Destinasi ke 2 Pulau Redang
Perjalanan kami sekeluarga tidak berhenti setakat di Pulau Perhentian sahaja, kami meneruskan destinasi percutian kami ke Pulau Redang pula.
Apa yang menarik di Pulau Redang
Unik, memang unik kerana Pulau Kapas terkenal dengan pantainya yang menghijau dan dilengkapi dengan pelbagai keunikan yang tidak kalah Pulau Perhentian. Walaupun penat, kami tuju juga Pulau Redang dengan harapan yang percutian ini akan memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada kami semua sekeluarga.
Salah satu cara untuk akses ke Pulau Redang di Kuala Terengganu adalah dengan melalui Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Anda boleh parking kereta dahulu sementara menunggu feri untuk tiba.
Feri biasanya mengambil masa sehingga 2jam 30 minit atau lebih jika tiada apa-apa yang berlaku. Setelah menempuh perjalanan menaiki feri, anda dapatlah tiba di destinasi yang ingin dituju.
sumber : http://asukavi.com/terengganu/pulau-redang-resort-dan-chalet/
banyak aktiviti menarik yang kita dapat lakukan di sana seperti snowkerling, scuba diving dan melihat taman laut. Cantik sungguh pemandangan di taman laut tersebut dan ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan merupakan satu pengalaman yang berharga buat kami semua.
Mandi manda di pantai juga tidak kurang menarik dan seronok. Terutama jika bawa anak-anak. Awas, jangan mandi ketika laut sedang bergelora, kalau laut bergelora tu, mandi di swimming pool la jawabnya.
Sekiah sahaja update dari kami, harap bermanfaat.