Synopsis: Kahwin dengan pilot handsome? Oh, Itu mungkin harapan gadis cantik yang lain tetapi bukan impian Nadyne Umairah! Kerana Dayyan Putra adalah pilihan mama, mahu tak mahu Umairah akur. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang Umairah tidak tahu tentang Dayyan. Lelaki itu, tanpa segan silu mengajak dirinya membuat dosa menyebabkan Nadyne Umairah membenci Dayyan. Umairah bertekad, biarpun terpaksa melukakan hati mama, dia tidak akan sekali-kali mengahwini Dayyan.
“Terima kasih atas semua kebaikan papa pada keluarga Nadyne. Nadyne pilih untuk tidak mahu teruskan majlis ni. Nadyne anggap diri Nadyne tak berjodoh dengan Dayyan,” - Nadyne Umairah
Sebuah nama, yang tidak pernah padam dari hatinya muncul di depan mata setelah lapan tahun berlalu. Faeeq kembali demi mengotakan janjinya untuk memperisterikan Nadyne Umairah. Namun, takdir telah menyatukan ketiga-tiga mereka di dalam penerbangan ke Osaka. Faeeq ingin mendekati Umairah, Umairah ingin melarikan diri dari Dayyan tetapi Dayyan berjaya mengatasi rintangan, lalu berjaya menjadikan Nadyne Umairah sebagai isterinya yang sah.
“I lagi jijik kalau you tak mahu jadi isteri I. Tapi I tahu, you cukup bijak untuk buat keputusan yang tepat. Actually, you sendiri yang setuju untuk jadi isteri I. I tak paksa you pun.” - Dayyan Putra
“Tak sangka begitu kecilnya dunia! Sejauh-jauh tempat aku cari kau, di bawah bumbung KLIA ni juga kita dipertemukan. Hati ini tak sabar-sabar nak bertanya, apakah aku masih punya ruang untuk berkongsi bahagia dengan kau?” – Muhammad Faeeq
Wujudkah cinta buat Dayyan sedangkan Umairah tidak pernah mencintai lelaki itu? Bagaimana pula dengan kisah cinta yang tidak pernah bermula dan tidak pernah berakhir antara dirinya dan Faeeq? Kisah cinta ini milik siapa sebenarnya?
Salam ramadan everyone. ☘️
how's ramadan so far ? wishing everyone a blessful month and may your ramadan month be filled with much love and blessing. in shaa allah, amin. 🙏🏼
alhamdulilah , i've come to a point where i found peace within myself. everyday is a healing process and alhamdulilah i've slowly accepted my fate. I've learned to let go of the things that used to bother me and those who held me back. i am now enjoying living in my present and accepting new people in my life. no more isolation. no more overthinking. no more dwelling on my past mistakes. because i know that there's more to life than pleasing others and that god plans are always better than mine. ✨
also recently i realise just how much i find peace in reading. it gives me calmness i've long crave. and of cause i would love to share with you the book that i've just completed. Currently obsess with malay novels. so here's , "OSAKA WITH LOVE" by Mastura Abdullah. oh how much i love and enjoy reading it. I've share the synopsis above. i hope you enjoy the novel as much as i enjoy it.
till next time. thank you for reading, xx!