Banyak yang aku sembunyikan darimu. Rindu, juga cemburu adalah sebagiannya.
(via rantingkecil)

No title available
Stranger Things

Andulka

izzy's playlists!
TVSTRANGERTHINGS
Keni
sheepfilms

Product Placement
AnasAbdin

❣ Chile in a Photography ❣

titsay
hello vonnie

★
Sade Olutola

JVL
🪼
YOU ARE THE REASON
Alisa U Zemlji Chuda

Origami Around

Discoholic 🪩
seen from Pakistan
seen from Malaysia
seen from United States
seen from Iraq
seen from South Africa
seen from India
seen from United States

seen from South Korea

seen from Türkiye

seen from Tunisia

seen from United States

seen from Bahrain

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Kenya

seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from Canada
seen from Italy
@makwepetiais
Banyak yang aku sembunyikan darimu. Rindu, juga cemburu adalah sebagiannya.
(via rantingkecil)
I might not be someone’s first choice, but I am a great choice. I don’t pretend to be someone I’m not, because I’m good at being me. I might not be proud of some of the things I’ve done in the past, but I’m proud of who I am today. I may not be perfect, but I don’t need to be. I am the way God made me. Take me as I am or watch me as I walk away.
Source : http://www.coolnsmart.com/attitude_quotes/
Morning!
Ketika kami sedang diam merenung cawan kopi masing-masing, mata saya terpandang seorang bayi di meja sebelah. Ibu bapanya kelihatan penat, tapi masih ceria. Saya tak perasan bahawa bayi itu sudah lama memandang saya. Kemudian saya pandang wajahnya. Kedipkan mata - sekali. Bayi itu malah membalas. Dia mengedipkan matanya juga sekali. Saya kedip mata dua kali, bayi itu juga berkedip dua kali. Senyum paling ikhlas mulai kembang di bibir. Bayi itu malah ketawa melihat saya. "Are you flirting with me?" Bisik saya ke dia perlahan. Malu kalau-kalau orang tuanya curi dengar. Bayi itu menggapai-gapai tangannya ke saya, minta dikendong. "Alright then. If you really are flirting with me, I'll give you my heart entirely baby." Lelaki dungu yang sedari tadi hanya merenung cawan kopi mula mengangkat muka. Pandangannya terpaling pada bayi lucu di meja sebelah. "Kalau hati kamu semuanya diberikan ke dia, jadi apa yang tinggal buat saya?" Saya capai cawan kopi dan hirup baki isinya perlahan. Kening kanan dijongket sedikit. "Apa saja milik aku yang bisa kamu sentuh adalah punya mu."
Pagi dan wishful thinking
"You forgot to say good morning to me today!" "Oh." "What's wrong?" "Headache." "Saya buatkan kopi?" "Tapi tak nak yang instant. If you know what I mean." "Boleh.. we still have fresh milk in the fridge." "Thanks, love you." "Next time, kalau headache lagi.. I'll make a cup of tea for you. But!" "But...?" "Don't ever forget to wish good morning to me. please."
Skittles
"I love you!" Ucapnya selamba. “Emm.” “Hey! Harini kan valentine's day. Cheer up!” “Jas, three words means nothing kalau kamu tak sertakan dengan wang.” “Walao! Money face lah you!” “Okay then. I love you too.”
Saya hirup kopi instan yang sudah mulai suam. Dia senyum kecil lalu menolak pendrive di atas meja hingga mengena hujung jari telunjuk saya.
"Tolong print kan checklist. Black and white, 2 copies." Ucapnya dengan senyum manis mengembang di bibir.
I love you. Means something. Something else.
Katjie & Piering - Kinanti
Hello
Lupa passwod. Kemudian, rasa macam nak tulis puisi. Biskut terbang. Kopi hitam panas. Ayam goreng spicy Mc'D. Ah, tak ada idea dah brother. Baik diam. Bai. -neesa-
Week 1
Aku tengah buat first move ni. Lepas seminggu hilang camtu jek. Mana aci.
Oi
Rasa macam nak tulis sesuatu Tapi malas Tapi nak Lepastu lupakan niat nak tulis sesuatu Dan berbaring atas katil sambil berangan tentang lelaki nakal Entah apa-apa lah. Babai.
Rasa macam
nak tulis satu cerita pendek. Rasa je lah... Bukan betul-betul nak buat pun.
People with low self-esteem are more likely to sabotage themselves when something good happens to them, because they don’t feel deserving.
(via psych-facts)
Tak konar konar.
Statik
I want you to want me karena aku teramat menginginkan mu bahkan lebih daripada aku menginginkan diriku sendiri
Bukan Kamus Dwi-bahasa
Saya, adalah senaskah kamus yang pernah seseorang cuba belek, tapi tak lama lepas tu saya dibuang ke dalam sungai wine merah di Portugal. Kemudian, saya terkembang menjadi seorang budak perempuan yang terbogel-bogel sambil menunggu seseorang datang untuk kutip dan bawa saya pulang.
Lama saya diam di bawah jambatan Mahogany tu, sampai wajah ceria pun bertukar jadi geram. Mungkin saya tak cukup comel untuk dipandang dan dibawa pulang ke rumah orang-orang yang lalu-lalang di sini.
Jadi saya bangkit dan kutip daun-daun plastik di pinggir sungai, kaitkan perca-perca daun guna tali rafia lusuh. Dengan bakat semulajadi yang ada, akhirnya saya berjaya mengait sehelai baju kurung moden warna hijau berseri.
Saya sarungkan baju, tapi saya tak dapat tengok macam mana rupa saya ketika memakainya. Saya jalan terkedek-kedek sepanjang pinggir sungai yang berbau masam-masam manis tu. Tak ada google maps dalam tangan saya, tak ada GPS dan kompas.
Dari jauh saya boleh nampak kedai roti Meon. Papan tanda kedainya bewarna kuning cair belang putih dengan gambar chef arnab merah jambu seperti sedang menguli tepung dalam loyang besi. Jarak antara kedai roti Meon dengan tempat saya berdiri tak jauh. Jadi, saya teruskan berjalan.
Kling! Kling! bunyi loceng pada pintu keluar-masuk di kedai roti Meon sebaik sahaja daunnya saya kuak dari luar. Saya nampak banyak chef arnab merah jambu sedang sibuk bekerja. Ada yang sedang melayan pelanggan seperti saya, ada juga yang sedang curi-curi makan kuih lapis panas segar daripada perut periuk kukus.
Saya pilih chef arnab yang pakai button dengan grafik tulisan “Ku Mokhsin” pada dada sebelah kirinya. Saya teka nama chef ni Ku Mokhsin agaknya.
"Ahem."
"Ya cik?"
"Saya nak roti tanduk. Kasi 2 eh Ku Mokhsin!"
"Baiklah."
Maka, tepatlah tekaan saya. Lega sekejap. Sementara menunggu roti tanduk saya siap, pemandangan musim luruh di luar tingkap saya tenung dari dalam kedai roti Meon. Jingga, coklat, awan, asfal lembab, cantik sangat dunia ni sebenarnya. Dulu, masa saya masih senaskah kamus dunia saya tak banyak warna. Tanahnya cuma keping-keping paperback yang berbau batang pokok. Sangat redundant.
"Cik.."
"Eh? dah siap bakar ke roti saya?"
"Semua sekali…"
"Haaa..takpe-takpe, keep the change."
Saya hulurkan sehelai not warna emas kepada Ku Mokhsin. Roti tanduk yang masih hangat dalam beg kertas coklat saya jinjing bersama langkah kaki yang tak tahu nak diarah ke mana. Harap-harap dapatlah saya jumpa seorang dua lelaki simpanan sementara saya masih belum puas meratah dunia.
Silencer
Mati dalam keadaan sedang menyelamatkan orang yang masih bernafas, atau hidup dalam keadaan menyelamatkan orang yang telah mati, Kau, tetap celaka.
Black Suit
Betapa aku sedang remuk menahan diri dari menggelar engkau dengan nama yang bukan bukan saat kau senyum perhatikan entah siapa siapa dan bukan aku, sayang.
On constant replay.
Markonah
Dunia ni penuh dengan hal-hal yang celaka. Banyak yang tipu.Fabricated. Hampir 3 tahun lepas Markonah ditimpa kemalangan. Akibatnya,hati dan limpa Markonah cedera parah. Tapi,pakar perubatan dari Eropah berjaya selamatkan perempuan yang kasihan itu. “We lost your heart. But we made a cage for it and the cage will forever be visible,hanging on your chest skin. Don’t be afraid,it is so attractive. People won’t judge you”
Markonah redho. Setiap hari dia akan habiskan paling tidak 3 jam 45 minit di hadapan cermin menggodeh sangkar kosong. Markonah menjadi delusional. Dia sentiasa membayangkan hatinya sedang berada di dalam sangkar dan kelihatan seperti seekor burung wak wak yang sangat jinak. Ia sentiasa bertenggek pada kayu kecil yang tergantung secara melintang dalam sangkar. Sekali sekala hati Markonah bersiul mengikut runut lagu Zaiton Sameon.
Markonah teringatkan pesanan doktor pelatih yang diberikan padanya ketika dia disorong oleh penjaganya keluar hospital.”Don’t ever close the cage. Because the heart will probably come back for you.”
Dah hampir 3 tahun Markonah biarkan pintu sangkar yang tergantung di atas kulit dadanya itu terbuka. “Doktor tipu. Tak ada yang pulang padaku. Bahkan yang pergi makin ramai.” ucapnya sambil mulut ligat kunyah asam kulit limau.