Nak berubah itu perlukan masa.
Kita semua bukan lahir lahir terus jadi alim, jadi baik, pakaian tutup aurat, solat 5 waktu dan sebagainya.
Kita semua punya usaha, usaha yg berlainan dlm melakukan perubahan utk diri sendiri dan kehidupan.
Sesuatu organisasi keluarga itu perlunya tarbiyyah dalam membentuk peribadi yg cinta Allah, cinta Rasul dan mengamalkan syariat islam sebetulnya.
Jadi jika Allah dah beri peluang utk berubah, sila jangan perkecilkan peluang itu. Sebab peluang itu mungkin tidak akan dtg lagi. Jika peluang itu dtg pun akan mengambil masa yg lama yg mana belum pasti kita masih panjang umur ketika itu.
Bukan senang nak kikis karat jahiliyyah yg dh lama dlm diri kita. Tetap lah istiqomah dijalannya, insyaAllah kalau niat kita mmg utk berubah, nak dekatkan diri pada Allah, Allah akan mudahkan.
Dan pasti, ujian itu akan hadir. Tak beriman lah kalau tak diuji kan?