Ada satu detik dalam hidup,bila suara tak lagi jadi senjata,diam pula jadi perlindungan.Aku belajar sesuatu yang pelik tapi benar, manusia paling bising selalunya paling kosong,yang paling senyap selalunya paling penuh.
Aku bukan berubah jadi pendiam tanpa sebab,aku cuma dah terlalu banyak melihat.Penat menelan janji yang tak dikota,penat menjadi tempat orang meluah tanpa pernah didengar balik,penat jadi kuat untuk semua orang sampai tak ada ruang untuk runtuh sendiri.
Sekarang aku cuma memerhati.Aku tengok siapa yang datang hanya bila dunia mereka gelap,siapa yang hilang bila aku yang perlukan cahaya.
Aku tengok siapa yang senyum depan,tapi menjatuhkan aku bila tiada saksi.Aku tengok siapa yang doa aku jatuh,supaya mereka rasa tinggi.
Dan aku diam. Bukan sebab tak tahu, bukan sebab takut, bukan sebab tak peduli.Tapi sebab aku dah belajar tidak semua kebenaran perlu dibuktikan.
Sesetengah kebenaran terbongkar sendiri.Aku belajar hidup tanpa bising,tanpa canang setiap langkah,tanpa menjual luka untuk simpati,tanpa berkongsi jiwa pada mata yang tak layak.
Hidup private itu pelik, ia sunyi tapi selamat,sepi tapi jujur,gelap tapi tenang.Kadang aku rasa aku seperti bayangan di hujung lorong…orang perasan aku,tapi tak benar-benar kenal.
Dan itu…itu terasa damai.Tak semua benda perlu dijelaskan, tak semua perasaan perlu diungkap.Ada benda lebih suci bila disimpan dalam dada dan hanya Allah yang tahu.
Kerana akhirnya,diam juga satu bahasa.Bahasa yang hanya difahami oleh orang yang pernah letak hati di tempat yang salah, orang yang pernah terluka terlalu awal,orang yang belajar melihat dunia melalui mata yang matang bukan melalui mulut yang sibuk mencari perhatian.
Sekarang aku lebih selesa hidup begini…tenang, memerhati, akan bergerak bila perlu.Selebihnya… biar Allah yang tentukan jalan. Sebab aku dah penat paksa Allah….