
seen from United States

seen from Malaysia

seen from United States

seen from Malaysia
seen from Italy

seen from Malaysia

seen from Hungary

seen from Australia
seen from Germany

seen from Brazil
seen from China

seen from United States
seen from United States
seen from Netherlands

seen from United States

seen from Angola

seen from Malaysia
seen from United States
seen from United States

seen from United States
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/13/10000-disasar-sertai-perhimpunan-may-day-sabah/
10,000 disasar sertai perhimpunan 'May Day' Sabah
KOTA KINABALU, 13 April:
BERSIH Sabah mensasarkan 10,000 peserta mengambil bahagian dalam perhimpunan aman ‘May Day’ yang dijadualkan pada 1 Mei akan datang.
Perhimpunan itu bagi menggesa kerajaan menyelesaikan isu mengenai jumlah pendatang asing tanpa izin yang terlalu ramai, apatah lagi mereka yang diserap sebagai warga negara di Sabah.
Setakat ini, sekurang-kurangnya, 35 organisasi masyarakat umum (CSO) di Sabah telah mengesahkan dan berikrar akan menyokong dan menggerakkan anggota dan rangkaian mereka untuk mencapai jumlah peserta perhimpunan itu.
Jurucakap penganjur, Jannie Lasimbang memberi jaminan bahawa perhimpunan itu akan diadakan secara aman seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada masa ini, penganjur mencadangkan untuk menjadikan Padang Merdeka sebagai lokasi perhimpunan selama dua jam yang bermula pada jam 3 petang.
“Objektif kami adalah untuk mengingatkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya mempercepatkan tindakan mereka meyelesaikan isu berkaitan pendatang asing tanpa izin di negeri ini.
“Kami telah menyerahkan cadangan kepada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pekerja Asing dan mengharapkan supaya suara kami didengari,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.
Antara cadangan BERSIH Sabah yang lain adalah untuk memperkenalkan kad pengenalan Sabah untuk warga Sabah dan mereka yang tinggal di Sabah secara sah.
“Maka kami mengharap kewarganegaraan yang diberikan kepada pendatang asing tanpa izin oleh kerajaan persekutuan atau agen mereka, perlu dimansuhkan,” kata Jannie.
Mereka turut menggesa kerajaan membersihkan senarai pengundi berdaftar dengan memadamkan nama mereka yang mendapat kewarganegaraan melalui jalan yang salah.
BERSIH Sabah turut menggesa supaya pindaan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 bagi membenarkan senarai pengundi yang digazetkan dipadamkan atas dasar yang kuat seperti mendapat kewarganegaraan dengan cara haram.
“Proses membersihkan senarai perlu dijalankan oleh badan bebas, mempunyai Akreditasi dan berpengalaman dan bukannya Suruhanjaya Pilihanraya,” kata Jannie dan menambah bahawa ia adalah sebahagian daripada tindakan yang perlu untuk menyelesaikan status pendatang asing tanpa izin yang menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ sementara mereka.
Mereka turut berharap bahawa nota prosiding ketika pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah dibuka kepada umum.
Jannie menambah walaupun mereka belum l;agi menerima ‘lampu hijau’ daripada polis atau Dwan Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi katanya: “Kami akan menurut setiap syarat yang diperlukan utnuk memastikan program berjalan lancar. Lagipun, mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, permit untuk mengadakan perhimpunan aman, tidak diperlukan.
“Kami berharap pihak berkuasa tidak akan mengenakan apa-apa sekatan untuk perhimpunan aman.”