Stranger Things
occasionally subtle

★

if i look back, i am lost
cherry valley forever
Lint Roller? I Barely Know Her
dirt enthusiast
RMH

Janaina Medeiros

⁂

shark vs the universe

No title available
Acquired Stardust
Sade Olutola

Discoholic 🪩
Claire Keane

祝日 / Permanent Vacation
we're not kids anymore.
d e v o n
Jules of Nature

seen from Colombia
seen from Switzerland
seen from United States

seen from United States
seen from Greece
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from Türkiye
seen from United States
seen from United Kingdom
seen from United States

seen from United States

seen from United Kingdom
seen from Germany

seen from Netherlands

seen from Türkiye
seen from Mexico
@instituttunperak
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Tun Perak (ITP) dan Precious Education Academy telah berlangsung pada 21 Februari 2023 bertempat di AMES Hotel, Ayer Keroh. Majlis MoU telah disaksikan oleh YB Datuk Hj Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi. MoU antara ITP dan PEN Academy adalah untuk merealisasikan program Pensijilan Profesional oleh UTM Space melalui 'train and place' kepada golongan belia di Melaka dalam usaha meningkatkan kemahiran pensijilan profesioal dalam bidang logistik, kulinari dan keusahawanan. Semoga usahasama ini dapat memberi nilai tambah pensijilan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia negeri Melaka. . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/Co7bXYfviF3/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak telah mengadakan perbincangan bersama barisan ahli Felo Institut Tun Perak (Kluster Sejarah dan Warisan) di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Barisan Felo yang dilantik berperanan menjadi pakar rujuk dan sumbangsaran kepada ITP dalam perancangan program bidang sejarah dan warisan di negeri Melaka. Semoga perbincagan ini dapat membantu agenda memperkasa dan memartabatkan lagi sejarah negeri Melaka. https://www.instagram.com/p/Co7aTp3PQyi/?igshid=NGJjMDIxMWI=
"𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟯" "𝗚𝗼𝗻𝗴 𝗫𝗶 𝗙𝗮 𝗖𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯" . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/CnlPdAnpzme/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak akan menganjurkan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗔𝘁𝗮𝘀 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 “𝗢𝗻𝗠𝗼𝘁𝗶𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻” untuk 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗦𝗣𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Program ini merupakan satu inisiatif yang dibentangkan oleh YAB Ketua Menteri Melaka semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Melaka 2023 yang lalu. Program akan diadakan pada ketentuan berikut : 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 𝟮𝟳 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) 𝗠𝗮𝘀𝗮 : 𝟵.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 -𝟭𝟮.𝟬𝟬 𝘁/𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 : 𝗚𝗼𝗼𝗴𝗹𝗲𝗠𝗲𝗲𝘁 . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia https://www.instagram.com/p/CnjPcoLLYU0/?igshid=NGJjMDIxMWI=
YBrs.Prof Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP) mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman (Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani). ITP bersedia dalam usaha membantu meningkatkan kecekapan tadbir urus terutamanya di kalangan Ketua-ketua mahupun Ahli-ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri Melaka. Semoga perkara-perkara yang dibincangkan tersebut dapat merealisasikan setiap perancangan demi kebaikan dan kesejahteraan negeri Melaka. https://www.instagram.com/p/CnMXLlhJN0u/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Sesi kunjungan hormat dan perbincangan di antara Prof Madya Dr. Hj. Mohd Ainuddin Iskandar Lee bin Abdullah bersama Encik Sa'ari bin Basiron, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP). Antara perkara utama yang dibincangkan adalah penerbitan 'teaser' di platform media sosial dalam usaha mengangkat lagi negeri Melaka sebagai di antara destinasi sejarah di rantau Asia Tenggara mahupun dunia serta menjadi tarikan utama pelancong berkunjung sempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024. https://www.instagram.com/p/CmfvtK_Lajv/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Perbincangan kerjasama strategik Institut Tun Perak (ITP) dan Kiwitech dalam membangunkan input-input infrastruktur dan ekosistem Dataraya Negeri Melaka bagi mencapai Pelan Pembangunan Melakaku Maju Jaya 2035. . Turut hadir dalam perbincangan ini Dato' Adly Effendi Hasan, Pengarah Eksekutif, Datuk Nik Faizal, Smart City Strategy & Partnerships dan En. Faizal Shebli, Chief Data Officer. . Semoga perbincangan kerjasama strategik ini dapat memberikan manfaat kepada pembangunan dataraya negeri Melaka. https://www.instagram.com/p/CmdrwkGLMXv/?igshid=NGJjMDIxMWI=
KUNJUNG HORMAT DAN DISKUSI SEJARAH MELAKA - CHINA Institut Tun Perak (ITP) telah menerima kunjungan dari para penyelidik sejarah hubungan di antara Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Kerajaan China pada abad ke-15. Kolaborasi antarabangsa ini akan merintis kepada kerjasama stategik antara ITP dan pusat penyelidikan sejarah hubungan dua hala di China. Di samping itu, ia akan membuka ruang penyelidikan antara kedua-dua pihak dalam usaha mendokumentasian sejarah hubungan dua hala melalui sumber-sumber primer China di samping melibatkan kajian dan perkongsian sejarah Islam, warisan dan kebudayaan. . Kunjungan ini dihadiri oleh Encik Aziz How, Mantan Penasihat Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia, Beijing China, En.Muhammad Suhail Ahmad Penyelidik Laksamana Zheng He dan juga Dr.Cherry Wei Ketua Pegawai Eksekutif Acc Global Consultancy Sdn. Bhd. Hasil perbincangan bersetuju untuk merangka gerak kerja awal bagi melaksana beberapa program kolaborasi terutamanya dalam penyelidikan, penerbitan buku serta penganjuran seminar yang fokus kepada Laksamana Cheng Ho dan kerajaan Melayu Melaka. https://www.instagram.com/p/CmbhPsqvZ04/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Pandemik COVID-19 jelas telah mengubah cara kehidupan dan landskap pengoperasian perniagaan, ekonomi termasuklah sistem penyampaian perkhidmatan. Pada masa sekarang, kebanyakan data dan maklumat adalah tidak berpusat dan diletakan secara berasingan di setiap jabatan dan agensi masing-masing. Kerajaan Negeri Melaka telah meletakkan inisatif pintar dan pemerkasaan data dalam agenda utama pembangunan negeri. Sehubungan dengan itu, satu pusat pangkalan data raya Negeri Melaka telah diwujudkan bagi menyokong ke arah pendigitalan data di semua peringkat jabatan mahupun agensi. Bagi merealisasikan pembangunan data raya yang lebih mapan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) dengan kerjasama Institut Tun Perak (ITP) serta Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) menganjurkan Seminar Pendigitalan dan Bengkel Penyelarasan Analitis Data Raya Negeri Melaka. Ia sekaligus menyokong pelaksanaan dan penambahbaikan Inisiatif-inisiatif di Command Centre MD2C yang juga menjadi sebahagian Action Plans dan sebagai Game Changer kepada Strategi Smart Government dalam Smart Melaka Blue Print 2035. Objektif utama Seminar Pendigitalan Analitis Data Raya adalah untuk memberi pengetahuan asas dan pendedahan kepada ketua-ketua jabatan dan penjawat awam di Negeri Melaka mengenai Data Raya terutama dalam perspektif governance. Seminar diadakan beserta pelaksanaan Bengkel Penyelarasan Pembangunan Analitis Data Raya yang merupakan kesinambungan daripada Bengkel Siri 1 melibatkan 3 kumpulan BRS. Sehubungan dengan itu, bengkel pada kali ini diadakan dengan penglibatan 5 kumpulan BRS dalam usaha melengkapkan aspek-aspek pembangunan data raya bagi pemegang pemegang taruh di jabatan-jabatan mahupun agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. https://www.instagram.com/p/ClszsTarHf8/?igshid=NGJjMDIxMWI=
24 November berlangsungnya Final Acceptance Test (FAT) utk BRS 3 Profiling Kebajikan dari pelbagai perspektif sosial di Melaka Digital Command Centre (MD2C) hasil kerjasama Jabatan Ketua Menteri Melaka, Bahagian Teknologi Maklumat (BTMK) dan Agensi pelaksana Institut Tun Perak (ITP) serta vendor yang dilantik Kiwitech Sdn Bhd. Inisiatif ini merupakan salah satu kompenan dalam analitik data raya yang dapat membantu pihak kerajaan negeri membuat keputusan dengan tepat dan pantas. #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #mestijadikasijadi https://www.instagram.com/p/ClYOB_hLNM3/?igshid=NGJjMDIxMWI=
PENJANA KPT CAP@STATE 2022 SESI KE-5 . Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup PENJANA KPT CAP@STATE 2022 Sesi Ke-5 di Dewan Utama MISDEC. . Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak kali ini melibatkan 48 orang peserta bagi 2 kursus berbeza iaitu 'Young Agropreneur Program' dan 'How To Set Up Printing Production Business' . Majlis penutup ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Noordin selaku Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat merangkap ADUN Pengkalan Batu. . Setiap pelajar menerima dana one-off sebanyak RM2,000 dari Kerajaan Negeri Melaka untuk tujuan pembangunan perniagaan masing-masing. . Moga inisiatif ini dapat membantu anak-anak Melaka dalam memulakan langkah sebagai seorang usahawan berjaya. Amiin. . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #PENJANA #KeluargaMalaysiaTeguhBersama https://www.instagram.com/p/CkYNfF1pcXv/?igshid=NGJjMDIxMWI=
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA YANG BERAGAMA HINDU. https://www.instagram.com/p/CkF37Ngr3GH/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Mesyuarat Post Mortem Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2022. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Ngwe Hee Sem, EXCO Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka selaku pengerusi jawatankuasa pertandingan. Semoga setiap perbincangan membawa kepada penambahbaikan penganjuran yang akan datang. #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #KeluargaMalaysiaTeguhBersama https://www.instagram.com/p/CjpRTWjLNdZ/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1444H bersamaan 9 Oktober 2022 . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #KeluargaMalaysiaTeguhBersama https://www.instagram.com/p/CjdU8wxJKhm/?igshid=NGJjMDIxMWI=
Sesi Kunjung Hormat YBrs Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak (ITP), bersama barisan pegawai mengadakan Kunjung Hormat kepada Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka. Tujuan utama kunjung hormat adalah bagi membincangkan kerjasama strategik antara ITP dan PERZIM. Turut hadir sama dalam sesi kunjung hormat tersebut pegawai kanan Perbadanan Muzium Melaka, En. Shukry bin Abdullah dan Puan Siti Rohani. Semoga setiap perkara yang dibincangkan akan dapat direalisasikan. https://www.instagram.com/p/Cjapz9WpUwY/?igshid=NGJjMDIxMWI=
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜𝗖 𝗘𝗖𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜𝗖 𝗙𝗢𝗥𝗨𝗠 𝗙𝗢𝗨𝗡𝗗𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 (𝗪𝗶𝗘𝗙) Institut Tun Perak menerima kunjungan hormat daripada pihak World Islamic Economic Forum Foundation (WiEF). Ia diketuai oleh YBhg Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman (Setiausaha Agung WiEF), Mazwin Meor Ahmad (Pengarah Eksekutif & Ketua Bahagian Inisiatif WET) dan Michelle Gan (Pengurus Senior Kewangan & Operasi). Fokus perbincangan awal antara kedua-dua pihak adalah berkaitan dengan penganjuran Forum Antarabangsa WiEF di Negeri Melaka bagi tahun 2023. Penganjuran forum ini bakal menyaksikan kehadiran para pemimpin dunia, pelabur-pelabur, ketua-ketua korporat mahupun pemain industri perniagaan dan perdagangan antarabangsa berkampung ke bumi Hang Tuah. Hasrat WiEF sangat dialu-alukan bersempena dengan kunjung hormat dan semoga cadangan pelaksanaan di negeri Melaka dapat direalisasikan dengan jayanya. #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #KeluargaMalaysiaTeguhBersama https://www.instagram.com/p/CjVDXjprIsW/?igshid=NGJjMDIxMWI=