serkal Phnom Pehn. Insya Allah, pada kunjungan destinasi lain, akan saya lakukan juga untuk menjadi rutin dalam kembara saya untuk berinfak jariah kepada masjid tempatan atau badan kebajikan tempatan yang ada. Jika berminat untuk beinfak bersama, boleh DM (Direct Message) saya untuk maklumat lebih lanjut. Sekian, terima kasih. (at Al-Serkal Mosque) https://www.instagram.com/p/BnaicVThY92/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1vvrmfpe9rji5
















