New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/04/25/lima-sekeluarga-terbunuh-dalam-bedilan/
Lima sekeluarga terbunuh dalam bedilan
KABUL, 25 April:
Sekurang-kurangnya lima sekeluarga terbunuh, selepas rumah mereka yang terletak di timur Afghanistan dibedil kumpulan pemberontak.
Jurucakap Gabenor Wilayah Laghman, Sarhadi Zwak memaklumkan, serangan itu berlaku di Daerah Aliangar, pada lewat malam Jumaat.
Jelasnya, empat daripada mangsa korban itu adalah wanita, manakala 11 lagi ahli keluarga berkenaan turut cedera dalam serangan itu, kebanyakannya kanak-kanak.
Tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan bedilan itu, ketika kumpulan Taliban memperhebatkan serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan di negara itu.











