Ciri Ahli Syurga: *Memiliki Hati seperti Hati Burung* Hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad dan Muslim dalam sahihnya, dari sahabat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, ููุฏูุฎููู ุงููุฌููููุฉู ุฃูููููุงู
ู ุฃูููุฆูุฏูุชูููู
ู ู
ูุซููู ุฃูููุฆูุฏูุฉู ุงูุทููููุฑู Akan ada sekelompok orang yang masuk syurga, hati mereka seperti hatinya burung. (HR. Ahmad 8382 & Muslim 7341). Apa yang dimaksudkan manusia berhati seperti hati burung? Dalam kitab Syarah Sahih Muslim (17/177), An-Nawawi menyebutkan, ada 3 pendapat ulama dalam memberi maksud orang yang hatinya seperti hati burung, [1] Orang yang hatinya lembut seperti burung. Sebagaimana pujian yang diberikan Nabi SAW kepada penduduk Yaman. Baginda mengatakan, ุฃูุชูุงููู
ู ุฃููููู ุงููููู
ููู ุ ุฃูุถูุนููู ูููููุจูุง ููุฃูุฑูููู ุฃูููุฆูุฏูุฉู ุ ุงูููููููู ููู
ูุงูู ุ ููุงููุญูููู
ูุฉู ููู
ูุงููููุฉู Ada penduduk Yaman yang datang di kalangan kamu. Mereka manusia yang paling lembut hatinya. kefahaman agama banyak di Yaman, dan hikmah banyak di Yaman. (HR. Bukahri 4390 & Muslim 193). [2] Orang yang hatinya mudah takut kepada Allah seperti burung. Sehingga dia menjadi manusia yang mudah kembali kepada kebenaran, bukan anti-nasihat. Merekalah yang dipuji Allah dalam al-Quran, dan Allah mengelar sebagai ulama. Alllah swt berfirman, ุฅููููู
ูุง ููุฎูุดูู ุงูููููู ู
ููู ุนูุจูุงุฏููู ุงููุนูููู
ูุงุกู โYang takut kepada Allah di antara para hamba-Nya adalah ulama.โ (QS. Fathir: 28) [3] Orang yang hatinya sangat bergantung dan tawakkal kepada Allah seperti burung. Kerana itu, Rasulullah SAW pernah menjadikan burung sebagai lambang tawakkal. Nabi SAW bersabda, ูููู ุฃููููููู
ู ุชูุชููููููููููู ุนูููู ุงูููู ุญูููู ุชููููููููููุ ููุฑูุฒูููููู
ู ููู
ูุง ููุฑูุฒููู ุงูุทููููุฑูุ ุชูุบูุฏูู ุฎูู
ูุงุตูุง ููุชูุฑููุญู ุจูุทูุงููุง Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana burung diberi rezeki. Ia berangkat dalam keadaan perut kosong, dan pulang dalam keadaan perut kenyang. (HR. Ahmad 205 dan Tirmizi 2344 disahihkan Syuaib al-Arnauth) Merekalah manusia pilihan, hatinya lembut, mudah kembali kepada kebenaran, mudah menerima ilmu, mudah takut kepada Allah SWT. Allahu a'lam. (at Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam)