Terima kasih pada yang sudi singgah booth kami minggu lepas. Pembelian dan sokongan anda amat bermakna bagi perjuangan kami. Kepada yang berjaya tawar-menawar harga, tahniah kami ucapkan. Bagi yang gagal tawar-menawar, mungkin belum rezeki anda untuk memiliki karya kami. Teluk Cempedak akan terus tersemat di dalam kalbu sebagai penanda aras, bahawa event outdoor di negeri orang boleh berjaya dan sangat happening. Port yang champion terhidang segala jenis makanan dan sambil membeli belah ditampar angin pantai. Penyertaan kami ke acara ini, adalah satu pembuktian kesungguhan kami ingin terus berada dalam industri ini. Tiada syak lagi, kami memang enjoy join event dan menjadi sebahagian daripada keluarga lokalah. Segala kekurangan penganjur, kami maafkan, tak simpan dalam hati, harapnya maafkan atas kekurangan kami jua. Kami SERIOUS dalam perihal lokalah. Kami masuk nak berkawan, berniaga dan belajar tapi bukan nak sekolah. Kepada sahabat di luar sana, terima kasih kerana serious menyokong dan membeli. Yang sangsi, yang nak main-main add dalam wechat, sembang sampah dalam whatsapp, spam web order, anda boleh jimatkan masa anda dengan main flappy bird. Selamat malam. #madefake #lokalah #kotabharu #tempatanfest #EastCoastBandits #sepkitojangepecoh