Ingat pesan orang tua-tua...pesan dari mak-mak dan bapak-bapak dari segi perancangan kewangan untuk generasi pewaris.
1. Buka 2 akaun tabungan untuk bayi (atas nama ibu) semenjak bayi masih dalam kandungan -- Akaun simpanan semasa (Saving Account/ASB/Tabung Haji) & Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit, FD). =D
2. Secara istiqamah, asingkan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan bersih bulanan untuk akaun simpanan semasa (Saving Account/ASB/Tabung Haji) bayi. =D
3. Masukkan sejumlah besar wang simpanan dalam Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit, FD) bayi dan tunggu tempoh matang. (Ibaratkan macam duit dalam akan FD ni tak wujud, jangan dikenang-kenang!). =D
4. Setelah bayi lahir, segala hadiah berbentuk wang tunai (e.g. baby shower, doa selamat, angpaw hari raya, angpaw aqiqah) yang dikongsikan oleh tok nenek, saudara-mara, rakan taulan, khusus untuk bayi sila masukkan dalam akaun tabungan bayi (JANGAN PULA MAK BAPAKNYA AMBIL!). =D
5. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid dan daftar akaun Tabung Haji dan daftar haji sekali. Transfer wang yang telah dikumpulkan sewaktu bayi masih dalam kandungan tersebut ke dalam akaun baru. =D
6. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid dan daftar akaun ADAM50 . Transfer wang yang telah dikumpulkan sewaktu bayi masih dalam kandungan tersebut ke dalam akaun baru. =D
7. Setelah bayi lahir, bawalah MyKid anak dan wujudkan pelan perlindungan takaful untuk bayi seawal umur 30 hari. =D
8. Pelan perlindungan takaful boleh terdiri daripada dua polisi - Polisi pelan tabung pendidikan dan polisi kad perubatan 'medical card'. =D
9. Bagi yang lebih berkemampuan, beli lah hartanah semenjak umur bayi masih kecil dan tunggu sehingga bayi berumur 18 tahun, boleh jual semula hartanah tersebut dan buat modal tabung pendidikan. Tak perlu lah nak bergantung kepada PTPTN untuk belajar. Nak hantar anak ke obersea pun boleh kalau beli hartanah seawal mungkin untuk pelaburan pendidikan bayi pada masa hadapan.
=D