Senyuman sejam lepas pasang metal band. Waktu malam x senyum dah. KESAKITAN

No title available
Keni
Claire Keane
RMH

祝日 / Permanent Vacation
Sade Olutola

#extradirty
will byers stan first human second
No title available
Three Goblin Art

pixel skylines
Cosmic Funnies
sheepfilms
dirt enthusiast
Lint Roller? I Barely Know Her
NASA
Alisa U Zemlji Chuda
Game of Thrones Daily
Mike Driver
YOU ARE THE REASON
seen from United Kingdom
seen from Netherlands

seen from Malaysia

seen from Germany
seen from Iraq

seen from United States

seen from Germany
seen from United States

seen from United States
seen from Netherlands

seen from Australia
seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from Lithuania
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
@luggageoren
Senyuman sejam lepas pasang metal band. Waktu malam x senyum dah. KESAKITAN
Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Bulan Ke-4)
26 Julai 2016 Selasa Hai..Assalamualaikum semua. Kali ni agak lewat sikit update sebab gigi super duper sakit. 1. Apa yang dibuat untuk appointment kali ni? - pasang bracket yang tak ada. - pasang metal band bahagian gigi geraham bawah. - pasang getah separator (warna biru) kat gigi geraham atas. - tukar ligature. 2. Level kesakitan bila dah pakai metal band? Level 5 !! Teramat sakit ! Gosok gigi pon sakit apatah lagi mengunyah. 3. Sakit tak masa pasang metal band? Tak berapa sakit. Sebab gigi dah ada ruang sikit selepas dibuka getah separator. 4. Apa yang Musz rasa masa pakai metal band? Dr ada letak gam warna putih2 biru pada gigi geraham. Rasa kelat2 sikit. Dah gosok gigi pon warna biru2 pada geraham masih tak hilang. 5. Pernah tak tertelan getah separator. Pernah. Hari tu makan daging kambing, lepas makan baru sedar getah separator dah tak ada. Dah selamat dalam tummy2 :D Ok itu sahaja. Tak larat nak taip panjang2 lagi. Gigi teramat sakit. Next appointment: 25 Ogos 2016 Khamis
Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Bulan ke-3)
24 Jun 2016 (Jumaat) Assalamualaikum semua. Maaf lambat update sebab sakit gigi baru2 ni. Banyak sangat darah yang keluar masa cabut gigi geraham atas, sampaikan kena berhenti ludah banyak kali masa naik motor dari Klinik Pergigian Azman ke Rengit. 1. Getah kaler2 tu diganti tak bulan ni? Jawapannya tak djganti. 2. Gigi mana yang dicabut kali ni? Jawapannya gigi geraham kecil bahagian atas yang dicabut. 3. Berapa batang yang dicabut? 2 batang gigi geraham kecil (sebelah gigi taring). 4. Batal tak puasa jika cabut gigi? Jawapannya tak batal. Darah memang banyak keluar & meleleh2 macam drakula tapi ludahlah ye darah tu. 5. Apa lagi yang dipasang kali ni? Doktor pasang separator warna biru kat gigi geraham. Gigi kedua hujung. Kanan dan kiri. 6. Sakit tak pakai separator? SAKIT. Lebih sakit pasang separator berbandkng kesan cabut gigi. Gigi geraham yang terasa sangat sakitnya. Almost 3 days dan masih sakit lagi. 7. Boleh mengunyah tak apabila gigi geraham dipasang separator? Susah sikit. Jadi musz kemam & telan je. Ok, itu sahaja. Kita sambung lagi di lain masa. Next appointment : 26 Julai 2016 (Selasa)
Braces @ Pendakap Gigi @ Gigi Besi (Bulan Ke-2)
26 Mei 2016 (Khamis) Bulan ni musz kena pasang braces bahagian atas & cabut 2 batang gigi. 1. Gigi bahagian mana yang dicabut? Gigi geraham kecil (sebelah gigi taring) 2. Berapa bayaran bulanan? RM107. Bayaran tetap tiap bulan. 3. Sakit tak cabut gigi? Masa cabut gigi kekal tak sakit sebab dah bius. Tapi bila bius habis, perggghh sakitnya nauzubillah sampaikan musz mintak MC. 4. Berlaku pendarahan tak kat bahagian soket (lubang kat gusi yang giginya dah dicabut) Yupp. Still bleeding lagi2 apabila kita usik bahagian soket tu. 5. Level kesakitan untuk bulan ke2 ni. Antara 1 hingga 5, musz bagi level 4. 6. Apa yang boleh & tak boleh dimakan selepas cabut gigi kekal? - makan makanan & minuman yang sejuk. Contoh: ais krim, air berais - elakkan makanan & minuman yang panas. Contoh: sup panas 7. Sakit tak pasang braces atas? Pasang tak sakit. After 4 jam mula la rasa tak selesa. 8. Berapa kali dibius untuk cabut gigi? Musz dibius 4 tempat untuk cabut 2 batang gigi. - gusi bahagian luar gigi geraham kecil kanan. - gusi bahagian luar gigi geraham kecil kiri. - gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kanan. - gusi bahagian dalam gigi geraham kecil kiri. 9. Berapa lama rasa kebas? - almost 4-6 jam kebas termasuk bahagian lidah rasa kebasnya. 10. Kesan selepas pasang braces bahagian atas? - susah sikit nak tutup mulut & pelat beberapa huruf. - pertuturan kurang jelas. - bila bercakap, saliva rasa macam nak terkeluar je. - susah nak sebut perkataan yang ada huruf O, U. Ok itu sahaja setakat ni. Next appointment: 24 Jun 2016.
#bigboss #annoying
Braces @ pendakap gigi @ gigi besi
BRACES @ PENDAKAP GIGI Assalamualaikum. Hari ni 27 April 2016 (Rabu) merupakan hari pertama kika pasang braces. Buat di Klinik Pergigian Azman, Batu Pahat. Servis memang terbaik. Dr dan kakak2 kat situ memang peramah :) 1. Appointment pertama terus pasang braces atas bawah ke? Dr hanya pasang bahagian bawah je dulu untuk biasakan pemakaian braces. Next month, barulah akan pasang bahagian atas & cabut dua batang gigi. 2. Berapa batang gigi kena cabut? Total gigi yang kena cabut nanti: 4 batang 3. Bayaran atau kos untuk pasang braces? Deposit atau installment : RM1000 Bayaran bulanan: RM107 Jangkaan masa pemakaian braces: 42 bulan Jumlah bayaran: RM5494.00 4. Lama ke nak pasang braces? Sekejap je. Tak sampai 1 jam. Menunggu je yang lama..hehhe 5. Apa yang kika dapat masa 1st appointment? Untuk 1st appointment ni, kika dapat 1 berus gigi khas untuk braces, wax & pil tahan sakit. 6. Bila nak pakai wax? Tadi sebab banyak sangat cakap, dah mula rasa sakit tercucuk dawai braces, so kika pon letak wax sikit. 7. Apa yang tak boleh makan untuk awal-awal pemakaian braces? - makanan dan minuman yang masam - daging & ayam - makanan yang liat dan keras - air gas 8. Apa yang boleh dimakan? - makanan yang lembut (cth: bubur) - buah (dipotong dahulu, jangan gigit terus)

Bagi mereka yang sedang berjuang
Yoo nyaw nyaw.. dah nak rabak bakul baju aku tu. Boleh pulak dia bertapa dalam tu. Nampak mata je -_- #anakangkatKepochi #adik (at Batu Pahat)
T_T Lamanya nak tunggu cuti panjang. MAKKKKKKKK !!! (at Asrama Puteri SMK Tun Aminah)
Hampir tak berdaya nak kemas & siapkan tesis.
ENDOMETRIOSIS Pada 23 September 2015, doktor dari Pakar O&G Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat sahkan aku ada Cyst di bahagian kanan ovari. Ukuran dalam 3 cm. Buat masa ni aku control makan & ambil ubat. Hopefully tak kena operate :(
Blazer lelaki dan wanita untuk temuduga SPP
Pakaian Formal Lelaki dan Wanita untuk temu duga :)
Saiz tanda nama standard temuduga SPP
Name tag cikgu ! :)
Contoh borang senarai semak dokumen temuduga SPP
Persiapan untuk Temuduga SPP. Susunan dokumen original yang perlu diletak dalam Fail Clear Folder & susunan salinan dokumen yang perlu disahkan :)