Pagi ini saya mendengar sahabat saya, bahawa gurunya dijangkiti penyakit Covid-19. beliau dikelilingi dengan mereka yang anti-vaksin. Sejauh mana mereka percaya bahawa Covid-19 adalah sandiwara New World Order (NWO) dan bermacam-macam lagi.
Tidak ramai yang setuju penggunaan vaksin berhujah di situ. Mungkin mereka malas nak bertelagah dengan golongan begini sebab bagi mereka membuang masa. Membuang masa bermaksud golongan antivaksin ini akan tetap mencari fakta yang memihak kepada mereka untuk dibahaskan
Selebihnya menolak mana-mana fakta yang menolak pandangan mereka dan mengajak semula orang itu melihat fakta mereka.
Kasihan sebab mereka tidak langsung menilai situasi keadaan semasa sekarang dimana kesemuanya menjadi lebih mudah berbanding dengan dahulu. pada hari ini, pengangkutan menjadi sangat mudah dengan adanya pengangkutan udara yang pantas, pengangkutan darat yang sangat selesa dan juga pengangkutan air yang mewah.
Kesemuanya ini datang kerana bercambahnya ilmu pemikiran manusia yang semakin kreatif. itu tidak salah, kita menggunakan teknologi ini untuk kemudahan kita dan dapat lebih mendekatkan kita kepada Allah swt. disamping kita kene berfikir manfaat teknologi ini untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah.
Oleh itu, kita mencari ilmu haruslah meluas, ilmu perubatan, ilmu sains, ilmu agama, ilmu teknologi. Supaya kita tidak tertipu dengan sebelah pihak sahaja. Jika kita tidak berada dalam satu bidang tersebut, buka minda untuk mendengar perjelasan dari mereka yang mahir dalam bidang tersebut.
itu je la....













