PENJANA KPT CAP@STATE 2022 SESI KE-5 . Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup PENJANA KPT CAP@STATE 2022 Sesi Ke-5 di Dewan Utama MISDEC. . Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak kali ini melibatkan 48 orang peserta bagi 2 kursus berbeza iaitu 'Young Agropreneur Program' dan 'How To Set Up Printing Production Business' . Majlis penutup ini juga telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Kalsom Noordin selaku Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat merangkap ADUN Pengkalan Batu. . Setiap pelajar menerima dana one-off sebanyak RM2,000 dari Kerajaan Negeri Melaka untuk tujuan pembangunan perniagaan masing-masing. . Moga inisiatif ini dapat membantu anak-anak Melaka dalam memulakan langkah sebagai seorang usahawan berjaya. Amiin. . #InstitutTunPerak #memartbatmindamensejahterarakyat #PENJANA #KeluargaMalaysiaTeguhBersama https://www.instagram.com/p/CkYNfF1pcXv/?igshid=NGJjMDIxMWI=

















