New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/30/jenaka-badruddin-zahid-ceriakan-perwakilan/
Jenaka Badruddin-Zahid ceriakan perwakilan
KUALA LUMPUR, 30 November:
Dalam membincangkan isu peremajaan parti sepanjang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjaya mencuri hati para perwakilan dengan mengkiaskan beberapa perkara menerusi lawak jenaka.
Antaranya beliau menggunakan metafora waktu solat bagi membezakan usia pemimpin UMNO termasuk Pengerusi Tetap, Tan Sri Badaruddin Amiruddin.
“Umur tidak penting, umur hanya angka.
“Kalau puteri, baru lepas subuh, pemuda umur Zuhur, Ketua Bahagian ada Asar ada Maghrib, Ahli Majlis Tertinggi ada Maghrib ada Isyak, tapi yang pasti, Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dah lepas Isyak,” katanya bersahaja ketika menyampaikan ucapan penggulungan di PAU 2014 hari ini.
Seloroh Zahid disambut Badaruddin yang mencelah menyebut ‘Tahajud’ bagi mengkategorikan umurnya di dalam parti itu.
“Dah masuk umur tahajud, kadang bangun kadang tidak, kalau terkejut langsung tak bangun,” ulas Zahid.
Badaruddin sekali lagi menyahut gurauan Menteri Dalam Negeri itu dengan berkata “Tapi kalau dan dia bangun, tak cukup tanah.”
“Kalau bangun yang jadi mangsa ialah mak long,” tingkah Zahid lagi menyebabkan seluruh Dewan Merdeka, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) gamat dengan gelak ketawa perwakilan, sekaligus berjaya menukar suasana tegang dewan.
Tidak lama kemudian, perbahasan bahasa Jawa pula berlangsung antara kedua-dua mereka.
“Yang berhormat, ‘maso udah wes entek’,” Badaruddin cuba mengingatkan Zahid bahawa slot beliau berucap hampir tamat.
“Bila Acheh tahu cakap Jawa? Dalam bahasa Jawa yang betulnya ‘maso ne wes entek‘, qalqalah kubra dan qalqalah sughra kena betul,” Zahid membetulkan.
Badruddin mencuba lagi untuk berjenaka dengan mengeja Bismillah menggunakan cara jawa.
“Ba di bawah bis, mim mati pukul lam, lam hidup semula bismillah, itu Jawa,” katanya.
“Saya sahkan betullah itu,” Zahid menamatkan gurau senda mereka yang cukup untuk menghilangkan mengantuk serta menceriakan perwakilan.