Introvert itu lebih menyenangkan saat ini
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
The Bowery Presents
The Stonewall Inn
occasionally subtle
Misplaced Lens Cap
Claire Keane
KIROKAZE

❣ Chile in a Photography ❣
Jules of Nature
No title available
$LAYYYTER

PR's Tumblrdome
Fai_Ryy

oozey mess
todays bird
𓃗
Show & Tell
Cosmic Funnies
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
Mike Driver

seen from Argentina
seen from Greece

seen from Malaysia
seen from Italy
seen from Nepal
seen from Türkiye

seen from United States

seen from Singapore

seen from Germany
seen from Iraq
seen from United States

seen from United States

seen from Romania
seen from United States

seen from Azerbaijan

seen from Malaysia

seen from United States
seen from United Kingdom
seen from Russia
seen from United Kingdom
@kembaraseorangdaie
Introvert itu lebih menyenangkan saat ini
PR3 #8 AKU KAU
Dulu aku kau pernah juga jahil.
Pernah juga melakukan dosa.
Malah sekarang pun masih melakukan dosa.
Tapi bila dah berhijrah,
terlalu mudah meludah kata menghina yang belum berhijrah.
Aku kau lupa ya?
Dulu kita pun sama
Sama macam mereka juga.
Bahkan lebih teruk daripada itu.
Mohon aku kau
Jangan asyik nampak buruk orang saja.
Sesekali cerminlah hati tu
Hari-ii aku kau mampu cermin diri berhias
Tapi belum tentu hari-ii mampu cermin hati.
Aku kau,
Allah Maha Adil,
Mungkin DIA bagi kita jadi baik sekarang,
tapi siapa tahu kerana keangkuhan diri dan kejahatan mulut,
Allah uji kita balik lagi macam dulunya.
Sebab itu, hati kena sentiasa syukur dan minta taufik dan hidayah.
Bukan bilamana sekali dah berubah, terus tak minta taufik dan hidayah dari Allah.
Aku kau,
Yang sentuh hati kita untuk berubah itu Allah,
manusia hanyalah wasilah (perantara), jangan bongkak.
Berlapang dada
Mendoakan
Dan berdakwahlah secara baik bukan kasar.
Kerna kita nak lembutkan hati-ii manusia .
Aku kau,
Dekatkan hati sendiri dengan Allah terlebih dahulu,
baru Allah akan melapangkan hati kita untuk melapangkan hati manusia lain untuk mendekatiNya.
Sebarkan sayang bukan hinaan.
Wallahua'lam
Nota kaki:
Maka rahmat dari Allah lah kamu harus berlaku lemah lembut. Jika kamu berlaku keras dan kasar, maka mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan
#ramadan 2021
#credit
PR3 #7 SEPI
Dunia ini tidak sepi. Ada banyak jiwa yang sama sepertimu.
Aku tau kau mula merasa berputus asa dengan diri sendiri.
Aku tau kau mula
menjauhi Sang Pencipta
Dan Aku tau kau mula rasa
Lelah
Lemah
Tak terdaya atas nakoda hidup ini.
Cahaya yang dulunya terang mula malap dalam diri dek kerana ujian yang berat itu
Lalu kau mengambil jalan keluar dari Rahmat Tuhan
Mohon pesan pada diri
Sabar
Sabar
Dan sabarlah lagi.
Kau cuma penat.
Kau perlu rehat.
Kau perlu masa.
Masa untuk hadam semuanya.
Untuk terima segala hakikat yang berlaku.
Sesungguhnya Allah tidak menimpa ujian ke atas seseorang, melainkan dia dapat menghadapinya.
Keep strong.
Nota kaki:
Minta ampun kepada Al-'Afuw dan berdoa agar sentiasa dalam rahmat Tuhan serta dikekalkan iman dalam diri.
“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pema’af lagi Maha Pengampun”
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan
#ramadan2021
PR3 #6 Kun Fayakun 2
Dia Maha Berkehendak di atas tiap-ii sesuatu
Yakinlah bahawa tiada yang mustahil bagi Dia
Mari kita muhasabah diri
Dan ingat kembali
Selama kita dah hidup di muka bumi ini
Sudah berapa banyak hajat yang sudah Allah kabulkan?
Sudah berapa banyak permintaan yang sudah Allah tunaikan?
Bahkan ada hal-ii tertentu yang tidak pernah kita pinta, tapi Allah tetap bagi
Tahu kenapa?
Kerana Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap satu daripada hambanya
Sedang kita tidak tahu apa-ii
Hatta apa yang terbaik buat diri kita pun kita tidak tahu sama sekali
Tidak ada yang sia-ii
Semuanya dalam rencana Tuhan
Kita hanya perlu sekadar mendepani dan menjalaninya
Itulah dinamakan kehidupan.
Segala hikmah-ii yang telah kita peroleh akan menjadikan kita satu jiwa yang lebih kuat daripada sebelumnya.
Kata sahabat penulis,
Jangan pernah matikan senyuman.
Sebab dunia ini kurang indah tanpa seri senyumanmu.
Nota kaki:
Bersangka baik dengan Tuhan. Pasti ada jalannya.
Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah mengikut prasangka hambaNya kepada Dia.
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan3
#ramadan2021
#credit
PR3 #5 Syukur.
Sudah acap kali ku katakan agar syukur.
Dan entah berapa ribu kali telah ku suarakan.
Syukur atas segala apa yang kita miliki hari ini.
Dan ianya akan buat kita merasa bahagia dan cukup.
Ketahuilah apa yang kita sedang miliki hari ini,
Bahkan hari-ii mendatang
Belum tentu akan menjadi milik kita lagi.
Kerna dunia ini hanya pinjaman.
Semata-mata.
Aku tau
Hidup ini memang tak selalu mudah
Dan tak terlalu rumit.
Jangan kamu takut melewati hari esok
Kerna masih ada proses untuk aku dan kamu memperbaiki diri.
Sedangkan dunia ini tidak sepi.
Ada banyak jiwa yang sama seperti kamu.
Kamu tidak bersendirian,
Ada aku dan mereka.
Nota kaki:
Terus bersyukur apa yang ada. Perbaiki diri apa yang kurang. Sinar kebahagian akan muncul tiba.
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan3
#ramadan2021
PR3 #4 NIKMAT YANG HILANG
Bila mana seseorang hamba ditimpa kecelakan
Bila mana Allah mengambil orang-ii yang kita cintai
Dan bila mana Allah menguji hal kemiskinan
Percayalah itu semua bukan musibah yang dasyat
Kerana perkara yang paling mengerikan dalam hidup seseorang
Apabila Allah mencabut nikmat-iiNya dalam diri kita
Solat tak lagi bergetar jiwanya
Membaca al-Quran terasa hambar dan bosan
Zikir terasa datar Dan puasa yang tak mampu merubah perilaku yang kasar menjadi lembut.
Apakah kita diantara mereka?
Hanya diri kamu dan diri ku sahaja yang mengetahuinya di saat beribadah.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 8)
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Jangan jatuh. Jangan rebah. Iman sedang di jentik. Mohon tabah.
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan3
#30harimenulis
#credit
PR3 #3 HIDAYAH
Di saat kamu,
Lelah
Lemah
Rebah
Menyerah
Di saat itu juga kau rasa sudah tidak ada harapan untuk diri kau menjadi orang yang lebih baik.
Ketahuilah Allah akan mempertemukan kau dengan hidayah-Nya melalui jalan-ii yang kau sendiri tidak pernah sangka.
Sesungguhnya Allah Maha Tahu
Hati hamba-iiNya yang benar ingin berubah.
Lalu Allah jadikan asbab yang mungkin kau sendiri tidak akan pernah sangka dan tidak tahu.
Kadang, kau rasa asbab itu nampak terlalu remeh atau kecil
Tetapi dari situlah bermula perjalanan kau menjadi seseorang yang lebih baik.
Hinggalah akhirnya dengan asbab itu menjadikan diri kau yang sekarang ini lebih baik daripada dulu.
Tatkala hati kau terdetik untuk berubah menjadi baik dan inginkan perubahan yang lebih baik.
Paksalah diri untuk berubah.
Mulakan dengan segera penghijrahan itu.
Bertindaklah dengan melakukan amalan kebaikan dan ibadah yang mendekatkan diri kau kepada Sang Pencipta dengan hati yang ikhlas.
Kerana di saat itu, Allah telah mengetuk pintu hati kau dengan petunjuk dan hidayahNYA.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Teruslah mengejar HidayahNya kerana kita tidak tahu pengakhiran kita. Moga sahabat terus istiqomah. Keep Fighting !!!
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan3
#30harimenulis
#ramadan2021
PR3 #2 IbuAyah
Pandemik telah mengajar tentang kesulitan serta kesempitan hidup.
Bagaimana si ayah yang kehilangan kerja berusaha untuk mencari nafkah keluarganya.
Ada juga si ayah yang telah berputus harap dalam usaha,
Lalu mengambil jalan yang sia-ii.
Si ibu pula memikirkan bagaimana pengajaran dan pembelajaran anak-iinya dapat dipenuhi.
Ya, si ibu memimikirkan bagaimana anak-iinya ini agar dapat belajar seperti rakan-ii yang lain.
Ada juga si ibu hilang entah kemana. Anak-ii terbiar sahaja.
Ada antara mereka juga
Setiap hari membanting tulang untuk memenuhi segala keperluan anak-ii supaya tidak ketinggalan.
Ada antara mereka mula meluahkan rasa prihal kesulitan serta kesempitan yang dihadapi.
Sedangkan kamu lupa,
Di saat Allah menciptakan jalan yang sulit ini,
Dia juga menciptakan dalam diri kamu kemampuan untuk melewatinya.
Barangkali selama ini kamu lupa.
Lupa untuk mengadu dan berserah.
Lupa untuk meminta dan mengharap.
Sekuat apa pun perjuangan dan usahamu.
Kamu tetap perlukan pertolonganNya,
Meski semua persiapan sudah terbina.
Jangan kamu lupa melangitkan doa di saat pintu rahmat terbentang luas. Bulan yang mustajab berdoa.
Inilah jalan yang perlu dilalui dalam mehnah kehidupan sebagai si ibu dan si ayah.
Melanjutkan perjalanan dan perjuanganmu dengan harapan Allah sentiasa membantu untuk memenangkannya.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Berdoalah dalam bulan yang mulia ini. Semoga kebaikan akan selalu bersamamu
#catatankembaraseorangdaie
#PR3
#ramadan2021
PROJEK RAMADAN 3
RAMADAN 2021
Dunia sedang menghampiri penghujungnya
Menampakan tanda-ii kecil akhir zaman itu jelas lagi nyata
Di saat ini
Pintu-pintu rahmat sedang dibuka seluas-luasnya
Tapi mengapa ada yang tidak berlari mengejarkannya?
Masih lalai dan leka,
Atas alasan tidak ditimpa musibah mahupun ujian dalam kehidupan
Tapi bila diuji barulah mencari Tuhan
*deep*
Disisi yang lain pula
Ramai kekasih-iiNya yang merindui saat ini
Kehadirannya dinantikan seluruh umat Islam. Bulan yang mengajarkan erti kesabaran serta mengawal diri. Bahkan bulan menuntut kita untuk melakukan amal kebaikan.
Kita tau diri kita sering melakukan kesalah
Kita tau diri kita tidak terlepas dari maksiat
Tapi jangan berputus harap
Teruslah berjuang
Bulan inilah proses memperbaiki diri
In sha Allah bulan yang akan memberi Hidayah kepada sesiapa yang mencariNya
Teruslah berazam dan berdoa agar segala amalan yang dilakukan diterimaNya.
Apabila hati dan tujuanmu adalah akhirat, percayalah akan kuasaNya, bahwa dunia tidak akan menghinakanmu.
Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep amal makruf nahi mungkar ini dapat mengigatkan diri dan orang lain.
Marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukannya kebencian, keburukan dan kejahatan.
Kita semua sama sahaja yang sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya.
Wallahua'lam.
Nota kaki:
Luruskan niat dalam perubahan. Agar kita dapat istiqomah dalam jalan yang kita pilih. Jangan kita jual agama atas perubahan diri kita. Akhir kata, Selamat berpuasa kepada sahabat sekalian.
#catatankembaraseorangdaie
#projekramadan3
#Ramadan
#30harimenulis
Moga tahun ini dapat melengkapkan penulisan yang sudah lama menyepi. I'm Back !!!
KAHWIN
Kahwin itu adalah rezeki, tapi kalau Tuhan belum berikan sebarang petunjuk untuk kau berkahwin, itu juga adalah rezeki.
“Rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”
Sebab ramai kawan-kawan aku yang masih bujang. Dan ada daripada mereka, yang kami membesar sama-sama, dan sehingga umur ini, mereka masih belum punyai peluang untuk bercinta dan berkahwin.
Kerja masing-masing bagus. Ada yang jadi cikgu, pensyarah, jurutera , tentera, malah ada juga yang sampai sekarang power betul jalankan perniagaan. Tapi hingga hari ini, masih belum punyai sesiapa sebagai someone special.
Sebab rezeki jodoh itu bukannya ia akan datang bila kau sudah ada pekerjaan yang bagus. Bukan pada pangkat dan harta. Bukan juga rupa paras yang elok. Tapi bila Tuhan itu tahu kau kondisi yang kau sudah bersedia untuk mendapat rezeki ini.
Tapi tak bermakna bila kau sudah berkahwin kelak, kau akan dapat rezeki tu sepenuhnya milik kau. Belum tentu.
Ada orang kahwin masa muda, tak lama kemudian Tuhan berikan dia ujian, pasangan dia ini, perangai tak sama sebelum dan selepas kahwin, dia tak tahan, dan dia mengambil jalan yang berbeza. Rezeki dia takat tu je.
Ada orang tunang dah lama, tunggu punya tunggu, tak jadi ke gerbang perkahwinan. Maknanya, rezeki dia takat tu je.
Dan ada orang dia baru je berkahwin, sehari, dua hari, tiga hari, tetapi pasangan yang dia sayang, Tuhan ambil. Sekejap je Tuhan beri dia rezeki ini.
Ia tak senang.
Tulisan Ibnu Hashim
Bukan Konpirasi ingin dibicara
Bukan mencari siapa punca segalanya
Kini manusia seluruh dunia menderita
Beriman atau tidak
Semuanya terkena (ar-Rahman/ar-Rahim)
Perintah mudah Perdana Menteri
SILA DUDUK DI RUMAH !!!
Tetapi
Masih berdegil,
Masih bersenang-ii,
Masih memberi alasan,
Masih mahu pulang ke kampung,
Masih bersantai-ii,
Hargailah
Frontliner kita
Mereka dalam keletihan
Bekerja siang dan malam
Untuk menjaga kesihatan serta kesejahteraan negara
Rakyat perlu amanah, jujur dan terima arahan dengan hati terbuka
Agar peradaban manusia dapat di selamatkan
Ya Letih
Ya Bosan
Ya Cemuihhh
Tetapi ini hakikatnya perlu diterima
Ambillah ibrah dan pengajaran
Agar kita dekat dengan Pencipta kita.
Nota kaki:
Marilah kita sama-ii berganding bahu untuk memutuskan rangkaian covid-19 ini. Kalau bukan kita siapa lagi. Moga keluarga, sahabat, serta rakyat Malaysia bebas daripada rangkaian ini.
Pembersihan hati ini ( menyucikan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah Taala ) tidak mampu dicapai hanya dengan bermusafir menempuh perjalanan yang jauh, tetapi pisahlanlah hawa nafsumu dengan satu langkah sahaja, nescaya engkau akan mendapati apa yang engkau cari
Abu Ali Al-Daqqaq
#1 UJIAN 2.0
Kalau ditimpa ujian. Perkara pertama yang diuji adalah hal iman. Persoalan. Apakah kita mampu mengawalnya atau sebaliknya? Redho atau menyalahkan takdir? Tepuk dada, tanya apa khabar iman kamu???
Kadang kita lemah. Kadang kita tak kuat. Kadang kita mempersoalkan ujian yang diberiNya.
Ya, kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah dan ketika itu di landa ujian. Mohon cari kawan yang boleh membantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. Yang dapat menasihati kita bukan menghancurkan kita. Dan akhirnya kita dijadikan tempat tomahan orang ramai.
“Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya (menguasainya). Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” [Hud:56]
Teruslah berdoa dan mengadu kepada yang selayaknya tempat kita mengadu iaitu Allah SWT.
“Yaakub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku dan aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya.” [Yusuf : 86]
Tolong hargai Hidayah yang diberikan oleh Allah SWT. Jangan kita mempersiakan peluang yang di berikan. Takut-ii tiada peluang yang kedua kali.
Semoga ujian demi ujian dapat kita tempuhi dengan redho dan taat.
Dan semoga hidup kita sentiasa diliputi dengan cinta. Cinta yang utama ysng selayaknya dari Allah SWT semata. Cinta yang akan membesarkan jiwa kita. Yang akan membuat peribadi menjadi lebih baik dari sebelumnya. Terus melangkah ke hadapan. Dan terus tersenyum.
Sungguh, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka. Barangsiapa yang redho, maka ia yang akan meraih redho Allah. Barangsiapa siapa yang tidak suka, maka Allah pun akan murka. (HR. Ibnu Majah)
#30hariinpirasiramadhan #catatankembaraseorangdaie #projek
MEI Harapan dan Doa:
1) Lagi-lagi soal cinta insan. Ya, cinta itu fitrah bagi manusia. Apa soalan yang kau berikan itu, aku mampu menjawab atas dasar perkongsian penggalaman orang lain serta bahan bacaanku. Mungkin kau kena bertanya orang yang selayaknya tuk berbicara. Dan ia bukan aku. .
2) Aku sentiasa ada. Tetapi kau tidak cuba mencari aku. Yang pasti kerna kau tidak ingin bersamaku. .
3) Dan aku tertanya-tanya. Adakah kehadiranku ini memang tiada erti bagimu? .
4) Moga kelak akan ada cinta buatku, daripada insan yang mencintai ALLAH, sebagaimana cintaku terhadapNYA. .
5) Apa pun gelaran kamu itu. Sebagai seorang pewaris kepada kerja nabi. Jadikan contoh teladan dan ikutan bagi orang yang jahil macam aku ini. Jangan menjadi fitnah kepada orang lain. .
6) Dan jangan pernah mempermainkan perasaan orang lain. .
7) Hanya peringatan tuk diriku yang sering alpa. Jangan jadi munafik. Perkara ini paling aku takuti. Dari jahiliah menuju Tuhan. Dan akhirnya bila berputus asa kembali ke zaman jahiliah. Alasan yang tidak boleh aku terima. Bila mana kau berbicara "iman aku lemah", dan "sebenarnya aku belum bersedia untuk berubah". .
8) Jika kau tahu iman kau lemah. Kenapa kau tak cari jalan untuk terus menjaga iman kau itu. Kau kata kau belum bersedia. Kenapa kau boleh bertahan bertahun-tahun dalam penghijrahan kau? .
9) Berdampinglah dengan orang-ii yang soleh. Bersahabatlah dengan sahabat yang sentiasa mengingatkan kau tentang Tuhan. Dan jangan pula kau terpengaruh rakan yang cuba merosakkan kau. Terus berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan dalam penghijrahan yang kau buat. .
10) Kamu yang di sana. Ya, yang membaca tulisan ini. Jangan terlalu melatah jikalau ada isu-ii yang viral. Jangan terlalu cepat menghukum dan menghina. Cuba bertabayyun dulu bro sis. (Al Hujurat:6)
#catatankembaraseorangdaie #mei #draft
MARCH Harapan dan Doa:
1)Apakah kasih sayang itu makin pudar dek kerana kebencian, kemarahan, kekecewaan atau dendam?. Jangan kerana itu semua membawa kita jauh daripada rahmat Tuhan.
2) Allah takkan pernah tersilap dalam memberikan kita ujian sebab Dia tahu kita sebenarnya mampu menghadapinya. Cuma kita tersilap mengatakan bahawa "Allah tidak sayang aku, lalu memerikan ujian yang berat kepadaku".
3) Allah tahu kamu letih. Dia tahu yang kamu sedang mencuba. Dan Dia juga tahu ianya memang susah bagi kamu. Tetapi Allah itu lebih mengetahui lebih daripada itu. Allah tidak akan meletakkan kamu di tempat yang kamu tidak mampu. Terus bersabar pasti ada kejayaan.
4) Andai kata aku mati, apa yang orang akan ingat tentang aku? Ingat akan kebaikan atau ingat keburukanku. Sekadar muhasabah untuk diri yang sering alpa dan lalai.
5) Semua orang pasti pernah berasa sakit. Tipulah jika dia tidak pernah merasa sakit. Tahukah engkau sakit itu telah mengajarkan akan aku tentang terus tersenyum menyambut setiap ujian dariNya (Yang Maha Penyanyang) dengan penuh ketenangan. Alhamdulillah masih mampu tersenyum dan masih mampu bergurau walaupun dari segenap hati tiada seorang pun yang tahu apa yang dialami.
6) Ketika aku takut kehilangan, rupanya aku terlupa bahawa tiada satu pun milik aku. Semua yang aku miliki hanyalah pinjaman daripada Tuhan yang bernama al-Malik.
7) Kesilapan. Sedangkan kita lupa, mereka juga manusia, yang tak lari jauh dari berbuat kesilapan. Human are still human. They make mistakes. Jangan hina dan jangan mencaci. Bimbinglah mereka kembali menuju syurga. Jangan tinggal mereka keseorangan. Nasihatlah dengan penuh hikmah. Kamu tahu, aku juga ada dosa aku sendiri.
8)Banyak manusia berbicarakan soal "patah hati". Pesanku buat dirimu. Jika kamu tidak siap dengan "patah hati", jangan biarkan hatimu merasakan cinta seorang insan. Cintalah yang mencipta cinta tersebut sebelum mencari yang lain.
9) Kuatkanlah wahai diri ini untuk terus belajar, mengajar, membaca serta menghafal Al-Quran. Aku tahu usia begini agak sukar untuk menghafal. Dengan suasana sekeliling penuh mencabar. Moga aku dapat istiqhomah. In sha Allah.
10) Jika ianya mengambil masa yang lama untuk kamu mencapai atau mendapat apa yang kamu mahukan. That's okay. Jangan bandingkan diri kamu dengan diri orang lain apa yang mereka lakukan. Yang pasti perkara itu akan berlaku pada waktu yang tepat. Hanya perlu bersabar. In sha Allah kamu juga akan mendapatnya.
P/s: Picture: Gunung Baling. Sehari sebelom kejadian kebakaran besar.