Dari Tingkat 44...
19.10.2018
Terlanjur menghadiri mesyuarat di kawasan pejabat sekitar KLCC…
Sudah suratan pula berdekatan dengan lokasi projek anak Wak Roji…
Lokasi seorang SUAMI memenuhi tanggungjawab dan amanahnya mencari nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran, perhatian...
Dari tingkat empat puluh empat… Akal berselirat urat ke belikat sarat…
Levitasi… Terpisah dari bumi… Terapung di awang-awangan… Bersama rasa keasyikan… Rasakan levitasi.
Roda masa pun lantas berputar ke masa lalu—sewaktu diri ini masih dibawah tanggungjawab seorang ABAH…
Suatu masa dahulu… Pernahkah kita ambil tahu… Bagaimana susahnya ABAH kita memerah keringat untuk mencari nafkah? Nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran, perhatian...
Waktu itu kita masih tidak faham… Urat akal fikiran masih belum dalam menghunjam… Kita hanya tahu meminta dan terus meminta… Namun, permintaan kita tidak pernah ABAH kecewakan…
Bukan mudah seorang ABAH untuk melepaskan tanggungjawab menjaga kebajikan anak perempuannya ke tangan yang menerima tanggungjawab baru…
Kini, sungguh cepat masa berjalan… Kini, tanggungjawab seorang ABAH sudah berpindah tangan…
Hadir dan rasakan… Bagaimana susahnya SUAMI menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan… Menggalas tanggungjawab mencari nafkah makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran, perhatian...
Perikan penatmu… Kisahkan jerihmu… Aku mahu tahu.
Kepada insan yang dilahirkan sebagai lelaki… ABAH dan SUAMI… Terima kasih kerana berada di sisi… Hingga kini.








