Wanita, Bersuara.
Banyak wanita di luar sana takut untuk bersuara & bertindak. Kenapa ya? Kenapa tak berani bertindak? Tidak berani untuk bersuara? Tidak berani untuk ke hadapan.
Kita sering sinonimkan kaum wanita ini dengan sesuatu yang lemah lembut, sopan, ayu, malu & cantik. Jadi adakah ini sebenarnya menjadi penghalang kepada, "Bersuaralah kamu!"?, dan disebabkan sikap- sikap tersebut, masyarakat selalu bersikap, "Eh cukupla, kau tu perempuan." bukan sahaja drpd kaum lelaki tp kaum wanita itu sendiri.
Terlalu lama pemikiran sebegini dibenakkan dlm diri kita, setiap hari saban tahun.
Paling teruk, bila wanita yg dh berkahwin dan anggap taat itu beerti kau kena diam bilamana suami kau kata itu kata ini, lepas tu kau ikut ja. Tak payah cakap, tak payah tanya. Kesian kan?
Syurga di bawah tapak kaki suami.
Ini ker yang buatkan kaum wanita suka diamkan diri bila ada saja ketidakadilan berlaku dalam rumah tangga? Lauk pauk kau juga yang top up. Tapi bila bab bagi pendapat, satu ayat pun suami tak nak dengar & pertimbangkan.
Wanita,
Kau merajuk, kau tunjuk. Kau tak puas hati, kau cakap terus. Bukan kau pendam lepas tu kau sakit hati sendiri. Aku tau kita sayang. Sayang jangan sampai kita jadi Bodoh. Suami ni kita kena ajar juga. Bukan kurang ajar. Kena kasi tunjuk kat depa kita pun manusia yang ada hati dan perasaan. Kita kena tunjuk kita ni yang berkorban lahirkan zuriat mereka. Baik normal atau dibedah. Pengorbanan tu tetap sama. Bertahun-tahun akan tanggung sakit sebab beranak bersalin tu. Bukan habih ja beranak, sakit pun berenti. TIDAK.
Aku tak ajar wanita jadi kurang ajar pada suami. Itu derhaka. Tapi siapa yang lead kita untuk jadi derhaka juga? Suami.
Sebab tu suami layak jadi pemimpin dalam rumah tangga. Sebab lelaki ni fikiran mereka tertumpu pada satu satu perkara. So mereka boleh buat keputusan dengan tenang. Itu pun kalau mereka boleh jadi suami yang bijak. Buktikan la korang boleh lead dengan ROMANTIS. Bukan dengam SELFISH. Jangan sampai Wanita itu, Kami, bertindak derhaka, atau sakit hati, diam tersakiti.
Semoga suami kita dalam lindungan Allah selalu. Aamiin...












