Dalam buku Being A Quran Tag Girl by @ayeshasyahira, ada satu topik yang saya sangat suka dan rasa amat penting untuk dikongsikan. Iaitu tajuk: Ways to Stay Istiqamah atau Tips untuk istiqamah (dalam melazimi Alquran). Saya senaraikan secara ringkas di sini. Moga bermanfaat & saya rekemen anda beli & baca & amalkan. 😊🌷 . . 1) PERBAHARUI NIAT. Kalau rasa down, remind semula diri kita apa sebenarnya niat kita dari usaha kita mendekatkan diri dengan Alquran . . 2) DOA ATAU CERITA KEPADA ALLAH. Guna bahasa sendiri serta ayat sendiri pun boleh. Contohnya; "Ya Allah, jadikanlah diri aku ini rajin membaca AlQuran, berilah aku keberkatan masa untuk membaca ayat-ayatMu Ya Rabb...". Apa saja doa juga boleh, asalkan kita tulus dalam berdoa & merayu kepadaNya . . 3) JALAN TERUS. Ada masanya, kita gagal ikut apa yang kita sudah rancang sehingga sendiri rasa demotivated. Contohnya kita plan untuk mengaji sehari 5 kali, tetapi kita gagal ikut plan, kemudian kita mula down + rasa bersalah. It's okay! Jalan terus, sambung di mana kita berhenti & jangan biarkan Syaitan buat kita hanyut dalam rasa kecewa untuk beribadah . . 4) DAKAP ALQURAN KITA. Antara cara sahabat sis Ayesha lakukan apabila dia mula rasa jauh dari Alquran; dia akan dakap Alqurannya, kemudian seolah beritahu Alquran: "Kita mesti jadi kawan baik sampai Syurga. Kalau saya mati, jangan lupa bagitahu Allah yang saya rajin baca kamu..." Part yang ini betul-betul menyentuh hati 😢 . . 5) CARI KAWAN/GENG. Ada orang buat group mengaji, group baca juzuk tertentu pada sekian-sekian waktu. Ia membantu jika kita ada matlamat yang sama dengan ahli group . . 6) WUJUDKAN JANNAH BOARD. Pada board tersebut, tulis apa yang kita nak dalam syurga nanti, atau letak gambar perkara yang kita nak minta dari Allah di syurga nanti. Sambil lihat Jannah board, berdoalah supaya Allah sampaikan kita pada Jannah. Jannah itu tempat manusia yang Allah cinta, maka seharusnya kita minta ditempatkan di situ . . Ada 10 tips, InshaAllah nanti saya sambung samada di ig post/ ig story . . #sajidahShares #sajidahSharesAboutQuran #alquran #quranTagGirl #sajidaAndBooks (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/BxPNzminR4O/?igshid=10s8zlzui67x